Thu 28 Aug 2008
Video Motivasi
Posted by Norakmal Jasni under Video Motivasi
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Baru - baru ini, saya ada create satu video lagu nasyid, dan pada pandangan saya, ia mampu memotivasikan anda sekiranya anda hayati liriknya. Justeru itu, saya kongsikan di sini, semoga bermanfaat
Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…
Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
???Indah bukan? Setiap manusia di bumi ini, sepatutnya sering mengingati dan belajar memahami erti kehidupan yang sebenar-benarnya. Di sinilah dapat kita temui jawapan kepada persoalan, adakah hidup cuma kerana wang dan harta? Namun, wang dan harta lah elemen untuk kita gunakan kembali, membantu masyarakat. Namun, di sebalik semua itu, perjuangan sebagai seorang hamba, hendaklah sentiasa kita ingati. Jangan wang mengaburi mata, jangan dunia bertakhta sentiasa, lakukan semuanya dengan ikhlas keranaNya, insyaALLAH semua langkah terasa mudah, semua dugaan terasa indah
Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua pembaca Blog Motivasi Kejayaan
Peribadi Yang Indah, Adalah Sesuatu Yang Mesti Di Usahakan Setiap Masa, Ia Tidak Akan Datang Cuma Dengan Berharap. Ingatlah, usaha doa dan tawakal sentiasa.
Indahnya Islam
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!
