Penyakit Serius Yang Anda Tidak Mahu Ubati

Mungkin kebanyakkan mereka yang membaca tajuk artikel ini akan berasa hairan kerana pastinya seseorang manusia itu ingin mengubati penyakit yang dialaminya. Dalam artikel ini, penyakit yang ramai orang sedari tetapi langsung tidak bertindak untuk mengubatinya ialah penyakit membuang masa. Walaupun penyakit ini kelihatan sungguh halus, namun impaknya begitu besar sehingga memberi kesan dalam kehidupan seharian anda, seterusnya menggugat masa depan.
Saya yakin para pembaca tahu akan keburukan membuang masa ini, tetapi masih ramai yang tidak mengambil keputusan untuk mengubatinya. Rata-rata beranggapan bahawa membuang masa adalah perkara biasa yang dilakukan oleh setiap manusia. Memang diakui bahawa setiap manusia (termasuk diri saya sendiri) mempunyai penyakit kronik ini, namun persoalan yang harus dititikberatkan ialah:
Berapa banyakkah masa yang telah anda buang sehingga hari ini?
Berilah jawapan anda sejujurnya kerana penyakit ini hanya boleh diubati sekiranya anda mengetahui sebanyak mana masa anda yang telah terbuang agar wujudnya kesedaran dalam kepentingan menghargai masa dalam kehidupan seharian. Jika kita ada mendengar ramai orang yang berkata, “Aku tak ada masalah” atau sewaktu dengannya. Hakikat yang sebenarnya ialah mereka tidak menghargai masa.
Biodata Penulis:
Muhammad Aqif bin Azizan mula berkecimpung dalam perniagaan Internet sejak tahun 2006 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan internet MLM iaitu Global Domain International (GDI). Bagi beliau perniagaan internet adalah perniagaan yang mempunyai skop yang luas dan amat sesuai untuk mempelbagaikan sumber pendapatan. Aqif juga merupakan pengasas Positive Mental Attitude (PMA2u.net), sebuah blog motivasi dalam bahasa Inggeris. Sila layari http://www.makroinformasi.com untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut.
Recent Comments