Archive for September, 2008

27.9.1986 - aku di lahirkan ke bumi ini. Alhamdulillah, 22 tahun sudah berlalu…banyak yang telah ke pelajari, tetapi masih sedikit ku rasakan, betapa hebatnya ilmu..

27.9.2008 - berhijrah mal, hidup ini sekadar persinggahan, carilah kehidupan yang kekal abadi. lihatlah mal, bagaimana manusia lupai janji, dan berdoalah mal, supaya kau tetap di dalam janjimu, walau seribu godaan mendatang… insyaALLAH

Bersempena tanggal 27 Ramadhan (esok-entri ini di tulis pada 26.9.2008), saya cuma ingin membingkiskan sesuatu, untuk hati sendiri. Sekiranya ia mendatangkan manfaat kepada anda yang lainnya, Alhamdulillah :)

Ya ALLAH, ku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ya ALLAH, sekiranya dengan hidup ku sebegini, lebih mendekatkan aku padaMu, maka aku sanggup dan redha, berbanding hidup sementara yang tidak menjanjikan aku apa-apa.

Ya ALLAH, aku tidak tahu jika bagaimana kelak tika berhadapan denganMu. Betapa kadangkala (atau seringkali) aku lupa, pada setiap kalimah janji yang aku bina demi aku ingin mendekati padaMu.

Ya ALLAH, kurniakan ku teman yang bisa sentiasa mengingati diriku yang sering leka ini. Dan Kau Maha Mengetahui segala sesuatu, dan kepada Kau tempat ku memohon segala sesuatu. (more…)

Saya sedang membaca semula majalah Konsep edisi Julai 2008, apabila saya tiba di muka surat 62, dan ingin saya kongsikan sesuatu dengan para pembaca semuanya.

Ikhlas….Hukama ada menyebut, ‘Dalam kehidupan ini, akan selalu kita temui susah dan senang bersilih ganti. Apabila terlepas daripada kesusahan yang satu, datang pula kesulitan lain. Kesenangan itu terletak antara dua kesusahan dan kesusahan itu terletak antara dua kesenangan. Ada kenikmatan yang dibungkus dengan kesusahan dan ada pula kesengsaraan yang dibungkus dengan kesenangan. Di samping kesulitan itu ada kelapangan. Yang buruk itu ada faedahnya dan yang baik itu ada juga buruknya. Hanya orang yang bersifat ikhlaslah yang selalu memetik hasilnya.”

Susah dan senang adalah pakaian, seringkali manusia melihat senang sebagai kebahagiaan dan kesusahan sebagai kesengsaraan. Dan lupakah kita, bahawa setiap yang dikurniakan kepada kita, mempunyai hikmah dan kebahagiaan yang tidak terbanding, walaupun pada biasanya kita merasakan, ia adalah kesusahan.

Renung-renungkan

ps : oh saya sedang bekerja tungkus lumus untuk siapkan assignment saya. Nampak gayanya, saya raya assignment lagi tahun ni :) hee.. nantikan post hari raya saya nanti ya!

Sudah berlalu 11 hari di bulan Ramadhan, apa khabar sahabat-sahabat :) Hari ini, saya cuma ingin copy dan paste, sebuah entri puitis ( puitis ke?) yang saya karang, di blog Imeem saya. Sekadar satu coretan, namun saya pasti, pengajaran di sebalik karangan ringkas ini, boleh kita semua pelajari. Dalam usaha memperbaiki diri dan kehidupan.

Anda tentu sahaja pernah mendengar lagu Suratan atau Kebetulan? Ilham menulis karangan ringkas ini, timbul masa saya mendengar lagu ini. Semoga bermanfaat ya!

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati (more…)

Masuk hari ini, sudah 6 hari kita berpuasa. Ini bermakna, tinggal 24 hari sahaja lagi di dalam bulan Ramadhan. Bulan yang punyai keberkatan, yang amat rugi kalau kita cuma biarkan ia berlalu, seperti berlalunya malam-malam yang lain.

Saya ingin bertanya kepada anda. Apakah yang pelajari dari bulan Ramadhan, dan tentunya ibadah puasa? Saya pasti ramai di antara kita akan mejawab, untuk mendidik jiwa dan nafsu, serta meningkatkan amal ibadat. Ramadhan adalah bulan yang di sambut dengan kegembiraan, kesyukuran.

Di dalam bulan Ramadhan ini juga, melalui puasa, kita dapat mendidik jiwa untuk bersabar dan bersyukur, lihat sahaja umat Islam di negara luar, yang negara mereka tidak aman permai seperti mana kita di Malaysia (alhamdulillah). Sahur mereka mungkin cuma seteguk air, dan berbuka dengan buah tamar. Sedangkan di bumi kita, bazar Ramadhan penuh sesak setiap petang. Nah di sini juga boleh kita didik diri supaya tidak membazir.

Membazir adalah amalan buruk. Di saat anda berlebih-lebihan, ada insan yang serba kekurangan, maka adalah lebih baik bersederhana dan bersedekah. Dan banyak lagi hikmah puasa yang tidak sempat saya kisahkan kesemuanya di sini. Kesemua yang saya ceritakan adalah yang asas yang mampu untuk anda renung-renungkan.

Apakah kebaikannya dari semua ini? Di harapkan kita dapat mendidik nafsu, jiwa, seterusnya membentuk keperibadian yang lebih padu, jitu dan alah cabaran. Kelak, dengan dalaman yang kuat ini, nah datangkan saja apa cabaran, pasti anda dapat tangkis dengan kesabaran. InsyaALLAH

renung-renungkan.

ps : Blog personal saya sudah di rasmikan semula, anda boleh lawati nya di sini. Juga jangan lupa subscribe ke blog ini!

Pagi ini saya ronda-ronda blog orang. Terjumpa dengan satu cerita yang indah untuk di kisahkan. Macam biasa, saya takkan lupa untuk kongsikan dengan semua pembaca saya. Kredit cerita ini di berikan kepada pemilik blog, Nurul Izzah Zainol

Setelah habis kuliah, saya lihat seorang sahabat saya keseorang sedang menangis. Punca sebenarnya saya tidak tahu, cuma apabila ditanya rakannya yang lain, dikatakan dia kecewa kerana gagal mendapat apa yang dia inginkan. Lebih kurang begitu cerita mereka.

Saya cuba juga untuk memberi sedikt motivasi atau sedikit kekuatan padanya. Saya menghampirinya.

“ Azwaa, boleh tunjukkan iz bintang di langit” Azwaa memandang saya.

“ Mana boleh Nampak, siang..” Saya tersenyum memandangnya. Betul.

“ Jadi, macam mana nak Nampak bintang-bintang tu?”

“ Erm, kenela tunngu malam, langit gelap baru boleh nampak” sekadar dengan intonasi yang masih lemah Azwaa membalas.

“ A’ah, betul. Kalau macam tu, kegagalan dan kejayaan juga ibarat bintang di langit yang gelap. Kejayaan adalah bintang yang bersinar sedang kegagalan adalah langit yang pekat gelap. Maka, kejayaan hanya akan terserlah apabila adanya kegagalan ,macam bintang tu, kan ia akan nampak kalau langit tu gelap”. Kami berdua berpaling merenung langit yang garang mencerah.

Saya lihat ada segaris senyum semanis gula terukir di wajahnya. Sahabat, siapa yang tidak pernah gagal? Saya juga seorang yang pernah gagal. Orang kata, kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. Belum ada lagi formula yang mengatakan kegagalan akan berakhir dengan kegagalan. Betul bukan? Yang banyak terbukti adalah kegagalan akan berakhir dengan kejayaan yang cukup bermakna jika kita sama-sama bangkit!