Saya ingin membuat sedikit pengumuman. Saya agak sibuk kebelakangan ini. Maklum sahaja, ketika semua pelajar Uni bercuti, saya ambil short sem. Jadi, saya sangat sibuk dengan kelas, assignment dan preparation untuk test dan exam.
Jadi harap maaf, jika saya tidak dapat update blog sekerap selalu. InsyaALLAH, bila ada kelapangan, saya akan update juga. Namun anda tetap boleh mengetahui cerita-ceriti saya melalui blog personal saya. Semoga kita berjumpa lagi selepas saya mulai kurang sibuk ya.
Wah..sibuk sungguh 2 bulan ni
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Maafkan saya kerana lambat sikit update blog ini. Mungkin ada yang mengjenguk setiap hari ke sini untuk tengok jika ada entri terbaru. Tentu sedikit kesal bila tengok masih tiada update. Apa kata anda subscribe ke blog ini, dan entri terbaru akan terus di hantar ke email anda, tanpa perlu anda bersusah payah ke sini untuk cek setiap hari. Anda boleh isikan email anda di dalam form di akhir entri ini. Privasi anda kami hargai. Selepas anda isikan email, akan ada email susulan meminta anda untuk verifikasi. Selepas anda verifikasi, barulah anda tersenarai sebagai subscriber blog ini, dan anda akan kami maklumkan setiap kali blog ini di kemas kini.
Baiklah, ramai orang mengucapkan tahniah kepada saya semasa EBook Matlamat di lancarkan. Tetapi saya pasti ramai juga yang tidak tahu hal di balik tabirnya. Hari ini saya akan ceritakan sedikit sebanyak mengenainya. (more…)
Hari ini saya ingin menulis sesuatu yang lebih peribadi.Masuk hari ini, sudah lebih setahun saya menulis di blog ni. Bila fikir-fikirkan kembali, seperti tak percaya saya sudah melangkah sejauh ini. Sungguh!
Penulisan saya sejak setahun yang lalu, kini juga banyak telah berubah. Saya sendiri merasai kematangan pada penulisan saya. Dari keanak-anakan kini lebih dewasa. Sokongan dan dorongan di saat-saat saya down, menambahkan kecintan say pada bidang penulisan blog. Mereka yang telah bersama saya di sini sejak dahulu, amat memahami jatuh bangun saya sebagai manusia biasa. begitu juga anda.
Ada saat anda jatuh, ada saat anda bangun. Tapi jangan PUTUS ASA. All of us, are survivor!
Sehingga kini, bilangan subscribers terus bertambah. Perlahan-lahan tetapi konsisten, itulah kegemaran saya. Saya mahu jadi blogger motivasi yang evergreen. Wah?
Sehingga kini juga, para pembaca saya, sebelum ni datang dari Malaysia sahaja. Kini, bertambah ke Indonesia (20%), United States, Singapore, Filipina, Brunei, Australia, Syria, Arab, Kanada dan South Africa. Saya amat mensyukuri dan menghargai setiap para pembaca. Semua email yang masuk, saya cuba balas satu persatu. Malahan mungkin ada yang terlepas pandang kerana kesalahan sendiri. Email subscription saya sangat banyak. Ada yang tak sempat baca, dan mungkin ada email pembaca yang terselit di antaranya. Saya amat menghargai jika anda email saya untuk mengingatkan saya. Saya pasti balas email anda, cepat lambat saja yang membezakannya.
Saya dedikasikan lagu di bawah ini buat semua pembaca blog ini. Tanpa sokongan anda semua, siapalah saya. Sangat menghargai kehadiran anda semua dalam hidup saya, dan kehadiran anda di blog ini. Pastinya memang ramai pembaca senyap, dan setiap dari anda sangat istimewa. Lagu di bawah khusus untuk anda semua
Saya tersentuh bila lihat Connie memberikan CD beliau kepada si cilik yang bermain piano. Jika mereka yang masih kecil mampu melakukannya. Kenapa tidak kita?
Untuk versi penuh lagu ini, saya sertakan di bawah. Nyanyian asal Josh Gorban, You Raise Me Up
Amat menghargai kehidupan ini. Sangat berharga
ps: Sengih-sengih saya membaca testimonial yang diberikan untuk EBook Matlamat. Sangat memotivasikan diri saya untuk melakukan yang lebih baik!
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Pada 9 Januari yang lalu, saya ada melancarkan EBook Matlamat saya. Sudahkah anda mendapatkannya? Antara lain, EBook ini menyentuh mengenai :
Maksud Penetapan Matlamat yang sering anda abaikan untuk mencapai kejayaan
Bagaimana Penetapan Matlamat Menjanjikan Anda Kejayaan Tanpa Sedar
Kepentingan Menetapkan Matlamat
4 Langkah Utama Menetapkan Matlamat
Bagaimana Menghadapi Kegagalan Dalam Usaha Meraih Kejayaan
BONUS : Worksheet Untuk Anda Mula Merangka Kejayaan Anda!
Dan berita baiknya, ia diedarkan secara percuma. Bantu diri anda untuk lebih memahami mengenai Matlamat. Hidup tanpa matlamat adalah ibarat memandu tanpa destinasi. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda mengalami masalah download, boleh emailkan saya di e.norakmal@gmail.com dan saya akan hantar terus ke email anda. Terima kasih
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized [9] Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog. Syukur Alhamdulillah. Syukur saya panjatkan ke hadrat Illahi, akhirnya hari ini tiba juga. Hari yang saya gelar, Bermulanya Kanvas Kehidupan Yang lebih Gemilang.
Hari ini, saya telah berjaya mengumpul kekuatan di dalam diri saya. Alhamdulillah, dengan ini dengan gembiranya saya nak berkongsi dengan anda bahawa, kini cuti saya sudah berakhir! Ingat lagi saya katakan, saya bercuti? Kini seronok dan sangat gembira ingin saya nyatakan sudah tamat segala cuti yang bermula sejak sebulan yang lalu.
Sebulan ini banyak benda telah saya pelajari, dari sudut IQ, SQ dan EQ saya sendiri. Apakah itu? Tak dapat saya nak ceritakan kesemuanya, namun saya akan selitkan di dalam penulisan demi penulisan selepas ini, insyaALLAH. Saya teramat gembira kerana sebenarnya, saya telah mengharungi detik-detik kepayahan bagi diri saya. Dan kini, semuanya berakhir dengan kesenangan. Maksud saya, tiada air mata mengiringi pengakhiran dugaan-dugaan ini. Semuanya saya terima dan lalui dengan hati yang lapang dan redha. Kerana saya sentiasa tahu, perancangan ALLAH adalah yang paling baik untuk saya. Dan saya pasti, dugaan yang turun itu ada sebabnya, ada hikmahnya. Alhamdulillah, ada satu hikmahnya yang telah saya fahami. Namun, saya menyimpannya sendiri. Hanya ALLAH SWT yang tahu apa maksudku..
Sebulan yang lalu juga banyak mengubah diri saya. Secara fizikalnya mungkin kelihatan sama, namun saya benar-benar pasti ada bahagian dalam saya yang semakin pulih. Pulih? Adakah Dik Mal berpenyakit? Ya, tapi bukan sakit yang perlu saya rujuk ke hospital. Mungkin adalah sejenis penyakit berkaitan dengan cara saya berfikir dan menghadapi kehidupan. Bahagian dalaman saya semakin pulih, walaupun dalam sebulan ini juga, ia dilukai dan dilukai dengan dugaan dan hasutan-hasutan, namun saya bersyukur kerana sentiasa diberi kesempatan untuk mengawal diri saya sendiri. Dan saya amat gembira kerana, sebulan ini adalan satu injakan yang sangat berharga sepanjang kehidupan saya selama 22 tahun.
Siapa pernah menyangka dengan siapa saya akan bertemu, apa yang akan saya lihat dari kehidupan saya, kehidupan orang lain, dan apa pelajaran yang ingin di sampaikan ALLAH kepada saya. Amat bermakna sekali. Saya juga amat gembira kerana di duga sebegini rupa, kerana akhirnya saya mempelajari perkara baru. Dan ia amat bermakna sekali untuk saya .
Saya masih ingat pernah di tanya seseorang mengenai kehidupan, melalui YM. Mungkin kerana gaya bahasa beliau yang agak tinggi untuk saya, buat saya tak faham apa pertanyaan beliau. Jenuh saya memikirkan soalan itu mencari jawapannya, dan alhamdulillah, jawapan saya perolehi kini. Namun, buat masa ini, saya menyimpannya sendirian. InsyaALLAH kelak tiba masanya, akan saya kongsikan bersama.
Sebulan ini juga saya lalui bertahun lamanya. Hari-hari saya penuh dengan perubahan monsun Ada monsun timur laut, barat daya, ada riibut taufan, dan hujanan. Ada juga hari panas terik dan mendung berterusan. Alhamdulillah, kini ibarat sudah penghujung musim, tiba lah kini musim bunga Musim saya tersenyum gembira.
Ramai yang bertanya apa yang jadi? Masalah pelajarankah? Sakitkah? Masalah keluarga? Peribadi? Bisnes? Masalah kewangan? Apa yang saya mampu katakan? Ia bukanlah masalah. Ia dugaan yang memberi pelajaran. Dan saya, cuma menerimanya seperti kebiasaan saya, tetapi kali ini penuh menghayatinya. Kini, saya mampu senyum lebih baik berbanding sebulan yang lalu. Sebulan ini juga, saya banyakkan berbicara dengan kawan-kawan di YM. Tak saya nafikan, ramai yang merasakan Dik Mal biasa saja. Itu kerana saya sendiri tidak membataskan diri saya untuk diam membatu sepanjang cuti Kerana, seperti ramai tahu, saya gemar bercakap. Tapi, cuma apabila saya rasa mahu bercakap, dan saya selesa untuk bercakap
Sebulan yang lalu ini juga membawa saya lebih mendekati SQ dan EQ saya. Alhamdulillah, semakin banyak yang saya fahami kerana menempuhi ia sendiri. Ada sesetengah perkara yang tak mampu saya kongsikan setiap masa, cuma mampu saya luahkan pada ketika individu tertentu sahaja. Kerana saya juga manusia biasa, memerlukan dokongan dalam mengahadapi kehidupan.
Terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca, abang-abang, kakak-kakak yang banyak memberi galakan, bertanya khabar, berutus email. Semua itu amat manis untuk saya kenangkan. Memang benar, ia amat manis! Terima kasih khusus untuk Abg Azhar, Kak Linn, Raymond, Abg Shueq, Sheeda, Aini, Bee, As dan ramai lagi yang tak sempat nak saya coretkan untuk perhatian semua. Juga, terima kasih akhirnya kepada Afiqme untuk perkataan fast healer beliau, buat saya pikir lebih jauh. Terima kasih kepada semua, dan syukur ke hadrat Illahi.
Banyak kata yang tak mampu nak di coretkan menjadi barisan ayat Cukup kata GEMBIRA dan CERIA menggantikan seluruh perasaan saya. Dengan ini, saya akhiri entri ini dengan penuh rasa kesyukuran. Alhamdulillah.