Sedikit Perkembangan Terbaru Mengenai Blog Motivasi Kejayaan
Dah lama sungguh saya tak update blog ini. Bukan tahap bersawang dah, habis habuk semuanya. Hehe. Maafkan saya. Saya harap anda faham dengan situasi saya, yang punyai tanggungjawab lain juga yang perlu di pikul. Baiklah tatkala ini, saya sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan final yang akan berlangsung esok!
Itu sebabnya saya menjadi amat sibuk sepanjang sebulan dua ini. Maklum saja semester pendek. Kebanyakan masa saya di habiskan di luar rumah. Bila saya tidak ada di depan laptop, memang saya tak mungkin akan kemas kini blog. Namun blog personal, masih sempat saya kemas kini.
Semoga saya tenang dan dapat menjawab kesemua 8 soalan dengan betul, dapat markah penuh, seterusnya A+ dalam tangan! Amin
Baiklah, di kesempatan ini, saya ingin selitkan sedikit tips untuk para pelajar seperti saya. Juga boleh digunakan untuk mereka yang akan menghadiri temuduga, dan bermacam-macam laagi yang bersesuaian.
Saya juga pasti ramai merasakan tips ini bercanggah dengan keperluan, tapi inilah yang terbaik untuk minda anda. Sehari sebelum peperiksaan, pastikan anda berehat secukupnya. Tiada lagi, last minute study! Ya betul. Berehatlah sehari sebelum peperiksaan. Otak anda perlukan jangka masa untuk berehat, setelah anda memuatkan berjuta-juta informasi ke dalamnya, pada minggu2 peperiksaan. Percayalah, ia akan menjadikan anda lebih segar untuk keesokan harinya.
Malam ni, saya akan habiskan masa saya dengan aiskrim pelangi (wah?) sambil menonton tv. Tidur awal, bangun Subuh nanti, bersemangat untuk menghadiri peperiksaan seawal jam 9 pagi! Doakan saya ya sahabat-sahabat
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Salam,
Good Luck for ur exam!
oktant’s last blog post..Dapatkan Bab Percuma Buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet”
Selamat berjaya dalam peperiksaanmu.
Raymond Chua’s last blog post..Wishing Well
Terima kasih Oktant, Raymond…
hehe
peperiksaan saya dah tamat!
Dik Mal’s last blog post..Majalah IM 5th Edition, now available