Motivasi Diri : Anda Adalah Penulis Cerita Hidup Anda Sendiri
” If you want your life to be a magnificent story, then begin by realizing that you are the author and everyday you have the opportunity to write a new page” – Mark Houlahan
Saya memetik ayat ini, dari salah satu buku yang saya pernah baca. Tapi tidak pula saya ingat buku yang mana. Ayat ini saya salin di dalam buku kecil saya.
Sedarkah anda bahawa anda adalah ‘penulis’ kepada kehidupan anda? Anda punyai hak untuk mengarang hidup seperti yang anda mahukan.
Tetapi seringkali kita terlupa hakikat ini. Kita sering mengatakan dan menyalahkan orang lain atas sesuatu yang terjadi pada diri kita hari ini. Kerana merasakan ia bukan apa yang kita mahukan.
Ubah situasi itu. Fikirkan jika anda punyai hak untuk setiap hari anda, jadi tulislah ‘diari harian’ anda sebaik mungkin seperti yang anda mahukan.
Seperti juga diari yang kosong. Esok adalah hari baru dan masih kosong ruangnya. Hari ini adalah hari ini. Hari esok adalah satu hari baru. Dan masih kosong! Anda berhak untuk mencorakkannya seperti mana anda mahukan. Dan bertanggungjawab ke atas coretan anda. Buat keputusan untuk kehidupan anda.
Mungkin ada yang berkata : ‘Bukankah kehidupan kita sudah di tentukan sejak azali lagi?’ Ya benar! Tetapi adakah kita tahu tentang masa hadapan? Kita tidak tahu. Namun melalu perancangan, kita akan menjadikan hidup punyai arah. Dan ALLAH Maha Mengetahui. Jika anda tak dapat seperti apa yang anda coretkan, maksudnya itu bukan waktunya lagi. Kerana ALLAH SWT sentiasa tahu apa yang terbaik untuk anda. Dan anda pula, berhak untuk beri dan rancang yang terbaik untuk diri anda setiap hari
Live your life to the fullest! Salam Kejayaan

salam.mmmg benar ape yang awak tulis..10 tahun lepas saya tinggal kat rumah setinggan..suatu hari saya duduk kat tepi sungai (tapi yang sebetulnya longkang besar)..saya terfikir ape akan jadi di masa depan…ayah dah tak de..n saya tak nak hidup saya adik beradik tetap tak berubah,saya tekad akan ubah hidup dan maruah diri serta family.saya tak akan biarkan mak meninggal di tanah setinggan,nak pastikan mak menghabiskan sisa2 hidupnya di tempat yang dia suka.saya juga nak pastikan adik2 saya boleh berdikari..dan akhirnya saya dapat ape yang saya inginkan.walaupun saya perlu lupakan n korbankan masa remaja tapi saya rasa amat berbaloi dengan ape yang saya miliki hari nie..
selepas 10 tahun,tibalah masa untuk saya fikir tentang diri sendiri..tetapi……..mungkin saya dah lupa basic..saya dah berhenti menulis n memikirkan tentang ape yang saya inginkan di masa depan.mungkin anda boleh bantu saya untuk memulakannya semula.
Ida, insyaALLAH.
E-Buku Matlamat 2.0 bakal di lancarkan semula hujung bulan Disember. Saya yakin E-Buku itu dapat membantu Ida di dalam penulisan matlamat semula
TRIMA KASIH.harap kita di sini dapat bersama2 membantu,memulih dan membina semangat yang pudar.tq sekali lagi.