Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Tahun ini, sudah tahun ke 51, kita menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Sejak tahun 1957, bumi Malaysia ini sudah bebas sepenuhnya. Namun, perlu di soroti tentang kemerdekaan minda masyarakatnya. Sama ada di jajah semula atau sebenarnya tidak pernah merdeka seperti kata yang di laungkan setiap tahun?

Selaku seorang bakal pendidik (insyaALLAH) adalah saya amat benar mengharapkan para ahli masyarakat sama-sama berusaha menterjemahkan maksud kemerdekaan kepada anak bangsa, terutamanya golongan muda remaja, juga belia.

Kisahkan kepada mereka, kejayaan-kejayaan yang telah Malaysia capai sejak dari 51 tahun yang lalu, agar mereka berbangga dan meyakini bahawa masyarakat Malaysia ini di anggotai oleh mereka yang merdeka jiwanya, bersemangat waja dan berusaha keras demi mencapai satu persatu kejayaan

Jauhkan daripada mereka, cerita-cerita yang bisa melenturkan semangat inginkan kemajuan, jauhkan dari kisah-kisah yang bakal menjadikan mereka lemah dan tidak mahu mencuba. Kerana akhirnya nanti, Malaysia memerlukan generasi pelapis yang tak gentar di uji, yang kental menabur bakti. Akhirnya, adalah di harapkan agar generasi pelapis negara, dapat membantu sesama ahli masyarakat, tidak ada jurang perbezaan yang melampau di antara yang berada atau yang tidak berada. Saling bantu membantu, nak kisahkan ini kepada mereka

Lengkapkan hati mereka sejak dari kecil, dengan ikhtibar-ikhtibar yang murni, supaya mereka membesar dengan jiwa yang kental. Saya percaya, dengan itu, 49 tahun yang akan datang, tatkala Malaysia meraikan ulangtahun 100 tahun kemerdekaan, Malaysia di hiasi ahli masyarakat yang paling merdeka jiwa dan mindanya, paling gagah dan kental semangatnya, dan mewangi akhlaknya, insyaALLAH.

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia kali yang ke 51. Semoga sedikit coretan ini, membuka pemikiran ramai di luar sana. InsyaALLAH

Lawati laman web khusus untuk sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 51, di sini