Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca blog Motivasi Kejayaan

Hari ini sudah masuk 2 Syawal, dan saya kira tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua para pembaca blog Motivasi Kejayaan. Bergembiralah anda di samping keluarga tersayang. Bagi mereka yang tidak sempat untuk pulang beraya di kampung halaman, itu sebenarnya tidak langsung memutuskan ingatan anda kepada mereka di kampung halaman bukan? Kirimkan salam aidilfitri menerusi panggilan telefon, SMS, pun adalah tanda ingatan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog jika sekiranya ada kekurangan, ataupun mana-mana penulisan saya yang mengguris hati sesiapa yang membacanya. Adalah sebenarnya, saya menulis dengan tujuan mendidik, berkongsi dan mengingati diri sendiri dan anda yang lain, maka jika ada terlepas kata, terlepas pandang, itu adalah kelemahan saya sebagai manusia biasa, dan maaf saya hulurkan.

Baiklah, bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya ingin menulis tentang suatu perkara yang sering anda ucapkan, dan ia menarik untuk kita dalami. Perbuatan memohon maaf, dan memaafkan orang lain

Seringkali apabila pergi beraya, anda akan berkata, maaf zahir batin….Dan yang menyambutnya berkata, sama lah kita…0-0 ya!

Perbuatan memohon maaf dan memaafi seseorang yang lain, adalah perbuatan yang mulia. Namun, ia perlulah di lakukan dengan ikhlas! Jangan di mulut sahaja lafaz maaf, tapi di hati : ‘ Ingat senang-senang aku nak maafkan kau?’ Ketahuilah bahawa :

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman: “…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)

Tentu saja anda juga pernah mendengar, ‘Sedangkan Nabi ampunkan umat’. Maka siapa kita, untuk mendabik dada, tidak menerima salam maaf dari mereka yang lainnya. Menerima kemaafan sebenarnya bagi saya ibarat matahari yang baru nak terbit di pagi hari. Syahdu dan indah! Sinaran ini akan menerangi perhubungan dan silaturahim anda bersama mereka, untuk hari-hari seterusnya. Tidakkah itu suatu yang baik? Hidup dalam kegembiraan, saling memaafkan, dan tidak berdendam.

Sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Nah, kemudiannya, anda renungkan, siapa anda di muka bumi ini, adakah anda tidak pernah melakukan kesalahan? Tidakkah anda mengharapkan orang memaafkan anda, supaya anda mampu menjernihkan keadaan yang keruh. Seperti itu juga lah orang yang lainnya.. Saling memaafi, adalah amalan yang mulia

Saya percaya, jika anda cuba menjadikan amalan berlapang dada, memaafkan orang lain sebagai habit di dalam diri, anda akan rasa diri anda lebih ceria, gembira, dan sihat. Dan semakin banyak anda berdendam, memendam, hidup akan terasa semakin suram, tidak ceria, dan sakit pun mudah datang. Percaya atau tidak, MAAF adalah salah satu ingredients untuk resipi hidup yang membahagiakan? Renung-renungkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!