Archive

Archive for October, 2009

Motivasi Kejayaan – Gabungan Fikiran Negatif dengan Emosi Negatif Membuat Kita Bertemu Pelbagai Masalah

October 30th, 2009 ShueQry 7 comments

Dalam tips motivasi lepas, saya terangkan kesan dari gabungan fikiran positif dengan emosi-emosi positif. Kali ni saya terangkan kesan dari gabungan fikiran negatif dengan emosi-emosi negatif.

Fikiran negatif adalah sangkaan buruk pada orang lain, pada apa yang mereka lakukan, pencapaian mereka dan sikap mereka. Fikiran negatif ada pada orang yang suka mengomplen, suka mengata dan suka bercakap hal-hal buruk oran.

Elak untuk berfikiran negatif. Elak untuk beremosi negatif seperti marah, geram, dendam, sakit hati, tertekan atau tak puas hati sebab kesannya amat teruk.

Emosi-emosi ni semua jika digabung dengan fikiran negatif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi negatif dan orang-orang negatif yang akhirnya membuat kita bertemu dengan pelbagai masalah yang tak ada hentinya. Mungkin juga kita akan ditemukan dengan kegagalan-kegagalan yang tidak berkesudahan.

Kita tak nak macam tu..kita nak mencapai kejayaan dalam hidup, bukan permasalahan.

Fikiran negatif kerjanya memusnahkan – memusnahkan usaha-usaha kita, kerajinan kita dan kejayaan-kejayaan kita sama ada kejayaan besar atau kejayaan kecil yang kita dah bina. Ada orang yang dah berjaya, kejayaannya hilang musnah sedikit demi sedikit sebab dia berfikiran negatif simply dengan beremosi negatif. Hidupnya pula dilanda masalah-masalah yang tak berhenti munculnya.

Kita sebagai manusia sangat beremosi memang mudah dihinggapi emosi-emosi negatif sebab orang disekeliling kita ramai yang macam tu. Kita mudah untuk terperangkap dengan emosi-emosi negatif. Sebab itulah kita mesti bijak kawal emosi, berushaa kekalkan rasa gembira, berusaha membuat diri kita ‘feel good’ sepanjang hari supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi menggembirakan seperti yang kita mahukan selama ini.

Bila kita gembira sentiasa, kita akan mudah mencapai apa yang kita hajatkan. Jadi, berusahalah menggembirakan diri sendiri.

Kekalkan keseronokan bekerja, kekalkan rasa bahagia di dalam hati kita, kekalkan rasa bersyukur pada Allah Yang Maha Esa, nikmati rasa cinta yang mekar berbunga di sanubari kita supaya kita terhindar dari emosi-emosi negatif.

Motivasi Kejayaan – Gabungkan Fikiran Positif dan Emosi Positif

October 30th, 2009 ShueQry No comments

Fikiran positif akan lebih memberi kesan apabila diiringi dengan emosi-emosi positif. Apa dia emosi-emosi positif? Rasa gembira, perasaan ceria, cinta, kesyukuran dan keseronokan.

Cuba test sendiri dalam sehari, kekalkan selama mungkin emosi-emosi positif ni. Anda akan perasan situasi di sekeliling Anda akan berubah sama. Kesannya, Anda akan ‘feel good’ sepanjang hari.

Dari pemerhatian saya, orang-orang berjaya sentiasa berfikiran positif kemudian sentiasa beremosi positif walau buruk cemanapun musibah yang muncul dalam hidup mereka. Sebab itulah mereka berjaya mencapai apa yang mereka matlamatkan dan apa yang mereka targetkan dalam kerjaya mereka.

Emosi-emosi positif mendorong mereka untuk bertemu dengan berbagai jenis kejayaan - dari kejayaan kecil sampailah kepada kejayaan besar, termasuklah kejayaan menyelesaikan berbagai jenis masalah.

Kita dapat mempelajari sesuatu hari ini. Kekalkanlah emosi-emosi positif dalam diri kita selama yang mungkin, sedalam yang mungkin.

Teruskan melatih diri untuk berfikiran positif supaya dengan gabungan kedua-duanya, kita dalam mencapai kejayaan dalam hidup kita. Moga kita mencapai apa yang kita hajatkan dalam apa yang kita usahakan selama ini.

Fikiran positif ada kuasanya tersendiri dalam merubah hidup. Fikiran positif ia menemukan kita dengan situasi-situasi positif dan orang-orang positif. Akhirnya akan membuat kita bertemu dengan kejayaan-kejayaan yang selama ni kita selalu idamkan.

Motivasi Diri – Bersangka Baik dengan Kritikan Negatif

October 30th, 2009 ShueQry No comments

Orang kritik kita sebab diorang nampak perbuatan kita salah pada pandangan mereka. Kita, jika tak ada orang kritik,selama itulah kita merasa apa yang kita buat dah betul walaupun pada hakikinya masih salah. Kita akan syok sendiri.

Kritikan negatif
dapat memperbetulkan perbuataan kita. Kritikan membuat kita tahu apa cara yang betul.

Tak semua orang tahan dengan kritikan apatah lagi kritikan negatif yang membunuh semangat. Disebalik kritikan, ada ilmu-ilmu pengetahuan yang kita dapat gunakan untuk memajukan diri.

Syaratnya, kena banyak bersabar dan kena berani menerima kritikan. Jangan naik marah pula bila dikritik.

Turunkan ego dan sejukkan hati.

Kritikan memang boleh mengkondem motivasi kita tapi kalau kita tukar kritikan tu sebagai cara untuk kita belajar memperbaiki diri, kita akan menjadi semakin bersemangat bahkan semakin berani mendepani bermacam rupa kritikan, dari negatif sampailah ke tahap sangat negatif.

Elak untuk memandang negatif kerana kritikan kerana perbutan sebegitu akan melunturkan motivasi dalam diri kita. Biasanya, orang yang bermotivasi tak akan cepat naik marah bila dikritik.

Categories: Motivasi Diri Tags: ,

Sedarkah Anda, Anda Di Limpahi Kasih SayangNya Sentiasa?

October 30th, 2009 Norakmal Jasni 1 comment

Jam sudah pukul 4 pagi. Tetapi saya masih belum mahu tidur. Baru sekejap tadi habis diskusi maya dengan seorang kawan. Dan lantas fail artikel blog MK (2007-2008) saya buka dan baca. Menarik! Memandangkan setiap entri yang saya tulis merupakan pengalaman hidup sendiri yang saya gubah menjadi bacaan motivasi, maka sudah tentu saya terkenang-kenang pengalaman di sebalik setiap entri itu. Senyum seorang diri pula jam 4 pagi ni.

Dan dengan itu, saya ingin menaip kembali, 1 artikel paling menyentuh hati saya pagi ini. Bagi mereka yang sudah lama mengikuti blog ini, pasti tahu dan pernah baca. Artikel ini di tulis pada 24 Februari 2008. Tajuk artikelnya ialah Sedarkah Anda,  Anda Di Limpahi Kasih SayangNya Sentiasa?

Alhamdulillah. Pagi ini masih di beri kesempatan lagi untuk berkongsi cerita. Kebetulan hari ini saya tiada kelas, jadi saya peruntukkan masa untuk mengemaskini blog ini. Terima kasih kepada semua yang telah melontarkan komen di blog ini. Saya amat menghargai kesemua anda. Thanks :)

Beberapa hari yang lalu, saya di duga sekali lagi. Lantas kelemahan diri sebagai seorang manusia terpancar jelas di pandangan mata dan laku saya. Saya bersedih dan bertanya kepada diri, kenapa ini terjadi. Kenapa tidak seperti yang aku mahukan. Seperti yang sering aku gambarkan. Sering aku bayangkan?

ALLAH SWT mengurniakan aku sesuatu yang sangat bertentangan dengan apa yang aku mahu….apakah hikmahnya Ya ALLAH. Sungguh bodoh dan dangkal fikiran manusia, hinggakan manusia sering lupa bahawa sesuatu itu terjadi atas kehendakNya, sesuatu itu terjadi kerana ALLAH melimpahkan kasih sayangNya kepada setiap hamba. Namun syukur kebodohan ini tidak kekal lama. Sesungguhnya saya percaya, pencarian sendiri kebelakangan ini, membawa saya lebih cepat mengesan apa sebabnya semua ini berlaku.

Maka tidak berapa lama kemudian, saya bersyukur yang amat kepada ALLAH SWT. Dalam tidak sedar, ALLAH mengabulkan doa ku. ALLAH memperkenankan apa yang aku pohon. ALLAH Maha Penyayang. Sukar untuk di ceritakan apa yang saya doakan, namun saya terpempan sendiri kerana semakin memahami banyak perkara. Benar seketika yang lain saya melihat, tetapi tidak meniliti. Membuatkan saya buta kehidupan.

Sesungguhnya kita sering lupa, bahawa apabila kita diturunkan dugaan, kita selalu mendengar cakap-cakap bahawa mungkin kita semakin lupa kepadaNya kerana kehidupan dunia. Namun fahamkah anda sebenar-benarnya? Atau sekadar mengikut kata-kata bijak pandai? Telitilah, jangan melihat lagi…

Saya melihat bahawa dugaan ini diturunkan kerana ALLAH memperkenankan doa saya . Doa yang pernah terlafaz sepenuh hati satu masa dahulu. Sungguh ALLAH Maha Penyayang. Sememangnya manusia sering lupa bila mengecapi rentak dunia, dan kali ini saya merasakan ibarat di selamatkan dariapda tarian dunia. Ya ALLAH, ALLAH Maha Penyayang.

Perhatikan, sekiranya ALLAH menciptakan sesuatu itu, ia pasti bermanfaat. Seperti juga dugaan di dalam hidup. Kesemua dugaan itu diturunkan ia adalah sesuatu yang bermanfaat kepada manusia. Namun sering kita tidak nampak, kerana cuma melihat dan mengiakan kata bijak pandai.

Renung-renungkan. Ketenangan itu hampir pasti .Ketenangan itu semakin menghampiri.

Tamat artikel. Ini adalah artikel yang saya tulis, Februari 2008. Berusia satu tahun setengah. Hehe. Kenangan. Semoga bermanfaat :)

Esok, Sabtu (31 Oktober 2009) saya akan menduduki peperiksaan semester untuk kertas pertama. Subjek Sosiologi. Saya berharap dan berdoa di tenangkan hati dan dapat menjawab seterusnya skor dalam peperiksaan. Semoga urusan saya di permudahkan .Doakan saya tenang dan dapat jawab dengan sukses ya!

Salam Kejayaan!

Categories: Motivasi Diri Tags:

Tips Bagaimana Untuk Melatih Diri Supaya Sentiasa Bersangka Baik [Bahagian 2]

October 28th, 2009 ShueQry No comments

Bagaimana untuk melatih diri supaya sentiasa bersangka baik?

Ikuti dua tips dibawah:

1. Tips pertama, melalui lakonan.
Pada peringkat permulaan, melatih diri untuk sentiasa bersangka baik sesuau yang amat mencabar bahkan amat susah. Nak bersangka baik tu senang tapi nak mengekalkannya tu yang payah.

Kita ni makhluk beremosi dan bertabiat. Nak mengekalkan sesuatu tabiat yang baru dan emosi yang baru, amat mencabar.

Penyelesaian terbaik adalah dengan sentiasa melakokan sikap baru tu. Cuba buat perlahan-lahan, satu persatu.

Mulai hari ini, berlakonlah untuk menjadi orang yang suka bersangka baik pada semua orang-orang disekeliling, pada setiap apa yang mereka lakukan, pada semua perkara, benda dan semua situasi-situasi yang kita temui.

Lakonkannya selalu – buat dengan cukup bagus sekali sepanjang masa, setaraf pelakon professional. Lama kelamaan lakonan yang dibuat akan diserap menjadi tabiat kita lalu menjadi perangai kekal dalam diri kita.

Kesannya, ia akan menjadi satu kebiasaan. Kita rasa normal melakukannya.

2. Tips kedua, melalui pembaikan diri berterusan.
Cari mana-mana perangai kita yang kita rasa tak bagus, yang kita rasa kena diubah cepat-cepat. Sikap suka bersangka baik tak akan kekal lama apabila kita kurang ada inisiatif untuk memperbaiki akhlak kita dari sehari ke sehari secara berterusan.

Bersihkan hati selalu dengan lafaz istighfar yang lahir terus dari hati, diiringi rasa kemaafan yang mendalam. Tiap kali sangkaan-sangkaan buruk masuk ke fikiran, buang cepat-cepat kemudian lafazkan istighfar.

Maafkan diri sendiri kemudian berjanji untuk tidak mengulanginya di lain kali.

Tips Bagaimana Untuk Melatih Diri Supaya Sentiasa Bersangka Baik

October 28th, 2009 ShueQry 1 comment

Attitude positif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi positif, orang-orang positif dan perkara-perkara positif. Begitu juga sebaliknya. Attitude negatif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi negatif, orang-orang negatif dan perkara-perkara negatif.

Attitude adalah sikap kita, iaitu akhlak kita.

Jika kita mahu jadi orang berjaya dan tekad mengubah diri menjadi supaya menjadi orang berjaya, itu maknanya kita ada attitude positif. Untuk mengenali attitude seseorang, perhati baik-baik perkataan yang selalu dicakapkan olehnya, perilakunya dan kejujurannya.

Attitude positif membuat kita berjumpa dengan pintu-pintu kejayaan, membuat kita mempunyai sikap orang berjaya yang akan membuat kita dapat memperoleh kejayaan. Attitude negatif membuat kita berjumpa dengan pintu-pintu kehancuran. Pintu kejayaan dan pintu kehancuran sentiasa terbuka untuk kita, cuma bergantung pada keputusan kita untuk memilih yang mana satu kemudian kekal di dalamnya.

Pilihlah untuk masuk ke pintu-pintu kejayaan sebab itu pilihan terbaik untuk kita di dunia dan di akhirat. Pilih untuk menerapkan attitude positif dalam diri supaya kita boleh jadi orang berjaya – berjaya dalam pelajaran, dalam kerjaya, dalam kekeluargaan, perniagaan, berjaya dalam ibadah kita sebagai orang Melayu beragama Islam.

Cemana nak mula? Simply dengan melatih diri untuk bersangka baik dengan orang lain juga dengan apa jua perkara yang mereka lakukan, walaupun kekadang ada perbuatan mereka nampak amat buruk di mata kita.

Categories: Pengumuman Tags:

Motivasi Diri – Bagaimana Untuk Mendorong Diri Sendiri Jadi Rajin Berusaha

October 28th, 2009 ShueQry No comments

Time saya menyiapkan artikel kali ni, saya baru saja sampai dari Kota Kinabalu dan sekarang baru jam 5:07 minit pagi. Saya tak nak biarkan waktu yang berharga berlalu begitu saja tanpa ada apa-apa pengisian.. 2 hari di Kota Kinabalu saya ditemukan dengan bermacam-macam ragam orang bekerja.

Ketika itu saya tertanya sendiri apa yang membuat mereka rajin bekerja dan motivasi cemana yang mendorong mereka jadi rajin. Rajin yang sememangnya amat rajin lebih dari sekadar rajin tahap biasa. Yang pasti, cuma satu perkara membuat mereka tangkas – matlamat. Setiap hari mereka ada matlamat yang perlu dikejar dan kena diselesaikan hari itu juga.

Selepas itu, bila matlamat sudah berjaya di capai barulah mereka relaks sekejap, pastui kerja keras lagi. Siapa mereka yang saya maksudkan ni? Staf-staff kerajaan yang sempat saya bawa bersembang di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kota Kinabalu. Tiap hari mereka ada matlamat tersendiri.

Bukan matlamat difikiran saja tapi matlamat bertulis. Siap dengan tarikh matlamat tu kena dicapai dan tempoh ‘deadline’ untuk ia dicapai. Setiap orang ada matlamat yang diset untuk diri masing-masing oleh ketua mereka. Wow..kerja mereka amat tersusun. Saya mempelajari sesuatu.

Untuk kita memunculkan kejayaan-kejayaan kecil dalam apa yang kita usahakan, matlamat-matlamat kecil mesti diletak supaya kita ada dorongan untuk menjadi rajin berusaha. Jika tidak, sudah tentu kita akan malas lalu terperangkap dengan kemalasan yang muncul dari keselesaan berpanjangan. Kerajinan orang lain yang saya lihat saya garap untuk peringatan pada diri sendiri.

Maka, jika kita nak jadi orang berjaya, bersama-samalah kita melatih diri untuk menjadi rajin. Desak diri menjadi rajin dengan meletak matlamat-matlamat yang mesti dicapai. Bukan perlu dicapai, bukan harus dicapai tapi mesti dicapai.

Antara perlu, harus dan mesti, setiap perkataan memberi kesan berbeza pada tahap motivasi kita. Gunakan perkataan ‘mesti’ supaya kita bersemangat sentiasa – kesannya, membuat motivasi kita berada pada tahap tinggi tanpa kita sendiri menyedarinya.