Mon 1 Sep 2008
Kejayaan dan Kegagalan - Isi dan Kuku
Posted by Norakmal Jasni under Motivasi Diri
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Pagi ini saya ronda-ronda blog orang. Terjumpa dengan satu cerita yang indah untuk di kisahkan. Macam biasa, saya takkan lupa untuk kongsikan dengan semua pembaca saya. Kredit cerita ini di berikan kepada pemilik blog, Nurul Izzah Zainol
Setelah habis kuliah, saya lihat seorang sahabat saya keseorang sedang menangis. Punca sebenarnya saya tidak tahu, cuma apabila ditanya rakannya yang lain, dikatakan dia kecewa kerana gagal mendapat apa yang dia inginkan. Lebih kurang begitu cerita mereka.
Saya cuba juga untuk memberi sedikt motivasi atau sedikit kekuatan padanya. Saya menghampirinya.
“ Azwaa, boleh tunjukkan iz bintang di langit” Azwaa memandang saya.
“ Mana boleh Nampak, siang..” Saya tersenyum memandangnya. Betul.
“ Jadi, macam mana nak Nampak bintang-bintang tu?”
“ Erm, kenela tunngu malam, langit gelap baru boleh nampak” sekadar dengan intonasi yang masih lemah Azwaa membalas.
“ A’ah, betul. Kalau macam tu, kegagalan dan kejayaan juga ibarat bintang di langit yang gelap. Kejayaan adalah bintang yang bersinar sedang kegagalan adalah langit yang pekat gelap. Maka, kejayaan hanya akan terserlah apabila adanya kegagalan ,macam bintang tu, kan ia akan nampak kalau langit tu gelap”. Kami berdua berpaling merenung langit yang garang mencerah.
Saya lihat ada segaris senyum semanis gula terukir di wajahnya. Sahabat, siapa yang tidak pernah gagal? Saya juga seorang yang pernah gagal. Orang kata, kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. Belum ada lagi formula yang mengatakan kegagalan akan berakhir dengan kegagalan. Betul bukan? Yang banyak terbukti adalah kegagalan akan berakhir dengan kejayaan yang cukup bermakna jika kita sama-sama bangkit!
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

September 1st, 2008 at 12:00 pm
Analogi yang bagus. Mengingatkan saya tentang buku Billi Lim yang bertajuk Berani Gagal.
Raymond Chua’s last blog post..How Simple Is Love?
September 1st, 2008 at 12:02 pm
Betul tu Raymond. Kadang2 analogi memudahkan penyampaian konsep. Moga ramai orang memahami cerita dan moral di sebaliknya
September 2nd, 2008 at 7:09 pm
Artikel yang bagus..kredit untuk penulisnya
dan juga yang menjumpanya
Kejayaan yang manis bila didahului kegagalan
Selamat berbuka…
WaidaKmy’s last blog post..Update WK
September 2nd, 2008 at 8:45 pm
Waida, maceh2 :p
selamat berbuka ya
Dik Mal’s last blog post..MajalahIM Edisi 6
September 11th, 2008 at 11:23 am
btul jgk.siang mn leh nmpk bintang.bila mlm br nmpk bntg. Jadi kita kena berani gagal.thx for the tips.
gojawas’s last blog post..Rezeki Di Bulan Ramadhan
September 15th, 2008 at 8:33 am
Sama2 gojawas
Dik Mal’s last blog post..MajalahIM Edisi 7
November 24th, 2008 at 11:50 pm
Excelent article. I have this bookmarked. Thanks