Topik Motivasi Pilihan Anda
Pada saat saya menaip artikel ni, jam sudah masuk ke 1:41 minit pagi. Wow, tak terasa masa berlalu, tak sedar rupanya dah 2 jam saya duduk di kerusi dalam bilik ni cuma jari jemari saja yang bergerak. Selama beberapa hari ni saya melihat ada peningkatan dalam jumlah RSS subscriber dan saya amat gembira melihatnya!
Terima kasih pada Anda yang subscribe pada artikel-artikel kami. Bagi Anda yang baru mengenali saya, panggil saja saya dengan nama ShueQry. Nak panggil nama sebenar boleh juga tapi takut nanti Anda susah nak bezakan antara nama saya dengan nama Dr Shukri Abdullah, sebab nama kami serupa!
Seboleh mungkin saya mahu memberi yang terbaik untuk bacaan Anda. Tapi, masalahnya saya tak tahu apa yang Anda mahu baca dan apa yang Anda mahu tahu. Sebenarnya, Anda boleh meminta kami mengeluarkan topik-topik tertentu mengikut pilihan Anda. Anda boleh meminta kami menulis tips motivasi dalam topik pilihan Anda. Misalnya stress – mungkin Anda nak tahu apa punca stress dan apa cara untuk menangani stress mengikut kesesuaian Anda. Mungkin Anda seorang pelajar universiti, mungkin juga Anda sedang bekerja, atau mungkin Anda ada bisnes sendiri. Biar kami membantu!
Untuk itu, beritahu kami apa yang Anda mahu baca supaya kami dapat berikan artikelnya pada Anda. Well, semuanya percuma saja, sebagai hadiah dari hati. Pada saya, Anda bukan pembaca tapi seorang kawan. Saya mahu melihat Anda gembira.
Taipkan mesej di ruang komen jika Anda mahu saya menulis topik-topik motivasi tertentu, saya akan reply setiap satu mesej Anda. Jangan malu-malu, semuanya percuma saja!
salam…
saya nak motivasi camne nak tenang bila exam start…dan sebelum exam supaya dapat jawab exam dengan mudah….
Waalaikumsalam Farah,
..terima kasih di atas respon awak tu ..Farah pelajar sekolah menengah atau pelajar IPT? maaf sebab saya bertanya, untuk kepastian. Reply cepat ya..
Thanks farah.
ok…saya pelajar sekolah menengah atas. Tahun ni STPM. Tahun ni saya mengulang STPM sebab tahun lepas result teruk, jadi saya cuba tahun ni pulak…
Ok Farah..saya dah faham .. TQ!
salam.. mcmn nak buang sifat malas?
salam.. saya mengalami ‘down’ dan xsuka bergaul gan kawan2 selepas saya fail exm… saya sekarang suka mengurung diri dlm bilik d asrama bg mengelak dr berjumpa dgn kwn2.. bagaimana saya nak dapatkan kembali semangat belajar dan bergaul kembali dgn kawan2 saya…..
Salam…
Hi shuqery…thanks the opportunity given to us.
Really appreciate if you can write about “membina impian yang besar” camna nak capai & sentiasa ingat impian dan matlamat dalam hidup ini.
Waalaikumsalah Annah, nak buang sifat malas, paling asas sekali caranya adalah dengan memaksa diri kita menjadi rajin.
Berat cemanapun di rasa, rajinkan diri .. cari apa-apa kerja yang boleh dijadikan kerja..elak terlalu leka dengan keselesaan..buat permulaan, boleh praktikkan cara tu.
jgn terlalu leka dgn keselesaan… mm.. betul la… rasanya org jd malas sb selesa dgn keselesaan…. thnx..
salam shueqry.. saya cadangkan e book pasal L.O.A dengan cara islam, sbb sy dah alaminya..so, lagi baik klu shueqry tulis pasal ni, sbb sy nak tahu lebih lanjut lagi.
Salam…
Pernah membincangkan hal ini dengan sahabat.
Dalam kehidupan kita..akan wujud 2 stress kan..
Stress yang “baik” dan “tidak baik”
Jadi..
Persoalannya,bagaimanakah handle stress “baik” datang pada waktu yang sepatutnya?
dan..
stress “tidak baik” dibuang pada waktu yang sepatutnya?
Stress baik=yang urge kita utk membuat sesuatu dengan baik.mempunyai benefit.
Stress tidak baik=yang datang waktu2 tidak perlu pun stress tp kita stress..tiada benefit.malah penyakit..hypertension,diabetes..
Baik,terima kasih.
@missieza
waalaikumsalam, Missieza. Apa khabar?
LOA satu topik yang amat bagus!
Thanks kerana mencadangkan .. saya sebenarnya dalam perancangan nak tulis artikel dalam topik tu, buat masa ni kita beri laluan pada artikel-artikel topik lain dulu ya .. seboleh mungkin saya akan menulisnya dengan ayat mudah difahami.
Apa-apapun, saya rasa awak dah faham apa dia LOA dan dah biasanya mengalaminya. Means, langkah seterusnya adalah mencari cara bagaimana nak kekalkan kesan LOA tu selama mungkin sepanjang hari, untuk hari-hari akan datang.
slm.sy br start baca artikel2 motivasi mggu lps.Alhamdulillah ada perkembangan positif pada diri..
Askum, sy sorg macik kpd anak2 buah sy, sy bekerja dan juga masih blajar. Masalah sy ialah kekangan masa utk bljr ketika d rmh, maklm la anak yg tgh membesar mmg sukar nk jaga. Klu nk bljr kena cun curi masa. Sy ada mslh dari segi ini, hrp ShueQry dpt bantu beri idea…