Archive

Archive for November 10th, 2009

Bagaimana Membangkitkan Perasaan Ingin Tahu

November 10th, 2009 ShueQry 2 comments

3 tips bagaimana untuk membangkitkan perasaan ingin tahu:

1. Cari apa yang bagus untuk diri Anda. Untuk membangkitkan perasaan ingin tahu, mulakan dengan mencari apa yang bagus untuk diri Anda – dari buku, majalah, program di TV, dari pergaulan, dari laman-laman web. Apa yang bagus untuk diri Anda tu merangkumi maklumat, perkara, benda, suasana, situasi dan orang perseorangan.

Cari apa yang Anda rasa boleh menjadikan Anda lebih bagus, cari orang-orang yang membuat Anda merasa bagus berkawan dengannya, cari maklumat yang membuat Anda merasa bagus, membuat Anda jadi semakin bagus, merasa bertambah-tambah bagus.

CariĀ  apa yang membuat Anda rasa bagus datang awal ke tempat kerja, cari apa yang membuat Anda merasa bagus ketika melakukan kerja. Cari, cari dan terus cari. Dari situlah perasaan ingin tahu tu akan datang membuak-buak.

2. Tanamkan tekad mahu maju dan mahu tahu cemana caranya untuk maju.
Cara ini boleh menjadikan Anda kekal bermotivasi.

Mulakan dengan menanam tekad iaitu keinginan yang amat kuat nak memajukan diri dalam apa yang Anda lakukan sekarang ini – Anda mungkin seorang pelajar, staff kerajaan, pekerja swasta atau usahawan. Hadirkan keiginan yang amat kuat mahu maju, perasaan ingin tahu akan timbul dengan sendirinya.

Anda akan memikir cara yang boleh Anda lakukan untk memajukan diri. Anda akan berfikir cemana Anda nak memajukan diri. Perasaan mahu tahu akan hadir sedikit demi sedikit, Anda akan bertanya berfikir dengan kerap cemana Anda boleh maju dan dengan cara apa Anda boleh maju.

Anda akan terdorong untuk bertanya diri Anda soalan ini: “cemana aku boleh majukan diri aku ni?” ataupun simply dengan soalan ini: “bagaimana aku nak majukan diri aku?”. Soalan-soalan tu semua akan timbul berulang-ulang, lama kelamaan perasaan ingin tahu tu akan timbul.

Dari situlah muncul kesedaran untuk Anda mempelajari cara-cara yang membuat Anda maju. Lantas, ia akan membuat Anda bersemangat – mendorong Anda untuk mula membaca macam-macam jenis buku motivasi, dengar ceramah motivasi dari berbagai pakar motivasi, masuk seminar motivasi semata-mata nak tahu apa yang boleh membuat Anda maju. Keinginan itu akan membuak-buak dari sehari ke sehari, menggelegak, membakar macam obor api yang besar nyalanya.

Nak jadi bermotivasi gitulah caranya. Hadirkan perasaan ingin tahu cemana nak maju!

Kekalkan perasaan ingin tahu tu supaya Anda jadi terus maju. Maju dalam pelajaran kita, pekerjaan kita, keluarga kita, bisnes kita, percintaan kita, kewangan kita. Maju dan terus maju!

3. Lihat perkembangan diri Anda dan ulangi langkah 2.
Perhatikan sejauh mana tahap kemajuan Anda. Ada kemajuan tak dari sehari ke sehari? Fikir, lepas tu tulis. Rekodkan dalam Microsoft Word di laptop Anda. Tulis kat diari Anda. Lakukan bersendirian, sebab kesannya lebih mujarab.

Muhasabah diri setiap hari, perbaiki diri, fikir sejauh mana perkembangan diri Anda. Bila Anda rasa Anda masih tak puas hati dengan pencapaian Anda sekarang ni, ulang langkah nombor 2. Ulang dan terus ulang hingga Anda puas hati dengan pencapaian Anda. Cari dengan capa apa lagi Anda boleh memajukan diri Anda.