Fri 17 Oct 2008
Salam Jumaat Untuk Semua Pembaca Blog Motivasi Kejayaan
Posted by Norakmal Jasni under Motivasi Diri
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI? “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”. -Surah At-Taubah ayat 129
AKU TAK DAPAT TAHAN!!! “… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 87
Dalam hidup, kadang-kadang kita ada di atas, kadang-kadang kita jatuh di bawah. Sedangkan laut ada pasang surutnya, begitu juga matahari ada terbit dan tenggelam nya. Ia semuanya berputar mengikut resam. Jadi, jangalah runsing apabila di timpa kesusahan. Merasa susah, adalah sifat biasa seorang manusia, dan bila anda rungsing, berpeganglah pada ajaranNya. - Norakmal Jasni aka Dik Mal
Selamat Hari Jumaat! ![]()
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

October 19th, 2008 at 12:54 am
saya telah lama mengikuti tulisan Dik Mal , semoga motivasi begini terus terusan ditulis yer.. semangat datang kembali setelah membaca tulisan sebegini..
ideal’s last blog post..Tip Ingin Menjadi Individu Yang berjaya - Bahagian 3
October 19th, 2008 at 10:40 am
salam..mal..
alhamdulillah…
dekat fresnter aini pon ada kata2 ni..
alhamdulillah, tenang rsa..
October 19th, 2008 at 8:44 pm
Salam Aini,
ya..mal ada nampak juga
Ideal, terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog ini. Sungguh terharu walaupun kini saya jarang sekali update blog ini, tapi bilangan pembaca tetap maintain
terima kasih semua !!
Cik Mal’s last blog post..Currently Reading : Microsoft Secrets
October 29th, 2008 at 9:43 am
This is great.. i enjoyed reading all this.. may ALLAH bless you…i did share with others too..
semoga berterusan..
November 12th, 2008 at 12:29 pm
Ah pengungkapan yang mantap..
Saya baca beberapa tulisan abang, hampir semuanya memberikan getaran..
Semoga terus kreatif ya..