Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Motivasi Kejayaan. Apa khabar? Sudah lama saya tak menulis bukan? Maafkan saya, tetapi prioriti sebagai pelajar masih perlu saya letakkan di pertama. Dan saya cuba usahakan masa, untuk blog ini juga.

Semoga sahabat-sahabat di sini, sentiasa sihat, gembira, ceria dan menempuhi hari ini ibarat tiada esoknya. Ya, Live Life To The Fullest!

Hari ini tiada entri motivasi. Hanya sekadar borak-borak dan update terkini blog ini. Saya telah memasukkan semula kotak subscriptions, jadi anda boleh langgan artikel kami secara percuma selepas ini. :) ya PERCUMA! Cuma isikan email, dan tunggu email pengesahan, klik dan lepas tu, semuanya selesai. :)

Saya sedang cuba menambah baik kandungan blog ini, setakat ini, saya sudah menulis satu ebook. Dan saya telah menghentikan penyebarannya. InsyaALLAH menjelang hujung tahun, saya akan letakkannya kembali. Mana la tahu kalau saya nak beri kejutan, versi ke-2 EBook Matlamat ke, kan?

Diam tak diam, kita dah berada di penghujung tahun 2008. Secara seriusnya, 2008 is just like a blink of eyes for me. Semuanya, sekejap saja :) Macam mana dengan anda? Dah tercapai matlamat yang anda tulis, semenjak awal tahun?

Untuk saya, masih ada matlamat yang tidak dapat saya capai, tapi insyaALLAH, akan mencapainya menjelang tahun baru ini. Moga-moga di permudahkan urusan saya.

Salam Kejayaan untuk semua pembaca blog!