Archive

Archive for the ‘Surat Pembaca’ Category

Kehidupan Macam ‘Roller Coaster’

November 18th, 2009 Norakmal Jasni 3 comments

Memetik sebahagian daripada email pembaca kepada saya :

Saya setuju dengan cakap anda. Tetapi hidup saya ni kalau masa jatuh, memang jatuh betul-betul. Kalau ada naik turun tu tak apa juga. Ini nak naik semula terlalu la payahnya.

Terima kasih kepada pengirim email. Para pembaca, mari kita merenung seketika ke dalam gambar roller coaster di bawah ini. Saya pasti ramai sudah pernah menaiki roller coaster. Lihat, ketika sampai di kemuncak paling tinggi, roller coaster tetap akan turun ke bawah. Dan pada detik ini, roller coaster mencapai halaju maksimum. Berbeza pula ketika sedang mendaki puncak itu.

Sumber Foto : z.about.com

Sumber Foto : z.about.com

Saya pasti Tuan/Puan nampak dengan jelas. Ketika mendaki, halaju roller coaster adalah rendah. Walaubagaimanapun, ia tetap sampai di puncak. Kecuali jika ia rosak, dan perjalanan terhenti di tengah jalan. Selepas kemuncak, ia akan turun dengan halaju maksimum, sampai la ke permukaan landai. Selepas itu perjalanan di teruskan dengan liku-liku yang beraneka rupa. Sehingga la roller coaster mula mendaki trek semula.

Begitulah kehidupan.

Ketika kita berada di bawah, kita merasakan kita akan berada di atas. Maka setiap cabaran di dalam kehidupan kita terima dengan mudah. Kita terima kerana ingin sampai ke atas. Dan akhirnya dengan segala penat lelah, kita sampai di atas.

Dan resam kehidupan, hidup ibarat roda. Selepas berada di atas, kita akan berada di bawah semula. Syukur kerana ia membuat kita beringat. Apabila kita jatuh, kita jatuh dengan pantas. Seperti roller coaster :) Dan kita terus jatuh sehingga sampai ke tempat ‘landai’. Selepas kita jatuh, kita meneruskan kehidupan dengan bersusah payah. Untuk mendaki puncak semula. Sampai ke kemuncak, kita jatuh semula. Dan proses ini berterusan sepanjang kehidupan.

Mungkin pada ketika kita ‘jatuh’ terasa benar sakitnya. Tapi ingat, ALLAH Maha Penyayang. Mengadulah pada Yang Esa. InsyaALLAH keperitan itu akan berkurangan. Dan kita akan menempuhi kejatuhan dengan baik. Kemudian berusahalah mendaki kehidupan sekali lagi. Tapi, jangan pernah putus asa.

Dan jika anda merasakan susah untuk bangun setiap kali jatuh, maka pesan saya kepada anda : Itu adalah normal. Malahan saya juga merasainya. Kerana kita semua manusia biasa. Tidak ada yang sempurna. Tetapi setiap kita berusaha untuk mendekati kesempurnaan. Fikir-fikirkan. Semoga bermanfaat.

Salam Kejayaan.

Surat Pembaca : Pernah Tak Anda Rasa Sunyi, Bosan dan Keseorangan?

October 8th, 2009 Norakmal Jasni 5 comments

Terima kasih atas email-email dari para pembaca yang mengutuskan khabar, menghulurkan perkenalan dan berkongsi cerita hidup masing-masing. Hari ini saya ingin mengambil peluang ini untuk menjawab surat dari pembaca. Jika anda juga ingin menghantarkan email kepada saya, kirimkan email terus ke alamat : motivasikejayaan09@gmail.com

Surat pembaca yang baru saja saya terima berbunyi seperti ini :

Saya mendoakan semoga Norakmal sentiasa dilindungi Tuhan. Saya sangat tersentuh membaca artikel Nor. Nor, hidup ini satu perjuangan yang tiada penghujungnya…terpaksa tempuh walaupun pahit dan mencabar. Kadang-kadang rasa bosan, sepi dan keseorangan. Tetapi bila baca email Nor, akak rasa ada sesuatu dalam diri Nor. Mungkin ada sesuatu yang kita boleh kongsi bersama.

Pernah tak Nor rasa bosan, sepi, dan keseorangan?

Terima kasih kepada pengirim (identiti saya rahsiakan). Saya amat menghargai setiap email daripada para pembaca. Buat saya gembira setiap kali memeriksa email rasmi MK. Sungguh!

Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan pembaca ini. Pernah tak saya rasa bosan, sepi dan keseorangan? Jawapan saya yang pertama, PERNAH. Ketika saya masih remaja, saya sering merasakan hidup saya ini mono-tone. Maksudnya hidup saya tidak ceria dan membosankan. Saya fikirkan saya melalui hidup kerana kehendak orang lain dan bukan kerana kehendak saya. Itu dahulu………..sangat lama dahulu.

TETAPI

Kini segalanya sudah berubah. Dewasa mengajar saya bagaimana saya boleh menjadi matahari di dalam hati ramai manusia melalui penulisan. Jadi jawapan saya, saya berasa ceria, tidak berseorangan dan gembira! Walaupun orang selalu melihat saya ke sana sini seorangan, tetapi saya sebenarnya gembira. Saya di kelilingi dan sentiasa di hubungi kawan-kawan, para pembaca, ahli keluarga yang amat menyenangkan. Yang memberikan 1001 ragam buat saya. Yang buat saya berfikir lebih jauh dari biasa.

Pengalaman hidup mengajar saya bahawa sebenarnay kita tidak pernah berseorangan. Tetapi jika kita rasa kita berseorangan, itu adalah kerana kita sendiri hendak berseorangan. Ini yang kita niatkan di dalam hati. Ini yang kita set di dalam minda. Kita merasakan kita nak seorangan. Sedangkan jika kita kepingin gembira seperti orang lain, kita harus berdoa supaya kita di datangkan kawan-kawan yang hebat dan menemani kita. Kita doakan supaya kita gembira setiap hari dan menggembirakan orang lain!

Im with You

Im with You

Benar. Segalanya bermula dengan niat dan minda kita. Fokus kepada apa yang kita mahu. InsyaALLAH kita tidak lagi fikir kepada keseorangan, sepi dan sedih. Jika anda benar-benar mahu gembira, fokus lah, dan doalah supaya ALLAH memberikan kegembiraan kepada hidup anda. Minta terus kepada ALLAH! Ingat lagi pesan saya dalam artikel lalu?

Namun, jika anda fokus kepada sedih, keseorangan…ini bermakna anda yang memilih untuk merasai semua itu. Itu yang anda mahukan. Maka itu yang ada dalam tindakan dan minda anda. Satu pertanyaan saya kepada anda, tidakkah anda rasa hidup anda di bazirkan dengan pemikiran seperti itu? Sedangkan anda sentiasa ada pilihan untuk berubah dan gembira menempuh kehidupan. :)

Bergembiralah mulai hari ini. Lepaskan aura kegembiraan itu, dan biarkan ia menyeliputi diri anda. Bersyukur atas kegembiraan yang anda terima .InsyaALLAH anda akan menerima lebih banyak lagi kegembiraan dalam hidup

Salam Kejayaan!~

ps : Buat semua pembaca blog MK. Walaupun anda merasakan anda sendirian, percayalah ALLAH sentiasa ada dengan anda. Dan saya, sentiasa ada sebagai teman maya anda :)

Categories: Surat Pembaca Tags: