Tue 19 Aug 2008
Aktiviti Saraf, Otak dan Zikir
Posted by Norakmal Jasni under Motivasi Diri
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog. Pagi ini saya menerima email subscription dari blog Tazkirah Online : Nasyid Download. Ada satu entri sangat menarik dan berkaitan dengan pembangunan diri perlu saya kongsikan dengan para pembaca blog. Saya copy dan paste di sini, dan kredit artikel ini adalah hak milik pemilik blog nasoha.blogspot ya!
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Kredit : Nasoha
ps : Apa kata anda?
di sebalik kita mencari-cari caranya berjaya, tanpa sedar, caranya sudah pun ada cuma kita malas memahami, mencuba dan mengakui itu lah caranya. Ianya mudah, seperti lazimnya selama ini, doa, usaha dan tawakal.
ps : Jangan lupa support saya dan kawan-kawan di MajalahIM.com
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

August 19th, 2008 at 11:14 pm
Lama tak singgah sini.
Hm.. idea ni bagus..
Mungkin dapt mengurangkan masalah pelupa yang sedang saya alami ni
zool’s last blog post..Menjadi Pelupa
August 20th, 2008 at 1:36 pm
salam dik mal. dah lame tak jenguk blog ni. same macam zool liga kampung jugak.
esok adalah 21 Ogos 2008 dan tarikh keramat ini ada kaitannya dengan peristiwa masjid al-Aqsa dibakar oleh golongan zionis.
Anwar Yassin’s last blog post..3 Hari Menguji Stamina…
August 20th, 2008 at 3:35 pm
Terima kasih kepada Zool dan Anwar atas komentar dan kunjungan ke blog ini.
Zool, cubalah. Tiada apa jua cara yang lebih baik, dari yang di sarankan oleh agama kita, Islam.
Sedangkan manusia, semakin lupa, akibat pemodenan minda, atau sebenarnya penjajahan minda bentuk baru.
Anwar, terima kasih atas ingatan itu
Dik Mal’s last blog post..MajalahIM Edisi 6
August 20th, 2008 at 5:12 pm
Salam DikMal, apa khabar?
Saya juga dah jarang melawat blog-blog DM dan blog Zool..
Owh, entri kali ni sungguh mengujakan, tak sangka ada penerangan kesan zikir dari kacamata sains..thanks dikmal sebab berkongsi artikel ini..
Shueqry’s last blog post..Buang Sikap Mudah Marah