Sat 6 Sep 2008
Apa Yang Anda Pelajari Dari Puasa?
Posted by Norakmal Jasni under Motivasi Diri
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Masuk hari ini, sudah 6 hari kita berpuasa. Ini bermakna, tinggal 24 hari sahaja lagi di dalam bulan Ramadhan. Bulan yang punyai keberkatan, yang amat rugi kalau kita cuma biarkan ia berlalu, seperti berlalunya malam-malam yang lain.
Saya ingin bertanya kepada anda. Apakah yang pelajari dari bulan Ramadhan, dan tentunya ibadah puasa? Saya pasti ramai di antara kita akan mejawab, untuk mendidik jiwa dan nafsu, serta meningkatkan amal ibadat. Ramadhan adalah bulan yang di sambut dengan kegembiraan, kesyukuran.
Di dalam bulan Ramadhan ini juga, melalui puasa, kita dapat mendidik jiwa untuk bersabar dan bersyukur, lihat sahaja umat Islam di negara luar, yang negara mereka tidak aman permai seperti mana kita di Malaysia (alhamdulillah). Sahur mereka mungkin cuma seteguk air, dan berbuka dengan buah tamar. Sedangkan di bumi kita, bazar Ramadhan penuh sesak setiap petang. Nah di sini juga boleh kita didik diri supaya tidak membazir.
Membazir adalah amalan buruk. Di saat anda berlebih-lebihan, ada insan yang serba kekurangan, maka adalah lebih baik bersederhana dan bersedekah. Dan banyak lagi hikmah puasa yang tidak sempat saya kisahkan kesemuanya di sini. Kesemua yang saya ceritakan adalah yang asas yang mampu untuk anda renung-renungkan.
Apakah kebaikannya dari semua ini? Di harapkan kita dapat mendidik nafsu, jiwa, seterusnya membentuk keperibadian yang lebih padu, jitu dan alah cabaran. Kelak, dengan dalaman yang kuat ini, nah datangkan saja apa cabaran, pasti anda dapat tangkis dengan kesabaran. InsyaALLAH
renung-renungkan.
ps : Blog personal saya sudah di rasmikan semula, anda boleh lawati nya di sini. Juga jangan lupa subscribe ke blog ini!
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

September 7th, 2008 at 6:45 am
Bagi saya,dengan berpuasa Allah memberi peluang kepada kita untuk membuat turning point dalam hidup. Contohnya kalau kita susah bangun pagi, 30 hari bangun sahur melatih kita membentuk habit baru dengan bangun bersahur. Insyaallah, selepas 30 hari rutin bangun sahur pada waktu yang sama, ia akan jadi habit baru dan tabiat yang baru.
NoorAza’s last blog post..3 Reasons Why Generosity Attract Wealth - Part 3
September 7th, 2008 at 11:48 pm
Ya, say setuju dengan kata-kata NoorAza tu. Satu -satu perkara yang kita lakukan setiap hari selama 30 hari berturut-turut, insyAllah akan menjadi habit.
Bagi saya, puasa mengajar saya untuk menilai semula kehidupan ini. Adakah perlu untuk makan banyak2 bila berbuka?
Miepekan’s last blog post..What So Great About Success University?
September 15th, 2008 at 8:34 am
tidak perlu makan banyak2 bila berbuka…tapi masih orang berbuka banyak bila berbuka..ilmu yang kita tahu, tetapi tidak kita amalkan, adalah tidak berguna..
Dik Mal’s last blog post..MajalahIM Edisi 7