Thu 11 Sep 2008
Suratan Atau Kebetulan
Posted by Norakmal Jasni under Motivasi Diri
Sudah berlalu 11 hari di bulan Ramadhan, apa khabar sahabat-sahabat
Hari ini, saya cuma ingin copy dan paste, sebuah entri puitis ( puitis ke?) yang saya karang, di blog Imeem saya. Sekadar satu coretan, namun saya pasti, pengajaran di sebalik karangan ringkas ini, boleh kita semua pelajari. Dalam usaha memperbaiki diri dan kehidupan.
Anda tentu sahaja pernah mendengar lagu Suratan atau Kebetulan? Ilham menulis karangan ringkas ini, timbul masa saya mendengar lagu ini. Semoga bermanfaat ya!
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
Dalam hidup, ada moment kita rasa happy, ada moment kita rasa sedih, ada moment kita worried. Manusia dan 1001 jenis perasaan.
Dalam hidup juga, kita selalu lupa. Sebaik-baik perancangan, adalah perancangan ALLAH SWT. Sebaik atau sehandal mana pun kita, kita tidak akan pernah tahu, jika sesuatu yang kita suka itu, adalah racun atau pun penawar bagi kita. Hanya ALLAH Maha Mengetahui.
Nah, kemudian apabila kita kecewa, mengapa ada di kalangan kita menyalahkan takdir semata? Memang manusia itu di huni sifat lupa dan leka, lupakah kita, apa yang terjadi kepada kita itu ada hikmahnya. Ada selaut kemanisan di sebalik seguris kepahitan takdir. Masihkah kita tidak memahami, lalu lagi menafikan bahawa sebenarnya, ALLAH Maha Penyayang. Tiada yang kekal melainkan ALLAH.
Di dalam hidupku yang seketika cuma ini, aku cumalah manusia biasa seperti kamu yang lainnya. Aku punyai perasaan, juga tak lari dari leka dan lupa. Jadi, apabila aku lupa, ingatkan aku, dan bila aku leka, ingatkan aku. Aku banyak belajar dari pengalaman. Nah, pengalaman inilah sebenarnya kemanisan di sebalik semua kepahitan yang aku telan. Dan aku amat bersyukur kerana selepas semua penderitaan dan kekecewaan yang datangnya dari kekurangan diriku sendiri, di ganti kini dengan kebahagiaan dan ketenangan yang tak berbelah bagi. Namun masih juga kadang kala aku gagal mengawal akal fikiran, kerana itulah kelemahan yang perlu aku atasi kan. Semoga hari - hari mendatang, adalah pelangi, setelah berlalunya, mendung kehidupan
Salam perkenalan, salam ceria-ceria sentiasa
September 13th, 2008 at 12:54 pm
salam.. kak.. kata2 kakak sedikit sebanyak menyedarkan saya.. terima kasih:-)
September 15th, 2008 at 8:33 am
Yati, terima kasih kembali
Dik Mal’s last blog post..MajalahIM Edisi 7