Archive

Archive for November 14th, 2009

Topik Motivasi Pilihan Anda

November 14th, 2009 ShueQry 14 comments

Pada saat saya menaip artikel ni, jam sudah masuk ke 1:41 minit pagi. Wow, tak terasa masa berlalu, tak sedar rupanya dah 2 jam saya duduk di kerusi dalam bilik ni cuma jari jemari saja yang bergerak.  Selama beberapa hari ni saya melihat ada peningkatan dalam jumlah RSS subscriber dan saya amat gembira melihatnya!

Terima kasih pada Anda yang subscribe pada artikel-artikel kami. Bagi Anda yang baru mengenali saya, panggil saja saya dengan nama ShueQry. Nak panggil nama sebenar boleh juga tapi takut nanti Anda susah nak bezakan antara nama saya dengan nama Dr Shukri Abdullah, sebab nama kami serupa!

Seboleh mungkin saya mahu memberi yang terbaik untuk bacaan Anda. Tapi, masalahnya saya tak tahu apa yang Anda mahu baca dan apa yang Anda mahu tahu. Sebenarnya, Anda boleh meminta kami mengeluarkan topik-topik tertentu mengikut pilihan Anda. Anda boleh meminta kami menulis tips motivasi dalam topik pilihan Anda. Misalnya stress – mungkin Anda nak tahu apa punca stress dan apa cara untuk menangani stress mengikut kesesuaian Anda. Mungkin Anda seorang pelajar universiti, mungkin juga Anda sedang bekerja, atau mungkin Anda ada bisnes sendiri. Biar kami membantu!

Untuk itu, beritahu kami apa yang Anda mahu baca supaya kami dapat berikan artikelnya pada Anda. Well, semuanya percuma saja, sebagai hadiah dari hati. Pada saya, Anda bukan pembaca tapi seorang kawan. Saya mahu melihat Anda gembira.

Taipkan mesej di ruang komen jika Anda mahu saya menulis topik-topik motivasi tertentu, saya akan reply setiap satu mesej Anda. Jangan malu-malu, semuanya percuma saja!