Home > Motivasi Diri > 3 Sebab Utama Kenapa Kita Perlu Bertindak Sekarang

3 Sebab Utama Kenapa Kita Perlu Bertindak Sekarang

Sebagai seorang manusia, sudah semestinya kita mempunyai sifat ingin memajukan diri sendiri tidak kira dalam apa jua aspek sekalipun. Tetapi perkara yang paling “liat” yang dapat kita lihat adalah masalah untuk melakukan tindakan. Kita semua tahu bahawa dengan bertindak, kita dapat melakukan perubahan dalam diri kita. Berkenaan dengan perubahan positif atau sebaliknya, itu terpulang pada individu itu sendiri terhadap perubahan yang dilakukannya.

Sepertimana yang telah saya nyatakan di atas, perkara yang paling sukar untuk anda mulakan ialah melakukan tindakan. Ada yang bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk melakukan tindakan? Bagi saya, jawapan untuk soalan ini begitu subjektif kerana semuanya dimulakan dengan mengetahui personaliti diri sendiri terlebih dahulu. Ingin tahu mengapa? Mari teruskan bacaan.

Mengenali personaliti diri adalah seperti mengetahui kekuatan atau kelebihan yang ada dalam diri anda. Dengan mengetahui kekuatan yang terdapat dalam diri anda, maka anda kini tiada masalah untuk melakukan tindakan kerana anda dapat mengawal diri anda sekarang.

Tetapi mengapa kita perlu bertindak sekarang? Bukankah esok masih ada masa lagi? Tahun depan pun boleh kan? Saya pasti anda juga pernah mengajukan soalan seperti ini terhadap diri anda sendiri.

Disini saya kongsikan 3 sebab kenapa kita perlu bertindak sekarang:

1. Mengubah Sesuatu Yang Baik Kepada Yang Lebih Baik

Melakukan tindakan dapat mengubah sesuatu yang baik kepada yang lebih baik dalam kehidupan anda. Tidak kira apakah perubahan yang telah dilakukan, namun saya pasti ianya tetap akan memberikan kebaikan terhadap diri anda dan orang sekeliling.

2. Proses Mengenali Maksud Sebenar “PENGALAMAN”

Apabila anda melakukan tindakan, ia umpama fasa pertama dalam mencapai matlamat yang anda inginkan. Dalam perjalanan anda untuk mencapai matlamat tersebut, sudah pasti anda akan mengalami pengalaman pahit atau manis. Kedua-duanya adalah pengalaman yang bermakna dalam diri anda. Hanya anda sahaja yang dapat mendalami perasaan tersebut suatu hari ini dan apa yang saya ingin nyatakan disini, anda pasti tersenyum apabila mengenangkan perjalanan anda untuk menjadi diri anda pada hari ini. :)

3. Menjadikan Anda Lebih Matang Dalam Membuat Keputusan

Setelah anda berjaya mencapai matlamat yang diingini, anda kini mempunyai banyak pengalaman bermakna dalam hidup anda. Ini dapat menjadikan anda seorang yang matang dalam membuat keputusan. Anda pasti akan terkejut jika keputusan yang anda lakukan lain daripada yang lain.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan dapat anda implimentasikan dalam kehidupan seharian anda. Bagi sebarang pendapat atau komen, sila lakukan di ruangan komen yang disediakan. Terima kasih. Salam motivasi, salam kejayaan. :)

Biodata Penulis

Muhammad Aqif bin Azizan mula berkecimpung dalam perniagaan Internet sejak tahun 2006 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan internet MLM iaitu Global Domain International (GDI). Bagi beliau perniagaan internet adalah perniagaan yang mempunyai skop yang luas dan amat sesuai untuk mempelbagaikan sumber pendapatan. Aqif juga merupakan pengasas Positive Mental Attitude, sebuah blog motivasi dalam bahasa Inggeris. Sila layari http://www.aqifstrategi.com untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.