Entries tagged with “Fokus Minda”.
Did you find what you wanted?
Tue 17 Jun 2008
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar pembaca blog? Dah lama saya tak kemas kini blog. Banyak kerja belakang tabir kebelakangan ini. Jadi, rutin menulis juga sedikit sebanyak terganggu. Tapi baru-baru ini saya telah menulis satu entri tentang keperluan mengejar kekayaan di blog personal saya. Saya sertakan petikannya di sini. Dan saya ingin mengetahui komen daripada pembaca blog ini pula. Perlu atau tidak anda mengejar kekayaan?
Kekayaan. Apa yang terlintas di pemikiran anda apabila saya menulis tentang kekayaan? Sebuah kereta mewah, banglo mewah di kawasan mewah, makan mewah, shoping mewah, peralatan teknologi terkini? Atau apa? Mungkin terbayang di ruang minda anda, seorang yang berpakaian mewah, atau berpakaian sederhana? Sebuah kehidupan penuh wang, atau kehidupan sederhana? Itu semua adalah persepsi masing-masing berdasarkan pengalaman masa silam, dan apa saja jawapan anda, boleh di terima pakai. Tiada permasalahan
Perlukah kekayaan itu di kejar? Perlu? Saya pernah satu ketika dahulu, ketika menonton sebuah rancangan televisyen, terpempan dengan panggilan telefon seorang individu (tidak saya kenali) yang argue, mengapa perlu kita kejar kekayaan? Kerana mengikut kefahaman saya, (maafkan saya jika sebenarnya beliau beranggapan sebaliknya) beliau memandang kekayaan sebagai sesuatu masalah dan akan membunuh seseorang individu serta masyarakat sekelilingnya. Kata beliau, orang kaya selalu lupa diri. Kekayaan akan membawa kepada rasuah. Kekayaan akan mengalakkan gila kuasa. Dan bermacam-macam lagi, konotasi negatif di kaitkan dengan kekayaan. (more…)
Sun 1 Jun 2008
Bulan Mei 2008 sudah berlalu. Ini bermakna sudah setengah tahun, anda menempuhi kehidupan di tahun 2008. Macam mana? Mencabar? Tertekan? Macam mana anda punya matlamat? Sudah sampai mana pencapaiannya?
Pada saya, ada matlamat saya yang sememangnya tercapai sudah. Tepat-tepat seperti perancangan. Tentunyalah, keputusan peperiksaan semester lepas!! Walaupun tidak 4.0 (sem ni insyaALLAH 4.0! ), tapi saya berjaya mencapai target saya sendiri. Alhamdulillah. Sekali lagi ia adalah menggunakan formula biasa saya, USaha, Doa dan Tawakal.
Kejayaan = Usaha x Doa x Tawakal (more…)
Thu 22 May 2008
Posted by Norakmal Jasni under Featured, Fokus Minda
[6] Comments
Berhabuk blog
Saya sambil-sambil bersihkan sawang. Kerja banyak lately. Tapi tak apa, lambat sekali pun, saya tetap update
Saya tengah menulis sedikit nota untuk rujukan dan simpanan sendiri, sambil mendengar lagu The FInal Countdown (antara lain lirik menyebut :its now or never
)
Saya teringat pada ketika saya buat tutorial bersama pensyarah saya, semester lepas. Ada beberapa soalan yang tak mampu saya solve kan. Tapi akhirnya saya dapt idea untuk solvekan. Macam AH-HA moment rasanya! Sebelum ni tak dapat juga. Cuba-cuba tak dapat. Tapi entah kali ke berapa cuba baru nampak secara jelas cara kerja nya
Sampaikan saya kata (more…)
Fri 16 May 2008
Posted by Norakmal Jasni under Featured, Fokus Minda
No Comments
Adakah anda mempunyai sifat seperti ini? Melihat masalah seumpama games? Lihat kembali games (permainan) yang anda suka. Tak kira la PS2, games kat internet, HP, apa saja asalkan games.
Pada pertama kali bermain, mungkin kalah. Kali berikutnya makin baik. Cukup beberapa kali, menang sentiasa. Main games perlukan strategi, tak boleh cepat mengalah! Betul?
Adalah baik anda mempraktikkan sifat ini di dalam menghadapi permasalahan demi permasalah setiap hari. Set otak anda untuk menerima masalah seperti games. Atur strategi untuk menyelesaikannya.. Ada banyak cabaran, taktik, dan musuh dalam games, begitu juga kehidupan.
Ssetiap kali terima masalah, fokus kepada penyelesaian. FOkus kepada memenangi masalah ini! Ada ke orang nak kalah dalam games? Saya tak mao! Saya mesti nak menang. Anda sentiasa ada pilihan kawan-kawan.
Kalau anda tak mahu selesaikan masalah anda, ibarat anda berlegar di dalam games (maze) yang sama. Sampai bila nak macam tu? Tak mahu menangkah? Fikirkan
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Mon 5 May 2008
Posted by Norakmal Jasni under Fokus Minda, Motivasi Diri
1 Comment
Anda mesti tahu apa anda nak capai, atau apa impian anda. Mengetahui kehendak hati anda, memudahkan anda mengenal pasti impian anda.
Masalah, adakah anda mengenali impian anda? Cuba anda tutup mata anda sekarang. Saya maksudkannya
Dan bayangkan apa yang anda nak pada saat ini
- Anda yang sedang lapar, mungkin tengah bayangkan makanan.
- Pelajar yang homesick, mungkin terbayangkan ibu dan ayah di rumah
- Seorang pekerja yang tidak bercuti selama setahun, mungkin terbayangkan resort dan suasana tepi pantai yang menyenangkan
- Seorang peniaga, mungkin membayangkan ramai pembeli hari ini>
Secara jujurnya, ini memang terjadi. Tetapi jika saya tanya, apakah yang anda impikan di dalam hidup anda?
Ramai yang akan diam. Ada yang tengok orang lain dan tunggu mereka jawab dulu, baru mereka jawab. Ada yang tiru jawapan orang lain. Cuma segelintir yang akan menjawab dengan bersungguh! Ada pula YANG TAK TAU APA DAN DIAM SAJA.
Ini membezakan orang yang kenal impian hidup mereka dengan yang tidak. Orang yang menjawab dengan bersungguh adalah yang tahu impian mereka. Yang diam langsung tidak tahu mengenainya. Yang memberi jawapan lambat-lambat sahaja, mungkin cuma sekadar menjawab persoalan itu tadi.
Anda bagaimana? Kenal tak impian anda? Anda je yang tahu
Salam Kejayaan
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.