Sun 31 Aug 2008
Salam Ramadhan kepada Seluruh Umat Islam
Posted by Norakmal Jasni under Motivasi Diri, Perkembangan Blog MK
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
1.9.2008 adalah hari pertama seluruh rakyat Malaysia, memulakan ibadah puasa. Salam Ramadhan kepada semuanya. Ramadhan yang tiba di sambut dengan kegembiraan, dan penghujungnya kelak di tangisi, kerana tidak siapa antara kita tahu, jika ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita masing-masing.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kepada semua para pembaca blog Motivasi Kejayaan, jika sekiranya di sepanjang perkongsian ilmu di sini, ada salah silap, terkasar bahasa, mahupun menganggu ketenangan hati anda, maka maaf saya hulurkan, kerana diri ini tidak lepas dari lalai dan lupa, kelemahan manusia biasa.
Marilah kita bersama-sama mengisi bulan Ramadhan yang sangat istimewa ini dengan ibadah, berpuasalah dengan tertibnya, dan semoga, memperoleh hidayah di bulan yang mulia ini.
Kepada mereka yang selama ini, berasa susah hati, berdoalah di kurniakan ketenangan di dalam hatimu. Jika ada impian yang masih belum tercapai, berdoalah agar ia tercapai. Pintalah di dalam doa-doa anda, kerana hanya kepada ALLAH SWT, tempat kita memohon.
Segala puji bagi ALLAH, (Tuhan yang mentadbir) sekalian alam [1:2]
Kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan [1:5]
InsyaALLAH, dengan kehendakNya, urusan anda menjadi mudah. Hargailah bulan penuh keberkatan ini.
Selamat menjalani ibadah puasa. Ramadhan adalah bulan penuh berkat, rasai keberkatannya.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!



September 1st, 2008 at 2:31 pm
Assalamualaikum Dikmal =)
Selamat berpuasa. Semoga Ramadan ini lebih bermakna untuk kita semua.
Majulah motivasikejayaan, majulah majalah IM.
Hairul’s last blog post..Puasa Lambang Kuasa
September 1st, 2008 at 3:08 pm
Waalaikumussalam Hairul,
Wah lom sempat nak tegur sapa ya

Selamat berpuasa juga untuk awak. Majulah motivasikejayaan, maju bersama majalahIM
Dik Mal’s last blog post..MajalahIM Edisi 6
September 1st, 2008 at 4:06 pm
selamat berpuasa dan selamat berbuka untuk dik mal.
afham’s last blog post..1 Ramadhan 1429H
September 1st, 2008 at 9:11 pm
semoga bulan ramadan ini membawa kita kepada keberkatan dan keredhaanNya. InsyaAllah
September 1st, 2008 at 10:42 pm
Selamat berpuasa dan berbuka juga afham
Iman, insyaALLAH
Dik Mal’s last blog post..MajalahIM Edisi 6
September 4th, 2008 at 11:25 pm
salam ramadhan dan selamat berpuasa dengan jaya. Motivasi puasa perkukuhkan kesihatan….
September 13th, 2008 at 2:25 pm
selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga amal ibadah kita menajuhkan diri kita dari siksa neraka.
Beritania’s last blog post..Waspadai YouTube Palsu Penuh Virus
September 15th, 2008 at 8:31 am
Dik Mal’s last blog post..MajalahIM Edisi 7