Mon 18 Aug 2008
Sedikit Perkembangan Mengenai DM | Lee Chong Wei
Posted by Norakmal Jasni under Motivasi Diri, Perkembangan Blog MK
No Comments
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Lama juga saya tak update blog ini. InsyaALLAH saya cuba update lebih kerap kelak. Apa cerita saya sekarang?
Kini, saya makin banyak tanggungjawab. Tapi saya suka! Selain blog ini, assignment, dan research proposal saya, saya sibuk bersama MajalahIM.Com. Saya cuba memberikan masa yang seimbang kepada semuanya. Tapi masih kelihatan kelemahan seorang manusia biasa. Tapi tidak mengapa, cuba lagi!!
Oh ya, semalam saya ada post kan satu entri khusus untuk Lee Chong Wei. Tapi pagi ini hilang pula?? Pelik juga tu. Syukur masih ada salinan di feed. Saya paste kan kembali di sini. Khusus untuk beliau
_______________________________________________________________________________________________
Baru saja berlalu pertandingan akhir, perseorangan lelaki, Sukan Olimpik 2008 China. Menyaksikan atlet Malaysia, Lee Chong Wei bertemu Lin Dan (China). Keputusan perlawanan memihak kepada Lin Dan, straight set 2-0
Sebagai seorang peminat badminton, saya tak lepas peluang tengok. Dan entri ini di buat khusus untuk Lee Chong Wei. Terima kasih dan tahniah untuk perjuangan anda. Saya salute anda.
Saya pasti pagi esok akan banyak report dari pihak media, yang akan mungkin mengecam corak permainan Chong Wei. Mengecam kekalahan beliau. Namun, sekali lagi ingin saya katakan, kalah menang adalah adat perlawanan. Kalah itu subjektif. Kalah pada papan mata, bukan bermakna kalah pada minda.
Saya berbangga melihat seorang anak Malaysia berjuang di tengah-tengah gelanggang dengan tekanan dari seluruh pelusuk China. Saya bangga melihat seorang anak muda, berjuang demi mengharumkan nama Malaysia. Inilah perjuangan. Dan bagi saya, seorang yang berjuang itu, sudah mulai mengecap kejayaan sejak awal lagi. Tahniah Chong Wei!!

Lee Chong Wei merupakan salah seorang yang sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat beliau. Kita boleh lihat dari usaha dalam setiap game yang beliau sertai. Itu matlamat beliau. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda mengenali matlamat anda? Ataupun masih kabur-kabur? Renung-renungkan ![]()
Kekalahan sepanjang mengejar matlamat, adalah ibarat pecutan kepada kejayaan. Banyak perkara berharga yang kita pelajari dari kegagalan setiap hari.
Apa pun, saya bangga melihat Lee Chong Wei, di persaingan akhir, Olimpik China 2008! Tahniah!
___________________________________________________________________________________________
Harap-harap entri ini tidak hilang .Hmm kenapa agaknya ya?
ps : MajalahIM #6 sudah release, jemput anda beramai-ramai untuk membacanya. Oh untuk edisi bulan hadapan, ada kejutan dari saya
Syukur
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!
