Fri 26 Sep 2008
Selamat Hari Lahir DM
Posted by Norakmal Jasni under Perkembangan Blog MK, Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
27.9.1986 - aku di lahirkan ke bumi ini. Alhamdulillah, 22 tahun sudah berlalu…banyak yang telah ke pelajari, tetapi masih sedikit ku rasakan, betapa hebatnya ilmu..
“27.9.2008 - berhijrah mal, hidup ini sekadar persinggahan, carilah kehidupan yang kekal abadi. lihatlah mal, bagaimana manusia lupai janji, dan berdoalah mal, supaya kau tetap di dalam janjimu, walau seribu godaan mendatang… insyaALLAH“
Bersempena tanggal 27 Ramadhan (esok-entri ini di tulis pada 26.9.2008), saya cuma ingin membingkiskan sesuatu, untuk hati sendiri. Sekiranya ia mendatangkan manfaat kepada anda yang lainnya, Alhamdulillah
Ya ALLAH, ku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ya ALLAH, sekiranya dengan hidup ku sebegini, lebih mendekatkan aku padaMu, maka aku sanggup dan redha, berbanding hidup sementara yang tidak menjanjikan aku apa-apa.
Ya ALLAH, aku tidak tahu jika bagaimana kelak tika berhadapan denganMu. Betapa kadangkala (atau seringkali) aku lupa, pada setiap kalimah janji yang aku bina demi aku ingin mendekati padaMu.
Ya ALLAH, kurniakan ku teman yang bisa sentiasa mengingati diriku yang sering leka ini. Dan Kau Maha Mengetahui segala sesuatu, dan kepada Kau tempat ku memohon segala sesuatu.
Ya ALLAH, seringkali aku lupa, meletakkan dunia ke hadapan, dan membelakangimu, demi perasaan nafsu dan hati, menyatakan kehidupan sebagai alasan. Padahal, sebenarnya bukan semakin hari aku semakin dewasa, tetapi semakin hari, aku semakin kesuntukan masa…
Ya ALLAH, aku bersyukur kepadaMu, kerana dikurniakan sedikit cahaya yang sudah mampu menerangi segala kegelapan selama ini. Dan ku mohon, Kau limpahkan juga cahaya di dalam kehidupan umat Islam yang lain..
Ya ALLAH, hidup ini tidak pernah sempurna, walaupun aku punya satu dunia, jika Kau tidak di hati..tenangkanlah hatiku ya ALLAH
Ya ALLAH, tetapkan kesederhanaan yang indah ini, di dalam hati…dan ALLAH Maha Mengetahui
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

September 27th, 2008 at 10:17 am
selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran Dik Mal. semoga hari-hari yang ceria seterusnya hendaknya…
October 2nd, 2008 at 8:46 pm
terima kasih copernicus
Amin!
October 15th, 2008 at 8:42 pm
salam.saya tertarik dengan blog ni.nice work.n slamat hari raya.
tipsgoda’s last blog post..I-LOVE-YOU Syndrome
November 4th, 2008 at 12:54 pm
Sorry terlambat nak wish Happy Belated Birthday scroll all post ternampak yg ini.Ini lah gara2 tak visit blog ini for so long. Semoga Mal ceria selalu dan tabah menempuh segala rintangan hidup ini yg menanti dihadapan demi cita2 dan masa depan.
Masih dengar lagu Aliff Aziz lagi ke? Kita dah jumpa dia tau he’s really a tall guy indeed. Okay kita nak scroll lagi for more comments. Jap..jap okay kalau tak sempat may be some other days. Any news about the lady with the pink bag? Send my regard to this lady may be someday we meet again. Take care!!!!:)