About
Dik Mal
Dik Mal atau nama sebenarnya, Norakmal Jasni merupakan seorang pelajar, dan mempunyai minat pada bidang motivasi, pembangunan diri, keusahawanan, pengurusan kewangan dan perniagaan. Beliau merupakan pelajar tahun ke 2, ijazah ( spesifikasi : pendidikan matematik ) di salah sebuah universiti tempatan .
Selain blog ini, Dik Mal juga menulis di blog-blog lain seperti Blog Motivasi Kejayaan dan Blog Book Centre. Terdapat juga beberapa blog lain milik beliau, yang menjadi wadah dan tempat beliau berkongsi pendapat.
Blog ini akan menumpukan topik-topik sekitar hal-hal semasa, pandangan peribadi, pengurusan kewangan, motivasi ringan, dan lain-lain ulasan ke atas artikel-artikel yang penulis baca sepanjang hari.
Hubungi Dik Mal
Hubungi Dik Mal menerusi alamat emel e.norakmal[at]gmail.com
Selamat membaca.
Penafian:
Segala penulisan di dalam blog ini adalah bersifat pendidikan. Tiada nasihat yang boleh diberikan secara spesifik. Sila rujuk kepada pihak profesional yang layak. Dik Mal tidak bertanggungjawab atas segala kerugian, kerosakan, kehilangan dan apa-apa yang memudaratkan anda pada masa hadapan kelak.

salam perkenalan……
saya banyak baca blog dan saya dapati seperti ada persamaan, dan isi ceritanya balik2 itu juga, kadang2 idea disini ada disitu, idea disitu ada disini. sepatutnya makin banyak ilmu, semakin ada idea2 baru dan segar. tolong komin sikit.
pertamanya, penulisan di tulis berdasarkan kefahaman penulis. Maka jika itu yang beliau faham, itu juga yang beliau tulis.
kedua, repitition diperlukan dalam usaha menymampaikan lebih banyak mesej kepada lebih ramai orang. kerana, tahap penerimaan manusia yang berbeza, kadang2 memerlukan pengulangan idea,tetapi cara penyampaian yang berbeza.
seperti blog ini, ia ditulis sedemikian rupa untuk membantu lebih ramai orang memahami mesej yang hendak di sampaikan. dan ia juga merupakan respon ke atas email2 yang di terima.
kami tidak pasti apa persoalan yang cuba diketengahkan, tetapi jika mengenai keaslian artikel yang diketengahkan, maka ingin di nyatakan di sini, 100% hasil blog ini merupakan idea spontan berdasarkan pengalaman seharian. Dan jika ada yang dipetik dari blog lain, ia akan di sertai link.
Idea-idea baru itu memang baik. Tetapi kami di Motivasi Kejayaan melihat perkara ini dari sudut yang berbeza. Di sebalik idea lama, ada akar tunjung yang perlu kami patahkan. Sebab itu artikel di Motivasi Kejayaan banyak berkisar perkara-perkara asas. Kami menyedari bahawa pembacaan dan pemahaman, diterima oleh pembaca dari perlabagai latar belakang dan tahap kefahaman yang berbeza.
Di harapakan penjelasan ini menjawab pertanyaan anda. Terima Kasih.
Assalamualaikum.. ni respon saya.
Ini sebuah blog yang bercerita tentang motivasi
dan pembangunan diri dari sudut psikologi. Ia
semata-mata untuk tujuan pendidikan.
Sudah tentu pendekatannya berbeza dari blog-blog Internet marketing, Buat Duit, politik,
Pemasaran, Adsense, SEO, personal blog mahupun
blog yang mempromosikan bisnes atau blog yang
berkisar mengenai motivasi keusahawanan, dimana
contentnya tidak perlu diulang-ulang kerana sentiasa
ada update terbaru, info terbaru.
Selain memberi info motivasi, tips, panduan, asas dan
huraian idea, blog ini juga turut menjawap persoalan
yang diajukan melalui email kepada penulisnya.
Sesetengah idea yang pernah ditulis
perlu dikeluarkan semula, supaya pembaca
memahami dan dapat mengingati.
Adakalanya pengulangan (repetition) perlu,
bila soalan yang sama timbul, walau
dalam situasi yang cukup berlainan. Contohnya,
hari ini si pembaca A bertanya pasal kuasa minda.
3 hari selepas itu, pembaca B pula bertanya
mengenai kuasa minda. 1 hari selepas itu,
pembaca C pula bertanya soalan yang sama, juga
mengenai kuasa minda.
Senario ini dapat juga dilihat dalam Industri
Motivasi Malaysia. Dr Fadzilah Kamsah bercakap
mengenai motivasi diri, Dr Tuah Iskandar juga bercakap mengenai motivasi diri dan Dr Shukri Abdullah
turut bercakap mengenai motivasi diri, belum termasuk
Dr Irfan Khairi, Dr Fazley Yaakob dan berpuluh
penulis-penulis artikel motivasi yang lain.
Mereka melakukan repitition, walhal perkara-perkara yang dibincangkan adalah sama, iaitu motivasi diri, sebab
ia asyik ditanya dalam situasi yang cukup berlainan.
Yang magiknya,
mereka tak pernah mengeluh sebab mengulangi
perkara yang sama berkali-kali.
Jadi,perkara itu terjadi dalam blog ini.
Pengulangan idea memang ada, tapi tak banyak,
tak selalu dan tak pula terdapat disetiap post.
Ia bergantung pada situasi.
Memang semakin banyak ilmu, semakin banyak curahan
idea. Tapi jika ada pengulangan idea yang sama,
tak semestinya menunjukkan penulisnya kering idea.
Ia ada tujuan tertentu, sama ada untuk memberi kefahaman,untuk menjernihkan kekeruhan dan
supaya pembacanya tahu penulis tersebut serius
tentang perkara yang dibincangkan.
Saya pernah melakukan hal yang saya, kerana
saya mahu apa yang saya tulis ‘melekat’ di
kepala pembaca blog saya. Ia bukan kerana saya
takde idea, tapi sebab untuk menjadikan apa yang
saya tulis nampak lebih serius dan bukannya
setakat rapuan biasa yang ‘takde makne nye’.
Iklan di tv juga selalu diulang-ulangkan, supaya
mesej, audio, video, warna, gambar, bunyi dan
pergerakan pelakon dalam iklan tu melekat dalam minda
penontonnya. Itu menampakkan mereka serius
mahu memperkenalkanproduk mereka.
Saya berpegang kepada konsep rambut sama
hitam, hati lain-lain. Ia terpulang pada respon minda
pembaca, mood dan level emosi ketika itu.
Sesetengah orang ok, sesetengah tak ok bila
mengesan ada idea berulang di mana-mana artikel
dalam blog MotivasiKejayaan.com
atau, maybe sebab jarang melihat adanya repetition
di blog lain, melabelkan penulis kurang idea bila nampak ia terjadi di blog MotivasiKejayaan.com
Pengulangan idea di blog ini takkan berlaku
setiap masa, malah ia bergantung pada situasi.
Apa-apun, ini untuk info kita bersama, saya hanya
menerangkan mengapa berlakunya pengulangan idea.
Kepada en Mizan, moga info ini membantu.
Terima kasih kerana memberi komen membina
- shueqry -