Penghujung 2009 – Tanya MK
Tahun 2009 sudah hampir ke penghujung. Tinggal beberapa hari lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru. Blog Motivasi Kejayaan mengambil peluang ini untuk mendekati para pembaca. Anda bebas menanyakan soalan berkaitan motivasi, pembangunan diri dan apa sahaja yang dirasakan berkaitan. Lontarkan soalan anda di ruangan komentar di akhir entri ini.
Soalan anda mungkin sahaja berbunyi seperti ini :
Bagaimana caranya mengekalkan motivasi selepas gagal berkali-kali?
Saya sukar bangun pagi. Ada saranan untuk mengatasinya?
Bagaimana saya dapat mendorong diri sendiri?
Dan pelbagai lagi soalan. Lontarkan pertanyaan anda di ruangan komentar, dan kami akan berusaha menjawabnya dari masa ke masa.
Terima kasih. Salam Kejayaan!
Categories: Pengumuman
Saya dah ada matlamat untuk 2010 ..tapi saya rasa ragu2 nak bertindak..adakah kerana saya tak mempunyai cukup ‘pengetahuan’ tentang ape yang ingin saya lakukan atau adakah kerana matlamat saya tak cukup kuat untuk keluarkan ’singa’ yang dah lama tido.harap saranan n nasihat anda dapat membantu saya.tq
@IDA
Salam Ida.
Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada anda kerana sudah mempunyai matlamat untuk tahun 2010.
Mengenai persoalan IDA berkenaan “Keraguan utk bertindak”, ia adalah perasaan normal. Apa yang membezakannya ialah bagaimana IDA mengawal perasaan tersebut supaya tidak menguasai emosi dan fizikal IDA.
Saya sarankan agar matlamat 2010 itu disusun dengan matlamat kecil dan matlamat besar. Ini supaya IDA dapat bertindak secara perlahan-lahan. Asalkan BERTINDAK.
Semoga ia dapat membantu. Salam kejayaan
OK..saya akan ikut sepeerti ape yang aqif sarankan..n dari masa ke semasa saya akan bagitau perkembangannya.tq.
Bagaimana untuk mengawal perasaan cemburu yang terlampau terhadap suami yang kita kasihi. Dan bagaiman untuk membentuk sebuah perkahwinan yang bahagia dan harmoni.
Bagaimana caranya agar sy sentiasa tenang dan berkeyakinan wlupn dlm keadaan tertekan @ bermasalah? Klu boleh sy nk merasa dan kelihatan tenang slu.
Salam Motivasi Kejayaan.
Saya ingin meminta tips, bagaimana berdepan dengan kesalahan yang pernah dilakukan? Ceritanya begini, saya berasa malu dengan kesilapan yang dilakukan dan ingin menutup kesalahan itu. Jadi, bagaimana caranya untuk menutup segala kesilapan itu dari pengetahuan umum? Kerana saya telah menceritakan segala amarah saya dalam blog milik saya. Tetapi setelah difikirkan semula. Menyesal dan malu pun ada.
Dan apakah tips untuk menetapkan pendirian selalu walau kita berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran sekali pun?
Diharap anda dapat membantu.
Terima Kasih banyak.
salam..
bagaimana nak menghilangkan perasaan terpendam dan bagaimana nak membiasakan diri kita apabila berdepan dengan situasi yang penik.?