Saya sedang mencari-cari bahan untuk dikongsikan dengan anda, lantas saya terjumpa video yang menarik ini. Harus kongsi dengan anda! Klik pada video di bawah untuk menotonnnya. Jangan lupa kembali ke mari ya!
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Hari ni hari Ahad. Ramai orang bercuti. Tapi tidak saya. Saya bekerja seperti kebiasaannya. Kerana cuti saya adalah pada hari Isnin setiap minggu
Jadi saya cuma menghabiskan hari ini dengan bahan bacaan. Saya suka membaca. Membaca memberi kekenyangan pada hati saya. Dan dalam saya cuba mencari sesuatu untuk menaikkan semangat saya yang sudah sedia membara ini, saya terjumpa video ini. Dan tak dapat saya ungkapkan betapa saya terharu dengan penyampaian lagu ini. Bukan saya tak pernah mendengar lagu ini. Dah banyak kali. Tapi kali yang ini,. emosi yang di bawa Robbie Williams menjentik hati saya. Lagu ini membawa kenangan saya, menaikkan semangat saya. Dan saya ingin kongsikan dengan anda. Agar anda juga merasainya.
And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, Ill say it clear,
Ill state my case, of which Im certain.
Ive lived a life thats full.
Ive traveled each and evry highway;
And more, much more than this,
I did it my way.
Regrets, Ive had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.
I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.
Yes, there were times, Im sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall; And did it my way.
Ive loved, Ive laughed and cried.
Ive had my fill; my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.
To think I did all that;
And may I say - not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.
For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my way!
Mari , bersama saya , kita lakar sejarah bermula hari ini juga. Saya dan anda, kita punyak hak untuk berjaya!
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku bergandaGemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasaBila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Semalam saya berjumpa Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Saya rasa sangat gembira. Lantas saya kembali ke rumah dan mula fikirkan, kenapa timbulnya kebetulan seperti ini? Tiba-tiba beliau ada di depan mata!
Lantas saya cuma fikirkan renungkan dalam-dalam. Tak susah sebenarnya Saya sering meminta untuk melihat kejayaan di hadapan mata. Supaya saya semakin faham bahawa setiap mereka yang berjaya itu tidak menggapai kejayaan dengan mudah! Saya syukur sangat-sangat bertemu beliau semalam. Kerana itu membuatkan saya sedar dan pasti, bahawa, Dr Sheikh juga pastinya melalui berbagai pengalaman sebelum mencapai kejayaan beliau!
Malahan semalam di stesen PWTC, saya terserempak dengan A Samad Said. Ini kali kedua saya terserempak dengan beliau. Sangat simple penampilannya. Sungguh saya terpikat akan pembawaan diri beliau Saya juga suka seperti itu. Simple
Lantas di rumah saya kembali merenung. Apakah mereka yang melakar nama ini melakar nama semudah itu saja? Pasti ada cubaannya bukan> Begitu juga kita! Sekiranya kita merasakan sudah terlalu banyak dugaan..CUba kita kenangkan mereka ini. Pasti dugaan mereka lebih banyak daripada kita. Lantas bagaimana mereka survive? Bagi saya, sama sahaja. Mereka jua manusia biasa seperti kita. Tapi, saya pasti tiap kali mereka berdepan dugaan, mereka redha, atasi dan fix it! Kembali bersemangat dan terus tabah! Malahan cuba belajar dari setiap dugaan itu.
Sebab itu juga, anda mungkin pernah mendengar, kata pujangga yang berbunyi untuk mencicip kemanisan, anda perlu bermula dengan mengupas kepahitan Pelajarilah, bahawa dugaan utk tidak pernah merugikan atau melambatkan anda! ia ibarat pecutan kepada kejayaan
Wah, semangat saya hari ni Saya mahu berjaya seperti mereka! Anda pula bagaimana?
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Alhamdulillah, saya tak pula menyangka entri saya semalam dapat respon sebaik ini. Terima kasih kepada semua yang lontarkan pandangan. Baiklah hari ini saya sambung cerita semalam
Bagi saya, adalah amat berbaloi untuk saya melihat dan mengetahui pandangan pelbagai orang mengenai passion. Hendak pula, mereka itu adalah mereka yang telah terbukti berjaya, dan mereka adalah nama yang tidak asing pada zaman sekarang. Saya tidak nafikan, buku lain juga bagus. Tapi mungkin ada contoh-contoh mereka yang sudah di ulang tulis di dalam buku lain. Buku 8 To Be Great memberi kepuasan berbeza. Sebutkan saja namanya, Oprah, Bill Gates, Christina Aguilera, Lance Armstrong, Warren Buffett, J.K Rowling, Britney Spears, Oprah Winfrey dan macam-macam lagi. Saya pohon anda merenungkan perkara ini dari sudut yang positif.
Pada bab pertama buku 8 To Be Great, penulis menekankan mengenai Passion. Mana-mana sahaja jutawan, orang yang telah berjaya, pakar-pakar motivasi, pakar-pakar pembangunan diri menyatakan hal yang hampir sama. Untuk menceburi sesuatu yang anda minati. Perkara ini juga pernah saya tuliskan di sini. Pentingnya anda mengetahui apa minat anda sendiri. Anda mungkin meminati sesuatu yang berbeza dari kawan-kawan anda. Adakah ia satu kesalahan? Ia bukan kesalahan. Tetapi ramai orang tidak jujur dengan kehendak diri sendiri. Mereka suka akur pada tuntutan dan desakan sekeliling.
Semasa saya menulis entri ini saya tiba-tiba idea ini lintas dalam kepala. Mengenai apa yang anda minat. Dan apa yang orang lain minat. Semua orang tahu, khasiat Oat. Oat baik untuk kesihatan. Tapi saya tak minat oat. Jujur memang dalam real life, saya tak suka oat Saya lebih suka empingan jagung dari oat! Cubaan terakhir saya untuk telan oat, adalah pada bulan Januari lalu di mana saya berjaya habiskan 1/4 mangkuk je oat yang saya buat. Beza dengan emping jagung. Bagi bermangkuk-mangkuk pun saya layan je…. Sebab saya suka. Tapi oat? Tak mungkin. Saya tak suka. Walaupun mak saya, kawan baik saya, dan anda suka. Saya tetap nak emping jagung!
Its simple. Mudah saja. Jika anda buat perkara anda suka, apa pun anda sanggup tempuh. Saya sanggup tak sarapan kalau pilihan yang saya ada cuma oat Begitu juga kehidupan, jika anda dapat mengenal pasti passion anda. Anda akan sanggup redah apa saja dugaan, apa saja rintangan, apa saja cubaan mendatang tanpa rasa susah. Masalah cuma adalah satu benda yang mencabar anda. Itu saja. Berbeza apabila anda buat perkara yang anda tak suka. Alasan adalah kegemaran anda bila anda berdepan cabaran. Ada saja yang tak kena! Anda tak kisah untuk membiarkan diri anda gagal pada cabaran, kerana itu bukan apa yang anda suka. Dan jika anda melakukan sesuatu kerana terpaksa juga, anda cuma bertahan pada awalnya, semakin lama, anda semakin bosan dan give up.
Jadi apa yang menjadikan mereka yang berjaya ini benar-benar berjaya? Biar saya beritahu. Mudah saja. Mereka buat apa yang mereka suka. Yang mereka rasa puas lakukannya, dan bekerja untuk perkara itu adalah satu keseronokan. Mereka tak rasa terpaksa untuk buat. Mereka rela hati. Dan sanggup beri apa saja untuk dapatkannya. Jadi, jika anda belum tahu apa passion anda, cuba anda fikirkan dan cari.
Saya menanti 22 tahun untuk mencari passion saya. Anda bagaimana pula? Saksikan video di bawah, cuba fikirkan. Apa yang buat Hafiz Hashim begitu seronok tatkala menjuarai All England pada 2003? Tidakkah kerana beliau mencapai target beliau? Dan perasan tak anda, apa yang Hafiz Hashim lakukan bukan sekadar kerja, tetapi benda yang beliau minat. Sebab itu beliau tak berasa susah, penat atau bosan. Tetapi sentiasa bersemangat! Renungkan
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized [15] Comments
Semalam, saya berkesempatan untuk menonton filem Ayat Ayat Cinta di YouTube.Com. Filem ini di angkat dari sebuah Novel bertajuk Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. Ramai orang sudah berpeluang membaca novel itu. Saya belum InsyaALLAH esok.
Sebenarnya sepanjang filem itu, memang kisah cinta sesama manusia nya itu menggamit perasaan. Tapi, sebenarnya, ada perkara tertentu yang telah benar-benar masuk ke dalam hati saya. Dan saya ingin berkongsikan kisahnya dengan anda. Sesungguhnya memang sudah lama saya dengar kisah Zulaikha. Namun ada sesuatu yang lebih menyentuh hati ini Dan saya sertakan bahagian filem itu di sini untuk di hayati semua.Bermula dari minit ke 4:40 ya!
Say petik, bait-bait paling bermakna bagi saya di dalam filem ini. Lupakan kisah cinta di dalam cerita ini. Renungkan bahagian ini. Semoga ia bermanfaat kepada semua.
‘Ingat lagi siapa dirimu. Apa yang kau telah lakukan selama ini. Tidakkah kau sombong Fahri? Kau merasa paling benar, kau merasa paling suci.’
‘Yusuf tahu ALLAH sedang berbicara padanya. Kamu mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?Kata Yusuf : Ya ALLAH jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMu, daripada aku hidup bersama manusia pendusta!’
‘ALLAH sedang berbicara kepadamu tentang sabar dan ikhlas’
‘Sabar dan Ikhlas’
Air mata memang tidak terbendung apabila habis dialog ini saya dengari. Sungguh ia menusuk hati. Sedangkan kita selalu lupa, setiap dugaan yang turun itu pastinya berhikmah. Sedarkah manusia?
Lihatlah, kasih sayang ALLAH kepada hambanya. Dan hamba itu sering lupa dan tidak bersyukur. Ada juga yang bersyukur di mulut kerana itu pakaiannya. Namun hatinya tidak pernah bersyukur. Lihatlah apabila anda bangun pagi tadi. Udara yang anda sedut, matahari yang menyinar, maka mengapa anda masih tidak bersyukur. Layakkah anda menerima sesuatu yang anda pinta, jika anda tidak pernah mengenal erti syukur? Syukur ALhamdulillah, atas semua yang aku milikki hari ini.
Sekian entri pendek hari ini. Saya mula merasakan cuti saya bakal berakhir tak lama lagi Sekarang pun sudah mulai bekerja. Perlahan-lahan, menyalakan obor ku kembali Salam hujung minggu!