Motivasi Kerja – Bagaimana Untuk Memberi Motivasi Pada Diri Sendiri Ketika Sedang Tertekan
Lihat di sekeliling Anda. Setiap kali tiba hari Isnin, ramai orang tak suka turun bekerja. Sebab?
Mereka tak rasa seronok bekerja, maknanya mereka tak ada motivasi kerja! Jika ada terperangkap dalam situasi ini, amalkan teknik bersyukur untuk memberi motivasi pada diri sendiri ketika sedang tertekan (atau mungkin sedikit tertekan).
Sebelum keluar dari rumah untuk ke tempat kerja, ucapkan syukur pada Tuhan kerana mengurniakan Anda kerja tetap dan dari kerja itulah Anda memiiliki gaya hidup serta memenuhi keperluan Anda. Ucapkan syukur kerana Anda dapat membina sumber kewangan dari kerjaya Anda sekarang ini. Serta merta Anda akan bersemangat melaksanakan tugas bahkan bersemangat melakukan apa saja kerja di tempat kerja.
Bila Anda rasa Anda kurang bersemangat, itu pentanda jelas Anda jarang bersyukur pada Tuhan. Ia juga petanda jelas Anda kurang puas hati dengan kerja Anda, mungkin ada yang tak kena di mana-mana.
Mungkin Anda kurang puas hati dengan gaji Anda. Apabila di fikir dalam-dalam, sebenarnya kita sendirilah yang menjadikan diri kita tidak bermotivasi – sebab kita amat jarang berterima kasih. Kesannya, pelbagai tekanan dan permasalahan muncul sebagai hukuman kerana kealpaan kita untuk mengucap rasa berterima kasih pada Tuhan.
Cara terbaik untuk menghilangkan tekanan adalah mengubah fikiran lalu memfokus kepada kedamaian. Sikap rajin bersyukur boleh menghadirkan rasa damai juga rasa ketenangan yang amat mendalam di hati. Bila hati terasa damai, Anda akan bersemangat untuk bekerja.

Recent Comments