Lakar kejayaan di tahun 2010

January 8th, 2010 ShueQry No comments

Hari ni dah hari ke berapa dalam tahun 2010?

Mungkin dah hari ke 8, atau mungkin juga dah masuk hari ke-18 saat Anda membaca catatan blog ni. Walau apapun situasi pahit yang terjadi pada tahun 2009, lupakan saja supaya kita boleh capai situasi-situasi menggembirakan pada tahun 2010 ni.

Azam saya pada tahun 2010 ni, saya nak melakar kejayaankejayaan dalam kerja dan kejayaan dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang anak. Saya percaya Anda ada kejayaan sendiri yang Anda nak capai.

Walau apapun ia, semoga ia membuat Anda makin bersemangat menjalani hari-hari yang mendatang. Semoga ia membuat Anda semakin fokus berusaha, semakin rajin menambah ilmu. Kejayaan adalah hasil dari gabungan tiga elemen berlainan – ilmu, usaha dan doa berterusan.

Belajarlah sepanjang hayat melalui pembacaan kerana dari membaca, kita akan dapat menambah ilmu di dada dengan cukup senang sekali. Usaha kita biar berterusan, walau kita berjumpa bermacam rupa kegagalan yang menyakitkan. Akhir sekali, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita perlukan agama dan keizinan Allah untuk memunculkan keajaiban dalamn hidup kita.

Kejayaan itu sendiri adalah seperti satu keajaiban, a miracle dan ia tak akan mungkin berlaku tanpa keizinan dari Yang Maha Esa. Sekuat manapun kita berusaha, dekatkan diri pada Tuhan, moga kita dapat mencapai kejayaan dalam masa yang singkat.

Categories: Motivasi Diri Tags:

Untuk berjaya Anda kena rajin

January 7th, 2010 ShueQry No comments

Kejayaan hanya akan boleh diraih jika Anda bersedia untuk merubah diri menjadi seorang yang rajin.

Rajin, bagi saya adalah sentiasa ada saja perbuatan untuk dilakukan. Jika Anda merasa bosan atau Anda diserang keboringan, itu petanda Anda mungkin seorang yang pemalas, lawan kepada sikap rajin.

Orang rajin tak akan pernah merasa bosan, boring atau yang serupa dengannya kerana setiap waktu yang ada diisikan dengan berbagai aktiviti berfaedah, yang menyumbang kepada kejayaan dirinya.

Orang yang rajin suka membaca sebab dari pembacaan dia akan tahu sesuatu. Untuk mengubah diri Anda menjadi seseorang yang rajin, pertama sekali Anda kena tahu apa yang Anda nak capai pada bulan ini, pada tahun ini.

Kemudian, buat apa saja cara yang halal untuk mencapai kemahuan Anda tu. jika Anda nak memiliki sesuatu, berusahalah ke arahnya. Jika Anda nak beli kereta Lotus Elise, rajin-rajinkan diri bekerja untuk mengumpul duit supaya Anda dapat beli kereta tu. Contoh saja, contoh!

Apa-apapun, bila kita tekad nak berjaya dalam hidup, paling penting sekali, kita kena ubah diri menjadi seorang yang cukup rajin, bahkan sungguh rajin.

Categories: Pengumuman Tags:

3 Kriteria Utama Mengunci Kejayaan Anda

December 8th, 2009 Aqif Azizan 2 comments

Sebagai seorang manusia, keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan adalah perkara biasa. Namun, masih ramai yang gagal untuk menghasilkan tindakan kerana dihantui oleh perasaan takut, tidak yakin dan pelbagai lagi.

Walaupun ramai yang tahu bahawa perasaan seperti ini hanya sekadar mainan di fikiran, namun kebanyakkan mereka telah biarkan perasaan tersebut menguasai diri mereka seterusnya membantutkan proses pertama kejayaan mereka iaitu tindakan.

Justeru itu, saya terpanggil untuk memberikan sedikit nota inspirasi pada para pembaca agar anda semua dapat melakukan tindakan serta merta untuk mencapai matlamat yang diinginkan dalam kehidupan.

“Face The Fear and DO IT ANYWAY”

Tidak dinafikan bahawa saya sendiri mempunyai perasaan takut untuk melakukan sesuatu. Namun ia tidak bermakna saya tidak bertindak. Konsep ini seringkali diwar-warkan oleh sebuah syarikat sukan terkemuka dunia iaitu Nike. Dimana mereka menggunakan tagline “Just Do It”.

Ketakutan adalah perasaan yang biasa anda hadapi dalam kehidupan seharian. Tetapi apa yang membezakannya bagaimana anda mengawalnya untuk menghasilkan tindakan. Jadi, saya sarankan agar “rasai ketakutan itu dan segera lakukan tindakan”. Biasanya selepas anda bertindak, perasaan takut tersebut akan hilang serta merta.

Dengan kata lain, anda mesti memecahkan dinding ketakutan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses tindakan yang seterusnya.

Bina Keyakinan Dengan Membuat Penyelidikan

Selepas bertindak, anda memerlukan sokongan supaya anda berjaya menghadapi proses-proses mencapai matlamat yang seterusnya. Untuk membina keyakinan, lakukan penyelidikan atau mendalami sesuatu itu dengan sebaik-baiknya. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada perasaan ragu-ragu menguasai diri anda.

Perasaan ragu-ragu ini akan wujud setelah anda berjaya menghadapi rasa takut untuk bertindak. Apa yang bahayanya ialah jika anda biarkan perasaan ini terus menguasai diri anda, maka anda berkemungkinan besar akan menyerah kalah lebih awal dan kembali semula ke “zone selesa” anda.

Jadi, pastikan anda terus melakukan persediaan terhadap diri sendiri dengan mendalami ilmu sebanyak yang mungkin. Dengan ini, anda mampu untuk menghapuskan perasaan ragu-ragu.

Ingat Bahawa Kejayaan Adalah Sebuah Proses

Adakalanya punca anda tidak berjaya mencapai matlamat yang diinginkan disebabkan oleh minda anda yang menganggap bahawa memperoleh kejayaan adalah semudah A-B-C. Mempunyai mindset seperti ini mampu melumpuhkan anda dalam mencapai kejayaan pada bila-bila masa kerana anda tidak memahami apakah erti kejayaan yang sebenarnya.

Apabila bercakap mengenai kejayaan, ia adalah sebuah proses yang memerlukan tindakan yang berterusan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diingini. Contohnya; Jika anda ingin memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM, maka anda memerlukan tindakan yang berterusan untuk memahami ilmu-ilmu yang disertakan dalam buku mata pelajaran tersebut supaya ia dapat memudahkan anda untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakann dalam peperiksaan kelak.

Kesimpulannya, kejayaan memerlukan dua elemen iaitu tindakan pertama dan berterusan (proses) bagi mencapai matlamat yang anda inginkan. Semoga anda semua mendapat inspirasi dan motivasi melalui artikel ini. Salam kejayaan.

=============================================

Artikel ini telah ditulis oleh Muhammad Aqif bin Azizan, penulis ebook “Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting” dan pemilik blog AqifStrategi.com.

=============================================

Categories: Motivasi Diri Tags:

Penghujung 2009 – Tanya MK

December 8th, 2009 Motivasi Kejayaan 7 comments

Tahun 2009 sudah hampir ke penghujung. Tinggal beberapa hari lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru. Blog Motivasi Kejayaan mengambil peluang ini untuk mendekati para pembaca. Anda bebas menanyakan soalan berkaitan motivasi, pembangunan diri dan apa sahaja yang dirasakan berkaitan. Lontarkan soalan anda di ruangan komentar di akhir entri ini.

Soalan anda mungkin sahaja berbunyi seperti ini :

Bagaimana caranya mengekalkan motivasi selepas gagal berkali-kali?

Saya sukar bangun pagi. Ada saranan untuk mengatasinya?

Bagaimana saya dapat mendorong diri sendiri?

Dan pelbagai lagi soalan. Lontarkan pertanyaan anda di ruangan komentar, dan kami akan berusaha menjawabnya dari masa ke masa.

Terima kasih. Salam Kejayaan!

Categories: Pengumuman Tags:

Penyakit Serius Yang Anda Tidak Mahu Ubati

November 30th, 2009 Aqif Azizan 6 comments

Image by actingschmacting.files.wordpress.com

Mungkin kebanyakkan mereka yang membaca tajuk artikel ini akan berasa hairan kerana pastinya seseorang manusia itu ingin mengubati penyakit yang dialaminya. Dalam artikel ini, penyakit yang ramai orang sedari tetapi langsung tidak bertindak untuk mengubatinya ialah penyakit membuang masa. Walaupun penyakit ini kelihatan sungguh halus, namun impaknya begitu besar sehingga memberi kesan dalam kehidupan seharian anda, seterusnya menggugat masa depan.

Saya yakin para pembaca tahu akan keburukan membuang masa ini, tetapi masih ramai yang tidak mengambil keputusan untuk mengubatinya. Rata-rata beranggapan bahawa membuang masa adalah perkara biasa yang dilakukan oleh setiap manusia. Memang diakui bahawa setiap manusia (termasuk diri saya sendiri) mempunyai penyakit kronik ini, namun persoalan yang harus dititikberatkan ialah:

Berapa banyakkah masa yang telah anda buang sehingga hari ini?

Berilah jawapan anda sejujurnya kerana penyakit ini hanya boleh diubati sekiranya anda mengetahui sebanyak mana masa anda yang telah terbuang agar wujudnya kesedaran dalam kepentingan menghargai masa dalam kehidupan seharian. Jika kita ada mendengar ramai orang yang berkata, “Aku tak ada masalah” atau sewaktu dengannya. Hakikat yang sebenarnya ialah mereka tidak menghargai masa. :)

Biodata Penulis:

Muhammad Aqif bin Azizan mula berkecimpung dalam perniagaan Internet sejak tahun 2006 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan internet MLM iaitu Global Domain International (GDI). Bagi beliau perniagaan internet adalah perniagaan yang mempunyai skop yang luas dan amat sesuai untuk mempelbagaikan sumber pendapatan. Aqif juga merupakan pengasas Positive Mental Attitude (PMA2u.net), sebuah blog motivasi dalam bahasa Inggeris. Sila layari http://www.makroinformasi.com untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut.

Kata-Kata Motivasi : Derek Jeter dan Victor Kiam

November 27th, 2009 Norakmal Jasni 6 comments

Hari ini saya tidak mahu celoteh panjang. Cukup sekadar berkongsi 2 kata-kata motivasi yang saya salin di dalam buku kecil saya. Dan saya alu-alukan pandangan dan buah fikiran pembaca blog MK, untuk diskusi di ruangan komentar selepas entri ini :)

Sumber Foto : dailycomedy.com

Sumber Foto : dailycomedy.com

The longer you wait to decide what you want to do, the more time you’re wasting. Its up to you to want something so badly that your passion shows through your actions. Your actions, not your words will do the shouting for you – Derek Jeter (pro baseball player)

………………

Sumber Foto : flatrock.org.nz

Sumber Foto : flatrock.org.nz

Procrastination is opportunity’s assassin -  Victor Kiam (Businessman, former CEO of Romington Products Company)

Motivasi Diri : Kejayaan Perlu Di Raih

November 26th, 2009 Norakmal Jasni 2 comments

“Success don’t come to you…You GO TO IT” – Marva Collins


Sumber Foto : beijing2008.cn

Sumber Foto : beijing2008.cn

Kejayaan adalah ibarat kain pemidang (ribbon) di hujung balapan. Tak kira apa juga acaranya.

Secara logik, anda yang perlu berlari kepadanya. Anda perlu sampai ke kain pemidang ini, barulah anda di isytiharkan juara! Dan yang paling pasti, bukan kain pemidang ini yang akan datang kepada anda. Tidak mungkin sama sekali.

Begitu juga kejayaan kita. Ia perlu di kejar dan di usahakan. Bukan menunggu seperti anda menunggu bas ;) Usaha yang setimpal, akan menentukan cepat lambat anda sampai ke kain pemidang itu (kejayaan). Justeru itu, curahkan usaha, berdoa dan tawakal!

Pernah anda dengar? Ibarat menanti bulan jatuh ke riba. Mustahil bukan? Jika nak tengok bulan, pergilah ke bulan. Masih anda perlu berusaha. Ubah mentaliti menunggu anda itu sekarang juga. Untuk berjaya, anda perlu berusaha. Renungkan.

Salam Kejayaan!