Bagaimana Untuk Membangkitkan Minat Suka Membaca
Teringat ketika tahun 2003 dulu, saya lelaki yang tak suka baca buku. Kawan-kawan saya juga begitu. Kebanyakan orang lelaki memang tak suka baca buku.
Saya cuma suka baca novel Inggeris, semata-mata untuk belajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris perbualan. Selain novel, saya jarang-jarang membaca buku.
Syukur alhamdulillah, ketika itu saya berkawan dengan ramai orang-orang Cina. Kebanyakan dari mereka suka baca buku. Mana-mana saja diorang pergi, mesti ada buku – buku perniagaan dan buku motivasi berbahasa Inggeris.Dari diorang jugalah saya start minat dengan Anthony Robbins. Gara-gara diorang minat saya start minat pada buku motivasi hingga saya berjumpa dengan buku Membina Imaginasi Cemerlang.
Kebetulan saya banyak menghadapi tekanan kerja, masalah dalam kerja, masalah cinta dan masalah dalam mengurus emosi. Diri saya ketika itu amat negatif, mengakibatkan saya berjumpa dengan masalah-masalah yang lebih besar. Namun disebalik semua masalah itu, saya belajar bagaimana untuk memperbaiki diri sehinggalah ke hari ini. Semuanya dari buku.
Anda, bacalah buku dengan perasaan ingin tahu yang amat membuak-buak. Bukak aje satu buku tu, bacalah dengan penuh minat, penuh keseronokan kerana ingin tahu apa yang ada di dalamnya didorong oleh perasaan ingin memajukan diri.
Bacalah dengan perasaan ingin tahu apa Anda akan jumpa nanti dari sehelai ke sehelai. Baca buku motivasi tak rugi, janji hadirkan perasaan ingin tahu. “Curiosity” kata orang putih.
Bila kita baca buku dengan perasaan ingin tahu, kita akan semakin minat membaca. Sedar tak sedar, dalam seminggu kita habis baca dua buku sekaligus. Itupun masih tak puas hati, baca lagi balik walaupun dah habis baca, semata-mata mahu tahu sebenar-benar tahu apa yang disampaikan dalam buku tu.
Minat akan mula timbul dari perasaan ingin tahu. Orang baca BeritaHarian tiap hari sebab ingin tahu apa yang berlaku.
2 juta orang menonton Buletin Utama TV3 tiap malam tanpa ponteng sedikitpun sebab nak tahu apa yang berlaku sekarang ni dalam politik, sukan, ekonomi, cuaca dan dunia hiburan.
Anda bukak blog MotivasiKejayaan.com ni sebab nak tahu tips-tips motivasi terbaru – perasaan ingin tahu Anda mendorong Anda membuka laman blog ni. Betul tak? Anda ingin tahu tips motivasi apa yang boleh dijadikan panduan buat diri Anda. Perasaan ingin tahu mendorong Anda baca artikel yang ada kat sini, diapi-apikan oleh perasaan nak memajukan diri.
Dalam artikel seterusnya, saya tulis artikel bagaimana untuk membangkitkan perasaan ingin tahu.
Recent Comments