Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar pembaca blog? Dah lama saya tak kemas kini blog. Banyak kerja belakang tabir kebelakangan ini. Jadi, rutin menulis juga sedikit sebanyak terganggu. Tapi baru-baru ini saya telah menulis satu entri tentang keperluan mengejar kekayaan di blog personal saya. Saya sertakan petikannya di sini. Dan saya ingin mengetahui komen daripada pembaca blog ini pula. Perlu atau tidak anda mengejar kekayaan?

Kekayaan. Apa yang terlintas di pemikiran anda apabila saya menulis tentang kekayaan? Sebuah kereta mewah, banglo mewah di kawasan mewah, makan mewah, shoping mewah, peralatan teknologi terkini? Atau apa? Mungkin terbayang di ruang minda anda, seorang yang berpakaian mewah, atau berpakaian sederhana? Sebuah kehidupan penuh wang, atau kehidupan sederhana? Itu semua adalah persepsi masing-masing berdasarkan pengalaman masa silam, dan apa saja jawapan anda, boleh di terima pakai. Tiada permasalahan

Perlukah kekayaan itu di kejar? Perlu? Saya pernah satu ketika dahulu, ketika menonton sebuah rancangan televisyen, terpempan dengan panggilan telefon seorang individu (tidak saya kenali) yang argue, mengapa perlu kita kejar kekayaan? Kerana mengikut kefahaman saya, (maafkan saya jika sebenarnya beliau beranggapan sebaliknya) beliau memandang kekayaan sebagai sesuatu masalah dan akan membunuh seseorang individu serta masyarakat sekelilingnya. Kata beliau, orang kaya selalu lupa diri. Kekayaan akan membawa kepada rasuah. Kekayaan akan mengalakkan gila kuasa. Dan bermacam-macam lagi, konotasi negatif di kaitkan dengan kekayaan.

Maafkan saya kerana kebanyakan mereka yang memandang kekayaan sebagai sesuatu seperti itu, adalah datang dari kalangan mereka yang sealiran seperti saya juga. Namun itu bukan isu nya lagi. Kerana duduk perkara telah jatuh kepada, keperluan mengubah mentaliti sebegini.Tuhan tidak pernah melarang makhlukNya berlumba-lumba untuk mencari kesenangan dan kekayaan, dan dari situ prinsip pengumpulan harta seseorang dengan sebanyak-banyaknya adalah prinsip yang sesuai dengan perintah ALLAH. Namun perlu juga di ingat, janganlah sehingga anda alpa di dalam kekayaan. Sehingga lupa akan siapa anda, asal usul anda, dan dari mana datangnya kekayaan anda jika bukan daripada ALLAH SWT

Pernah tak anda meluangkan sedikit masa anda yang sedia banyak, untuk memikirkan tentang keperluan anda menjadi kaya? Sebab apa kaya itu adalah sesuatu yang wujud di atas bumi ini. Kenapa kaya yang menjadi tarikan. Kenapa kaya yang menjadi rebutan?

Sedar atau tidak, kemajuan seseorang juga di nilai bukan sahaja, dari peribadi, ilmu, juga kekayaan. Kekayaan berkait rapat dengan pengumpulan harta. Harta yang saya maksudkan disini pula adalah sebagai melingkungi setiap perkara yang ada guna atau nilai wang. Termasuklah harta nyata dan harta yang anda tak boleh nampak dengan mata kasar, contohnya kekuasaan, dan pengetahuan tentang sesuatu perkara.

Adakah anda kaya? Masih lagi tertanya bukan kenapa perlu anda kaya.

Baiklah, kini anda bayangkan diri anda kaya. Bayangkan diri sahabat anda kaya. Jiran anda kaya. lebih ramai orang kaya. Ini secara langsung, menjadikan masyarakat anda kaya :) Benar. Masyarakat yang kaya, akan membentuk negara yang kaya. Benar atau tidak?

Mungkin akan ada yang berkata. AKu yang kaya, kenapa pulak negara jadi kaya? Masyarakat jadi kaya? Kerana dengan kekayaan, anda dapat berkhidmat kepada masyarakat dan negara :) Dengan kekayaan anda, anda boleh menderma, dengan kekayaan anda, anda boleh membina peluang kerjaya yang banyak untuk masyarakat. Dengan kekayaan anda, anda boleh membantu mereka yang susah. Dan apabila kehidupan mereka ini berubah menjadi lebih baik, bukankah itu sesuatu yang kita mahukan? Berjaya bersama-sama?

Anda lihat. Kekayaan pada masa kini bukan sesuatu yang bersifat individualistik. Dahulu, memang orang memandang kekayaan adalah hak individu. Tetapi saya lebih gemar melihat kekayaan sebagai satu perkar yang membolehkan kita membantu lebih ramai mereka yang perlu. Dan sebagai satu perkongsian. Kehidupan sejengkal di atas bumi, adalah untuk di kongsi kekayaannya. Untuk apa? Pembinaan kekayaan abadi untuk kehidupan di sana nanti

Kenapa anda lihat, di zaman dahulu kala, satu-satu kelompok masyarakat itu miskin, tetapi ada orang kaya yang duduk di dalamnya. Dan betapa masyarakat itu semakin maju, apabila bilangan orang kaya itu semakin bertambah? Sekiranya anda kaya, anda mampu menjentik peluang untuk ramai orang. Sedarkah anda?

Dengan kekayaan, anda boleh mengusahakan penyelidikan. Untuk apa? Untuk kegunaan masyarakat anda sendiri. Sekiranya anda sudah tidak lagi ada di bumi ini, maka hasil kajian anda itu, tetap akan menjadi sesuatu yang berharga kepada semua.

Kini, kekayaan bukan lagi isu individu. Ia adalah isu masyarakat. Sesuatu yang perlu kita berganding bahu, dan capai bersama untuk kebajikan semua ahli masyarakat. Ia adalah tanggungjawab. Bukan lagi, sesuatu yang perlu anda simpan hanya untuk anda.

Mungkin bagi anda, adalah tidak wajar mendengar hujah kekayaan dari seorang pelajar seusia 22 tahun. Namun ini realitinya. Menjadi kaya, ia masih lagi satu hak, tetapi tidak di nafikan, ia juga adalah tanggungjawab. Apa kata anda?

Anda boleh tinggalkan komen di akhir artikel ini. Mahupun, boleh kongsikan ke email saya di e.norakmal@gmail.com.

Jika anda perhatikan, blog ini kini dalam fasa ubah suai. Bakal tampil dengan theme dan susun atur baru. Semoga pembaharuan ini, membawa kebaikan kepada semua. Namun peringkat ubahsuai masih 50%. Ada beberapa perkara penting yang masih belum saya update. Sampai jumpa lagi sahabat-sahabat !

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner