Entries tagged with “Buku Motivasi”.


Sedikit ulang tayang :)

Pada 9 Januari yang lalu, saya ada melancarkan EBook Matlamat saya. Sudahkah anda mendapatkannya? Antara lain, EBook ini menyentuh mengenai :

  1. Maksud Penetapan Matlamat yang sering anda abaikan untuk mencapai kejayaan
  2. Bagaimana Penetapan Matlamat Menjanjikan Anda Kejayaan Tanpa Sedar
  3. Kepentingan Menetapkan Matlamat
  4. 4 Langkah Utama Menetapkan Matlamat
  5. Bagaimana Menghadapi Kegagalan Dalam Usaha Meraih Kejayaan
  6. BONUS : Worksheet Untuk Anda Mula Merangka Kejayaan Anda!

Dan berita baiknya, ia diedarkan secara percuma. Bantu diri anda untuk lebih memahami mengenai Matlamat. Hidup tanpa matlamat adalah ibarat memandu tanpa destinasi. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda mengalami masalah download, boleh emailkan saya di e.norakmal@gmail.com dan saya akan hantar terus ke email anda. Terima kasih :)

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Hari ini bermulanya pesta buku antarabangsa di PWTC. Saya telah berkesempatan sampai ke sana di temani seorang rakan baik. Seronok betul! Banyak buku saya borong. Tapi rasanya tak puas, Ahad nanti nak pergi lagi :D

Yang paling seronok hari ini ialah bila, saya dapat berhadapan dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia. Saya rasa cukup bertuah. Walaupun ramai dah jumpa beliau, tapi saya tetap gembira. Malahan ia langsung tak di sangka. Pada ketika saya berlegar di booth MPH. Tiba-tiba ada pengumuman kehadiran beliau. Saya dan kawan rasa sungguh gembira hampir nak melompat macam kanak-kanak riang :D haha.

Kami pun cepat-cepat buat pembayaran di kaunter untuk buku beliau. Untuk dapatkan autograf beliau nanti. Sebaik beliau muncul. Saya rasa kagum. Mengigil juga la kekagetan. Benda tidak di rancang. Lantas kami beratur cepat-cepat. Dan Alhamdulillah dapat la kedudukan 10 orang terawal. :) Seronok. Tapi ! Saya tak dapat bergambar dengan beliau. Kerana ramai lagi sedang menunggu dan bodyguard beliau nampak agak kurang mesra alam :D Penat barangkali :)

dr2

dr3

Tapi saya sempat tangkap gambar beliau dari jarak dekat :D Seronok , kagum dan bangga. Malah masih terngiang di telinga saya pabila Dr Sheikh berkata pada gadis yang beratur di hadapan saya : do something that make your parents proud of you!Saya terlampau gembira lantas saya kirimkan SMS ke seluruh kawan-kawan. Kalau anda terima SMS saya siang tadi :D Paham-paham lah saya terlalu hepi! :p

Ramai juga kawan-kawan bagi respon, ala tak heran. Ala dah jumpa. Apa yang best? Dalam hati say cuma ini jawabnya. Saya kagum beliau mampu mencipta kejayaan. Up from nowhere, unknown, now Dr Sheikh mencapai kejayaan. Saya mahu menjadi seperti beliau. Tidak ke angkasa :p Tapi mahu melakar sensasi kejayaan saya sendiri. Saya amat tak sabar menanti detiknya. Dan tika saat itu tiba, pasti saya tersenyum bila teringat pengalaman saya berjumpa dengannya.

Dik Mal, Best Wishes ——- Autograf beliau ini, akan saya kenang sehingga bila-bila. Saya rasa teruja dan bersemangat. Saya yakin, saya juga mampu sepertinya! Dr Sheikh, saya mengagumi personaliti anda :)

Lantas saya bayangkan, mau lagi gelabah kalau dapat jumpa Dr Irfan :) The person who makes me think more about future and life :)

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Hari ini pasti lebih baik dari hari semalam. Berbekalkan keyakinan dan kesungguhan itu, hari ini saya melangkah kelaur rumah dengan kepala yang sedikit berat. Alhamdulillah, banyak benda saya buat di luar hari ini! Memang menjadikan hari ini saya lebih baik berbanding semalam! Apa saja yang saya buat hari ini?

Pagi hari saya ke UTM, singgah ke perpustakaan sebentar buat kerja. Walaupun saya boleh buat kerja di rumah, kadangkala saya suka singgah ke UTM, menyuntik dan mengingatkan saya bahawa saya punya tanggungjawab sebagai pelajar. Sempat pulangkan buku dan pinjam buku baru. Tinggal lagi dua minggu kuliah, lepas tu saya akan mula bersiap-siap menghadapi peperiksaan final.

Kemudian saya ke Kinokinuya macam biasa. Sungguh saya tak menyangka hari ini saya akan habis baca satu buku dalam masa 3 jam di Kino! Tak pernah saya baca sepantas itu. Dan paling menarik, saya sempat catat nota hampir 2 helai A4. Dan bahan-bahan itu telah saya ubah suai kepada 10 entri yang saya karang siang tadi juga di sebalik hingar bingar KLCC. Ini cukup menarik untuk saya kisahkan. Kesronokan dan kepuasan mewarnai hari Selasa, 1 April 2008.

Buku apa yang saya baca? Buku berjudul 8 To Be Great tulisan Richard St John. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku ini di web ini.

Buku ni berharga lebih kurang rm 55 kalau saya tidak silap. Setebal 224 muka surat. Menjanjikan kepuasan untuk anda. Saya jamin ;) Jadi apa yang menariknya mengenai buku ini? Buku ini membincangkan mengenai 8 sifat (trait) yang akan membawa anda kepada kejayaan. Menariknya sifat-sifat ini di guna pakai oleh kebanyakan super achievers di dunia. Saya memang terpaut pada buku ini dan di sebabkan itu saya rela duduk membaca di Kino hampir 3 jam lamanya. Dan 8 sifat yang di maksudkan ialah :

Saya paling terhibur membaca setiap sifat yang di kemukakan dalam buku ini. Malahan, jika ia di ubah kepada bentuk filem seperti The Secret dengan mengumpulkan nama-nama besar yang penulis temuramah dalam buku ini, sah ia akan jadi hit :)

Sangat best! Terutamanya bahagian passion, work, push dan serve. Saya sendiri tersenyum bila mengenangkan passion saya. Malahan, kalau tak kerana minat membaca perkara berkaitan kejayaan dan pembangunan diri, tak mungkin saya sanggup duduk di lantai Kino ;) InsyaALLAH mulai esok, saya akan taip semula artikel-artikel yang saya sudah tulis sepanjang petang di sekitar KLCC :D Jumpa lagi esoK!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Lihat gambar di bawah ini. Ya, itu bukan adik saya. CUma sekeping gambar yang saya ambil dari Google.Com :D

senyum

Hari ini saya ingin menulis tentang senyuman. Dan kerana itu anda melihat gambar ini pada hari ini. Kemungkinan minggu ini sangat menyakitkan untuk anda. Anda stress, kerja banyak, kena OT, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah cinta, masalah tempat kerja, peperiksaan yang makin dekat mahupun assignment yang belum siap. Banyaknya masalah!

Dan hari ini juga, saya tak mahu cerita bagaimana nak selesaikan masalah anda atau beri tips menyelesaikan masalah. Saya lebih nak tumpukan kepada, bagaimana anda, sebenarnya, boleh terus tersenyum walaupun anda melalui minggu yang SAKIT!

Lihat gambar di atas, gambar seorang budak lelaki tersenyum. Agak-agak anda, kenapa dia tersenyum? Mungkin ada sesuatu yang lucu kan? Mungkin……………Mungkin juga anda fikir saya nak kata, cari sesuatu yang lucu untuk alihkan fokus anda supaya anda dapat menarik aura gembira kepada anda. Itu pun anda boleh buat, namun saya ada cadangan lain yang lebih berkesan!

Cuba anda bangun dari tempat anda duduk sekarang, dan alih ke satu tempat yang paling anda rasa selesa (best) yang ada paling dekat dengan anda. Mungkin jendela rumah, depan TV, tepi katil, atau di tepi taman bunga anda. Mana-mana saja asalkan anda selesa. Sekarang, saya pinta anda duduk. Cuba bayangkan suasana yang anda tempuh sejak pagi tadi.

Ops! Mungkin ada yang sudah beranggapan, Dik Mal nak beritahu anda supaya fikir apa yang anda buat sejak pagi tadi yang telah menyebabkan anda sentiasa menarik perkara negatif kepada anda. Tidak sama sekali. Sebenarnya saya ingin anda………

………. fikirkan beberapa perkara yang anda terlepas pandang pagi tadi. Ketika anda bangun dan membuka jendela di bilik tidur anda, sedarkah anda ada matahari sedang mula memancarkan cahayanya ke seluruh alam dan anda tersenyum. Mungkin anda kurang perasan, selepas anda bersarapan pagi tadi, anda bersiap sedia memakai kasut di bangku, dan anda ternampak taman, lantas anda pergi ke taman bunga anda dan menghirup udara yang segar. Anda nampak bunga-bunga yang indah lalu anda senyum. Anda mula memandu kereta melewati kawasan sekolah, anda lihat anak-anak bersalaman dengan ibu bapa sebelum ke sekolah. Si ibu mencium pipi anaknya dan di balas pula. Petang hari ini, ketika anda pergi bersenam, anda nampak seorang perempuan tua sedang berjalan-jalan di temani anaknya dengan penuh kasih sayang. Dan malam ini, anda terlihat ada bulan yang indah menghiasi malam gelita lantas sekali lagi anda tersenyum.

Adakah anda lupa, betapa indahnya alam ini sehingga anda tersenyum tanpa di suruh. Senyum di dalam situasi yang saya maksudkan adalah kesyukuran. Rasa syukur, takjub, gembira kerana berdepanan dengan segala kejadian yang indah ini.

Rasa syukur anda (gratitude) akan membawa anda menghampiri banyak aura positif, seterusnya minda anda akan merasakan, bahawa, setiap hari adalah indah. Dan semua masalah itu cuma picisan sahaja. Hanya ibarat soalan matematik yang perlukan penyelesaian. Once it solved, then its over :)

Jadi saya mengharapkan anda supaya lebih kerap merenungkan betapa indahnya alam ini, dan betapa kompleksnya ciptaan ALLAH di dunia ini, apalah sangat masalah kita yang kita rasakan kompleks? Pasti ada penyelesaiannya bukan? :) Salam kejayaan untuk anda semua!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.


Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Sudahkah anda mendapatkan buku motivasi tulisan Dr Irfan bertajuk Nota Jutawan, Nota Motivasi? Gambar buku itu adalah seperti tertera di bawah :)

Syukur Alhamdulillah. Rezeki datang dari tempat yang tidak di sangka. Dan hari ini saya telah berjaya mendapatkan buku ini. Memang saya terlalu berkehendakkan buku itu. Seperti yang semua tahu, Dr Irfan dan kisah kejayaannya banyak meninggalkan kesan kepada saya.

Saya menyarankan anda memiliki buku ini. Sebab apa? Adakah kerana Dr Irfan idola saya? Memang ya :D Dan sebenarnya yang lebih penting, isi kandungannya ringkas dan santai. Saiznya yang handy, membolehkan saya membawanya ke mana saja. Baca dan ulang baca lagi :) TIps yang di ketengahkan sangat ringkas dan tepat. Namun, jika anda beri ruang untuk memikirkannya secara bersendirian, maka anda akan ketahui bahawa memang isinya penting sekali.

Ada ruangan untuk catatan, dan paling saya suka. Buku ini berwarna warni 100% !

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan di pasaran sekarang atau dapatkan melalui laman web Dr Irfan. Klik sini untuk maklumat lanjut.

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)
Delivered by FeedBurner