Home > Motivasi Diri > 3 tips membina mindset kejayaan [ bahagian 3 ]

3 tips membina mindset kejayaan [ bahagian 3 ]

Mindset kejayaan yang ketiga: belajar apa yang perlu Anda tahu sahaja

Untuk berjaya, Anda tak perlu belajar menguasai 5 kemahiran sekaligus dalam satu masa. Anda tak akan dapat mencapai apa-apa bila Anda buat camtu. Fokus untuk menguasai 1 kemahiran saja pada satu masa supaya Anda berjaya.

Macam kita lempar batu ke dalam lubang. Andai kata kita nak beberapa biji batu ke dalam 5 lubang dalam masa yang sama, Anda rasa Anda boleh buat tak? Dah tentu tidak. Kita hanya boleh melempar beberapa biji batu ke dalam 1 lubang pada 1 masa.

Oleh itu, fokuskan pada 1 perkara saja pada satu masa kemudian lakukan berbagai-bagai cara untuk mencapai kemahuan Anda, selagi cara yang Anda gunakan tu halal serta tidak bertentangan dengan syariah Islam. Kan itu lebih bagus? Kita manfaatkan tenaga kita, usaha kita kepada perkara yang benar-benar mendatangkan hasil.

Anda tak perlu belajar 5 perkara dalam 1 masa. Belajar 1 perkara pada 1 masa dulu. Paling bagus, belajar apa yang Anda perlu, bukan yang Anda sekadar mahu tahu. Sebagai contoh, katakan Anda mahu berjaya dalam kerjaya anda sekarang ni.

Pelajari selok-belok kerjaya Anda, luar dalam dalam serta selidiki tahap-tahap yang perlu Anda capai untuk Anda berjaya dengan cukup cemerlang. Ingat lagi tak mindset pertama? Hidup kita kena ada strategi, mesti mau ada BLUEPRINT.

Belajar perkara-perkara yang perlu buat masa ini, lakukannya langkah demi langkah. Lama kelamaan, bila Anda konsisten melakukannya Anda tak akan sedar yang Anda dah belajar banyak perkara berkaitan bidang Anda.

Kuncinya adalah – jangan terlalu tamak nak berjaya dengan cepat. Kejayaan akan datang sendiri bila Anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan dengan mempelajari apa yang Anda perlu tahu saja. Orang yang cemerlang dan berjaya, dia kurang tahu semua perkara, tapi dia tahu banyak perkara berkaitan bidang.

Takkan Anda nak tanya jutawan internet banyak perkara tentang pertukangan kereta?

Dia mungkin boleh jawap, tapi tak detail. Contoh saja, contoh!

Categories: Motivasi Diri Tags:
  1. January 12th, 2010 at 08:11 | #1

    Assalamualaikum Tuan Rumah,

    idea di bawah ini memang saya setuju dan mengamalkannya!
    Oleh itu, fokuskan pada 1 perkara saja pada satu masa kemudian lakukan berbagai-bagai cara untuk mencapai kemahuan Anda, selagi cara yang Anda gunakan tu halal serta tidak bertentangan dengan syariah Islam. Kan itu lebih bagus? Kita manfaatkan tenaga kita, usaha kita kepada perkara yang benar-benar mendatangkan hasil.

    Salam ceria & inspirasi

    “Pray Hard & Work Smart”

    Assalamulaikum

  2. February 25th, 2010 at 19:22 | #2

    Salam,
    Saya amat berterima kasih kerana berpeluang membaca artikel ini. Artikel ini amat bermakna kepada saya. Ya, memang benar, kita perlu menguasai satu perkara dulu sebelum menguasai yang selebihnya. Teruskan dengan informasi berguna seperti ini.

    Salam
    Mohd Zaini

  1. No trackbacks yet.