Home > Motivasi Diri > Kegagalan

Kegagalan

I cant sleep. Bila keadaan ini terjadi, ia pasti bersebab buat saya. Ada idea yang tak habis di cerna barangkali. Sepanjang hidup saya, baru-baru ini saya melihat dan mendalami ilmu gagal.
Dalam saya sangka saya sudah mahir tentang gagal, saya di perlihatkan dengan pengalaman orang lain gagal depan mata. Seperti yang saya percaya, gagal adalah pecutan kejayaan. Dan tidak ada sebab untuk takut gagal. Tidak ada sebab untuk kita tidak mampu menerima gagal sebagai resam hidup.
Itu hanya jika kita percaya, menerima dan mempraktikkan : Gagal Adalah Pecutan Kepada Kejayaan.
Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang rakan yang hebat. Beliau sudah banyak kali gagal dari pandangan mata saya. Tapi yang hebatnya mengenai insan ini, tidak ada hela ‘huh’ pada bibirnya. Malahan, setiap kali itu beliau datang dengan idea baru. Memang akan ada seketika yang beliau terkesima. Tapi setiap kali itu juga beliau bangkit.
Hebat?
Itu bezanya orang yang mahu berjaya dan hanya suka pada kejayaan. Orang yang mahu berjaya memang sanggup susah untuk berjaya. Sedangkan orang yang hanya suka pada kejayaan, hanya menikmati kejayaan orang lain dan bermain di tepian pantai. Si berani yang mahu berjaya inilah yang berenang di lautan badai.
Entri ini ringkas, sekadar muhasabah untuk diri saya sendiri dan anda semua. Semoga bermanfaat
Salam Kejayaan.

2.30 am. 17 November 2009

  1. umar
    November 17th, 2009 at 06:37 | #1

    ringkas tp memberangsang

  2. Motivasi Kejayaan
    November 17th, 2009 at 08:27 | #2

    @umar

    Terima kasih. Semoga bermanfaat :)

  3. farah
    November 19th, 2009 at 19:51 | #3

    thnx :)

  1. No trackbacks yet.