Mon 7 Jul 2008
Pisang dah Hati
Posted by Norakmal Jasni under Fokus Minda, Motivasi Diri
[4] Comments
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!
