Vision Board Anda

Bila saya tanya apakah impian anda, memang tiada masalah. Ramai yang mampu menyatakan impian masing-masing. Kalau pun anda tidak mempunyai impian sendiri, anda mungkin akan menyatakan angan-angan anda sebagai perkara yang ingin anda gapai dalam hidup. Ramai orang punyai impian, tapi ia cuma sekadar impian yang datang dan pergi

Saya juga punyai impian. Ada banyak! Ada yang yang saya gelarkan matlamat jangka masa pendek, ada yang jangka masa panjang. Dan impian saya bukan sesuatu yang datang dan pergi. Walaupun di asak apa saja ujian, saya tetap teguh bersama impian saya. Ia adalah sesuatu yang sudah semakin hampir dalam genggaman. ALhamdulillah

Ada impian yang datang dan pergi. Ada juga impian yang sentiasa kekal di dalam ingatan, dan kita berusaha untuk mencapainya. Saya pasti, sebagai mereka yang punyai impian, anda pastinya mahukan ia kekal di ingatan, supaya anda sentiasa ingat bahawa ia mesti di capai!

Jadi apa boleh anda buat untuk memastikan anda sentiasa aware dan ingat impian anda? Jika anda memang seorang yang gemar membaca artikel motivasi dan pembangunan diri, maka anda tentu pernah terbaca mengenai vision board.

Vision board akan membantu anda untuk sentiasa mengingati impian anda. Apa itu vision board? Saya lebih suka menggambarkan Vision Board sebagai satu papan yang di penuhi dengan gambar-gambar impian anda. Gambar di bawah adalah contoh vision board, yang saya dapatkan dari Internet.

Vision board adalah ibarat diari orang pada zaman dahulu. Ingat lagi? Dulu-dulu, orang akan menyimpan impian mereka, cerita mereka di dalam diari. Kata orang, itu rahsia! Namun pada zaman sekarang, ia di adaptasi menjadi satu tools yang amat berguna dalam usaha mencapai impian masing-masing.

Vision board mengandungi gambaran kejayaan anda dari pelbagai sudut, samada pendidikan, rohani, kerjaya, keluarga, perhubungan dan bermacam-macam lagi. Berikut adalah contoh vision board.

Baru-baru ini, Irfan Khairi dan Kak Linn Comel ada bercerita sedikit sebanyak mengenai vision board mereka.

Sekiranya anda tidak pernah mewujudkan vision board anda, inilah masanya. Kemungkinan pada awalnya, anda akan dapati terlalu banyak perkara yang ingin anda lekatkan, ataupun, tiada apa pun yang ingin anda lekatkan ;) Hanya anda mengetahui sebabnya. Lekatkan kesemua impian anda. Dan letakkan di tempat yang mudah anda nampak, dan paling banyak luangkan masa setiap hari. Tujuannya cuma satu, untuk memastikan anda sentiasa ingat, fokus dan impian anda sentiasa hampir dengan fikiran anda.

Cubalah ;)

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner
This entry was posted on Tuesday, July 8th, 2008 and is filed under Fokus Minda, Motivasi Diri. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Vision Board Anda”

  1. Raymond Chua on July 8th, 2008 at 8:27 pm

    Nasib baik saya mempelajari tentang kuasa vision board pada usia muda. Teknik ini adalah percuma dan yang paling penting, ianya berkesan.

    Saya tiada vision board. Sebaliknya saya menggunakan vision wall. Salah satu dinding di dalam bilik tidur saya penuh ditampal dengan impian saya dan setiap pagi, saya akan fokuskan kepada matlamat saya sambil buat sit up. :)
    Raymond Chua’s last blog post..Are You Using The Right Vocabulary?

  2. hairi on August 6th, 2008 at 11:27 am

    Mcamana nak keluar kan impian yang kita tak tahu apa impian kita yang sebenar?

  3. Norakmal Jasni on August 20th, 2008 at 3:42 pm

    Masalah mengenali impian sendiri ya? Saya akan kupaskan kemudian :) sementara tu boleh baca via yang saya pernah tulis sebelum ini

Leave a Reply


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.

Sponsors

Pages

Kategori

Archives

Meta

Langgani Artikel Kami

Subscribe ke Blog Kami

Anda Boleh Mendapatkan Artikel Terkini dari Motivasi Kejayaan Terus ke Email Anda dan PERCUMA! Privasi Anda Kami Hargai. Isikan Alamat Email Blog Anda ke dalam Kotak di bawah:

Don't forget to bookmark this site
(Press CTRL+D)



Komen Pembaca

Tags