Tidak Mahu Berubah? Maka Datanglah…
KEGAGALAN. Saya yakin anda tahu jika kita tidak melakukan perubahan pada hari ini, maka tiada perubahan yang akan datang pada hari esok. Walaupun perkara seperti ini sudah disedari ramai terutamanya ketika menghadiri seminar, mendengar audio dan membaca buku namun kebanyakkan masih lagi “kurang berjaya” untuk keluar daripada kancah zon selesa tersebut.
Zon selesa ialah keadaan dimana anda rasakan selesa (walaupun hakikatnya anda tidak selesa) dan ia dapat membantutkan anda daripada mengambil daripada sebarang tindakan. Lihat sahaja diri kita sendiri, kadang kala pasti badan ini akan terasa amat malas untuk melakukan sesuatu. Tahukah saudara / saudari bahawa punca utama kita masih berada di zon selesa ialah kita sebenarnya suka diri kita dizalimi?
Walaupun bunyinya agak kasar dan nampak seperti sesuatu yang diluar jangkaan, namun itulah hakikatnya. Bayangkan jika keadaan kewangan anda tidak stabil, jika anda tidak melakukan sesuatu dan masih lagi berada di dalam zon selesa anda, maka jawapan yang pasti anda tidak akan berjaya menstabilkan posisi kewangan anda pada masa akan datang. Lalu anda tidak lagi mampu membeli barang-barang keperluan seperti sediakala. Bukankah itu sesuatu perbuatan yang menzalimi diri sendiri?
Saya ada katakan bahawa “anda suka” menzalimi diri sendiri. Ini bukan bermaksud anda betul-betul seronok untuk menzalimi diri sendiri. Perkara ini berlaku secara tidak sedar kerana kita sebagai seorang manusia perlu menyedarkan sesama manusia bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku. Saya pasti golongan pembaca Motivasi Kejayaan terdiri daripada mereka yang sentiasa berfikiran optimistik.
Jadi, tindakan anda pada hari ini ialah sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik. Elakkan berfikir untuk menjadi kaya, tetapi tetapkanlah matlamat untuk mempunyai kehidupan yang tenang dan senang di dunia dan akhirat. Ingat, jika anda mempunyai harta setinggi gunung Everest tetapi hati sentiasa tidak tenang maka tiada gunanya harta itu disamping anda.
Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa tinggalkan komen di ruangan yang disediakan. Salam motivasi, salam kejayaan.
Biodata Penulis:
Muhammad Aqif bin Azizan mula berkecimpung dalam perniagaan Internet sejak tahun 2006 dan kini beliau memberikan fokus sepenuhnya dalam perniagaan internet MLM iaitu Global Domain International (GDI). Bagi beliau perniagaan internet adalah perniagaan yang mempunyai skop yang luas dan amat sesuai untuk mempelbagaikan sumber pendapatan. Aqif juga merupakan pengasas Positive Mental Attitude, sebuah blog motivasi dalam bahasa Inggeris. Sila layari http://www.aqifstrategi.com untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut.
Recent Comments