Archive

Author Archive

Kata-Kata Motivasi : Derek Jeter dan Victor Kiam

November 27th, 2009 Norakmal Jasni 6 comments

Hari ini saya tidak mahu celoteh panjang. Cukup sekadar berkongsi 2 kata-kata motivasi yang saya salin di dalam buku kecil saya. Dan saya alu-alukan pandangan dan buah fikiran pembaca blog MK, untuk diskusi di ruangan komentar selepas entri ini :)

Sumber Foto : dailycomedy.com

Sumber Foto : dailycomedy.com

The longer you wait to decide what you want to do, the more time you’re wasting. Its up to you to want something so badly that your passion shows through your actions. Your actions, not your words will do the shouting for you – Derek Jeter (pro baseball player)

………………

Sumber Foto : flatrock.org.nz

Sumber Foto : flatrock.org.nz

Procrastination is opportunity’s assassin -  Victor Kiam (Businessman, former CEO of Romington Products Company)

Motivasi Diri : Kejayaan Perlu Di Raih

November 26th, 2009 Norakmal Jasni 2 comments

“Success don’t come to you…You GO TO IT” – Marva Collins


Sumber Foto : beijing2008.cn

Sumber Foto : beijing2008.cn

Kejayaan adalah ibarat kain pemidang (ribbon) di hujung balapan. Tak kira apa juga acaranya.

Secara logik, anda yang perlu berlari kepadanya. Anda perlu sampai ke kain pemidang ini, barulah anda di isytiharkan juara! Dan yang paling pasti, bukan kain pemidang ini yang akan datang kepada anda. Tidak mungkin sama sekali.

Begitu juga kejayaan kita. Ia perlu di kejar dan di usahakan. Bukan menunggu seperti anda menunggu bas ;) Usaha yang setimpal, akan menentukan cepat lambat anda sampai ke kain pemidang itu (kejayaan). Justeru itu, curahkan usaha, berdoa dan tawakal!

Pernah anda dengar? Ibarat menanti bulan jatuh ke riba. Mustahil bukan? Jika nak tengok bulan, pergilah ke bulan. Masih anda perlu berusaha. Ubah mentaliti menunggu anda itu sekarang juga. Untuk berjaya, anda perlu berusaha. Renungkan.

Salam Kejayaan!

Motivasi Diri : Pelangi Selepas Hujan?

November 25th, 2009 Norakmal Jasni 12 comments

Di bawah ini ialah satu lagi kata-kata yang membuat saya tersenyum :

“When its dark enough, you can see the STARS” – Charles A Board

Ayat ini mudah, tapi maksudnya mendalam. Ketika saya menaip entri ini, sememangnya hari sudah larut malam. Saya memandang ke luar jendela saya, dan untuk pengetahuan anda, saya tidak nampak bintang! :)

Tapi izinkan saya memberikan satu lagi perbandingan bintang yang mudah. Pernahkah anda melihat bilik yang anda pasangkan bintang di dindingnya? YA! Bintang yang ‘glow in the dark’! Tahukah anda, jika anda lekat bintang ini (pelekat) pada dinding bilik tidur anda, dan anda lihat pada siang hari. Seumpama tidak ada apa-apa. TETAPI! Pada malam hari, bila anda memadamkan semua lampu. Bintang ini akan timbul dan kelihatan seperti bintang di dada langit. :) Lihatlah gambar di bawah ini

Sumber Foto : dezignwithaz.com

Sumber Foto : dezignwithaz.com

Nampak? Anda perlukan kegelapan, untuk tunggu bintang ini kelihatan. Di waktu siang, anda tidak akan nampak ia :)

Begitulah kehidupan ini. Hanya selepas semua ‘kelam’ dan ‘gelap’ (dugaan dan ujian), barulah anda akan nampak akan hikmah kejadian. Sesuatu yang istimewa itu biasanya muncul, selepas kesusahan yang perlu kita alami terlebih dahulu.

Jadi sahabatku, apabila kita sedang menempuhi ujian dalam hidup.. Nikmati ujian itu, dan sabar. InsyaALLAH akan ada ‘bintang’ yang akan anda nampak selepas itu :) Renungkan

Salam Kejayaan!

Motivasi Diri : Separuh Kejayaan atau Separuh Kegagalan?

November 24th, 2009 Norakmal Jasni 3 comments

Memetik satu ayat dari buku kecil saya :

“If you have the will to win, you have achieved half your success. If you dont, you have achieved half your failure” – David Ambrose

Ini adalah satu ayat yang sangat menarik untuk kita fikirkan maksudnya. Jika anda punyai kemahuan untuk menang, maka anda sudah capai separuh kejayaan. TETAPI…

Jika anda tidak ada kemahuan untuk menang, maka anda sebenarnya baru sahaja mencapai separuh kegagalan. Renungkan.

Di manakah kedudukan anda ketika ini? Separuh kejayaan atau separuh kegagalan? Orang yang mahukan kejayaan, perlu dan memang ada kemahuan untuk menang yang amat nyata!

Pilihan, ia sentiasa di tangan anda :)

Salam Kejayaan!

Motivasi Diri : Anda Adalah Penulis Cerita Hidup Anda Sendiri

November 20th, 2009 Norakmal Jasni 3 comments

” If you want your life to be a magnificent story, then begin by realizing that you are the author and everyday you have the opportunity to write a new page” – Mark Houlahan

Sumber Foto : lauraberry.files.wordpress.com

Sumber Foto : lauraberry.files.wordpress.com

Saya memetik ayat ini, dari salah satu buku yang saya pernah baca. Tapi tidak pula saya ingat buku yang mana. Ayat ini saya salin di dalam buku kecil saya.

Sedarkah anda bahawa anda adalah ‘penulis’ kepada kehidupan anda? Anda punyai hak untuk mengarang hidup seperti yang anda mahukan.

Tetapi seringkali kita terlupa hakikat ini. Kita sering mengatakan dan menyalahkan orang lain atas sesuatu yang terjadi pada diri kita hari ini. Kerana merasakan ia bukan apa yang kita mahukan.

Ubah situasi itu. Fikirkan jika anda punyai hak untuk setiap hari anda, jadi tulislah ‘diari harian’ anda sebaik mungkin seperti yang anda mahukan.

Seperti juga diari yang kosong. Esok adalah hari baru dan masih kosong ruangnya. Hari ini adalah hari ini. Hari esok adalah satu hari baru. Dan masih kosong! Anda berhak untuk mencorakkannya seperti mana anda mahukan. Dan bertanggungjawab ke atas coretan anda. Buat keputusan untuk kehidupan anda.

Mungkin ada yang berkata : ‘Bukankah kehidupan kita sudah di tentukan sejak azali lagi?’ Ya benar! Tetapi adakah kita tahu tentang masa hadapan? Kita tidak tahu. Namun melalu perancangan, kita akan menjadikan hidup punyai arah. Dan ALLAH Maha Mengetahui. Jika anda tak dapat seperti apa yang anda coretkan, maksudnya itu bukan waktunya lagi. Kerana ALLAH SWT sentiasa tahu apa yang terbaik untuk anda. Dan anda pula, berhak untuk beri dan rancang yang terbaik untuk diri anda setiap hari :)

Live your life to the fullest! Salam Kejayaan

Motivasi Diri : Kunci Kejayaan Anda

November 19th, 2009 Norakmal Jasni 6 comments

Ramai orang sering bertanya kepada saya, apakah kunci kejayaan? Apakah kunci yang membuka kepada kejayaan saya? Jika saya tahu kunci yang satu ini, pasti lebih mudah jalan saya menuju kejayaan. Sering juga saya berfikir, apakah jawapan yang pasti perlu saya beri kepada anda. Bagi setiap manusia, kunci kejayaan adalah berbeza :) Namun begitu, saya sempat menggariskan 4 perkara di bawah ini sebagai antara anak kunci terpenting yang membawa anda kepada kejayaan.

Sumber Foto : sitesfortherapists.com

Sumber Foto : sitesfortherapists.com

1. Kaji dan ketahui matlamat/idea anda. Jika anda tidak mengetahui apa yang anda mahukan maka ia bermakna anda tidak ada hala tuju. Matlamat/idea akan menjadikan perjalanan anda berarah. Bayangkan sahaja anda bangun pagi, bersiap-siap dan masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kemudian anda tidak tahu pun anda mahu ke mana. Sekadar berpusing-pusing keliling kota tanpa mengetahui mahu ke mana adalah satu pembaziran masa bukan? Bukan sahaja masa terbazir, duit juga terbazir kerana perlu mengisi minyak kereta! Dengan mengetahui matlamat anda, perjalanan hidup anda akan berarah. :)

2. Buat perancangan/strategi. Jika anda tidak merancang strategi anda, mana mungkin anda boleh mencapai kejayaan anda. Para pelari pecut balapan 100meter pun berlatih setiap hari untuk memastikan mereka dapat memecahkan rekod (matlamat). Ada strategi yang di ambil kira, termasuk kekerapan latihan, teknik larian, pemakanan dan pengurusan emosi. Kita? Matlamat kita? Jika matlamat anda mahu berkahwin tahun ini, maka anda perlu merancang segala perjalanan majlis dan menguruskan perbelanjaan bukan? Kerana jika tidak, mana mungkin anda dapat mengadakan sebuah majlis perkahwinan? Semuanya perlu perancangan :)

3. Jangkakan kejayaan. Ini berkait rapat dengan kemahuan anda untuk berjaya. Pengurusan kepercayaan diri sendiri. Jangan sekali-sekali sabotaj diri sendiri. Anda sudah ada matlamat, anda sudah ada plan. Tapi anda tak berapa yakin plan ada menjadi. Anda gusar jika anda gagal. Di sini ramai orang berhenti. Ya, berhenti dari meneruskan usaha mereka. Hanya kerana ragu-ragu. Anda perlu yakin dengan usaha anda. Dan ingat, jika apa yang anda mahukan itu terbaik untuk anda, maka doa anda akan di makbulkan tidak kira cepat atau lambat. Tapi jika ia terjadi seperti sebaliknya, percayalah ALLAH Maha Mengetahui. ALLAH tahu ada yang lebih baik dari apa yang anda rancangkan itu. :) Hidup ini indah sebenarnya.

4. Just Do It. Selepas anda memperbaiki kepercayaan diri anda sendiri. Kini adalah masa untuk bertindak dan melakukan mengikut rancangan anda. Lakukannya! Ramai orang meninggalkan langkah terakhir ini. Kenapa? Mereka takut. Ia juga berkait rapat dengan pengurusan sistem kepercayaan diri tadi (3). Jika anda takut dengan langkah pertama, mana mungkin ada langkah kedua.

Saya suka mengambil contoh yang zahir dalam kehidupan kita semua. Jika seorang lelaki tidak berani melamar seorang gadis pujaannya untuk di jadikan isteri (berkahwin), sudah tentulah sampai bila tidak ke mana-mana. Malahan jika nasib anda tidak baik, tentulah berputih mata! Sedar-sedar, si gadis sudah di sunting orang lain ;)

Sudah pasti ada orang tersenyum membaca contoh mudah ini. Saya pasti. Nah, jika anda memahami konsep ini, kenapa pula tidak gunakan konsep ini dalam kejayaan anda? Dalam matlamat anda? Jika tidak ada langkah pertama, macam mana pula nak ada langkah kedua? Mustahil bukan? Jadi, jangan berlengah lagi. Lakukannya!

Kehidupan Macam ‘Roller Coaster’

November 18th, 2009 Norakmal Jasni 3 comments

Memetik sebahagian daripada email pembaca kepada saya :

Saya setuju dengan cakap anda. Tetapi hidup saya ni kalau masa jatuh, memang jatuh betul-betul. Kalau ada naik turun tu tak apa juga. Ini nak naik semula terlalu la payahnya.

Terima kasih kepada pengirim email. Para pembaca, mari kita merenung seketika ke dalam gambar roller coaster di bawah ini. Saya pasti ramai sudah pernah menaiki roller coaster. Lihat, ketika sampai di kemuncak paling tinggi, roller coaster tetap akan turun ke bawah. Dan pada detik ini, roller coaster mencapai halaju maksimum. Berbeza pula ketika sedang mendaki puncak itu.

Sumber Foto : z.about.com

Sumber Foto : z.about.com

Saya pasti Tuan/Puan nampak dengan jelas. Ketika mendaki, halaju roller coaster adalah rendah. Walaubagaimanapun, ia tetap sampai di puncak. Kecuali jika ia rosak, dan perjalanan terhenti di tengah jalan. Selepas kemuncak, ia akan turun dengan halaju maksimum, sampai la ke permukaan landai. Selepas itu perjalanan di teruskan dengan liku-liku yang beraneka rupa. Sehingga la roller coaster mula mendaki trek semula.

Begitulah kehidupan.

Ketika kita berada di bawah, kita merasakan kita akan berada di atas. Maka setiap cabaran di dalam kehidupan kita terima dengan mudah. Kita terima kerana ingin sampai ke atas. Dan akhirnya dengan segala penat lelah, kita sampai di atas.

Dan resam kehidupan, hidup ibarat roda. Selepas berada di atas, kita akan berada di bawah semula. Syukur kerana ia membuat kita beringat. Apabila kita jatuh, kita jatuh dengan pantas. Seperti roller coaster :) Dan kita terus jatuh sehingga sampai ke tempat ‘landai’. Selepas kita jatuh, kita meneruskan kehidupan dengan bersusah payah. Untuk mendaki puncak semula. Sampai ke kemuncak, kita jatuh semula. Dan proses ini berterusan sepanjang kehidupan.

Mungkin pada ketika kita ‘jatuh’ terasa benar sakitnya. Tapi ingat, ALLAH Maha Penyayang. Mengadulah pada Yang Esa. InsyaALLAH keperitan itu akan berkurangan. Dan kita akan menempuhi kejatuhan dengan baik. Kemudian berusahalah mendaki kehidupan sekali lagi. Tapi, jangan pernah putus asa.

Dan jika anda merasakan susah untuk bangun setiap kali jatuh, maka pesan saya kepada anda : Itu adalah normal. Malahan saya juga merasainya. Kerana kita semua manusia biasa. Tidak ada yang sempurna. Tetapi setiap kita berusaha untuk mendekati kesempurnaan. Fikir-fikirkan. Semoga bermanfaat.

Salam Kejayaan.