Sun 1 Jun 2008
Sudah 1 Jun 2008, Sahabatku
Posted by Norakmal Jasni under Featured, Fokus Minda, Video Motivasi
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Bulan Mei 2008 sudah berlalu. Ini bermakna sudah setengah tahun, anda menempuhi kehidupan di tahun 2008. Macam mana? Mencabar? Tertekan? Macam mana anda punya matlamat? Sudah sampai mana pencapaiannya?
Pada saya, ada matlamat saya yang sememangnya tercapai sudah. Tepat-tepat seperti perancangan. Tentunyalah, keputusan peperiksaan semester lepas!! Walaupun tidak 4.0 (sem ni insyaALLAH 4.0! ), tapi saya berjaya mencapai target saya sendiri. Alhamdulillah. Sekali lagi ia adalah menggunakan formula biasa saya, USaha, Doa dan Tawakal.
Kejayaan = Usaha x Doa x Tawakal
Kalau ikut formula Matematik pun, usaha doa dan tawakal mesti punyai nilai. Kalau tiada usaha (Usaha=0) , tapi berdoa dan tawakal sahaja, maka kejayaan=0 .
Begitu juga kalau salah satu yang lainnya 0 , maka tiadalah kejayaan anda. Kesemuanya perlu ada. Ada usaha, doa dan tawakal.
Sudah pertengahan tahun sekarang. Hari ini dah 1 Jun 2008. Persoalannya, di manakah anda sekarang dalam usaha mencapai matlamat anda untuk tahun ini. Whats the progress so far? 10%? 50% Anda sahaja yang tahu. Jika tidak keberatan boleh di kongsikan dengan kami
Sekali lagi ingin saya kongsikan. Jika anda mendapati, anda MASIH BELUM BERGERAK KE ARAH MATLAMAT ANDA. Maka, kenali semula jika ia benar-benar yang anda mahukan. Kemudian, periksa kembali langkah-langkah yang telah anda rancangkan. Mana yang perlu di ubah suai, ubah mengikut keperluan. Mana yang perlu di kekalkan, teruskan. Mana yang sudah berada di tengah jalan, teruskan..
Siapa yang berhadapan obstacle, mesti selalu ingat apabila ada masalah, kita fokus pada penyelesaian.
Mengejar dan menggapai matlamat, adalah ibarat satu games. Ada banyak dugaan sebelum menang. Kalau anda kalah pada dugaan, maknanya anda kalah seluruh permainan. Persoalannya, selama anda menempuh dugaan anda, di manakah anda?
Lawan, selesai, layan atau tinggalkan masalah anda? Sekali lagi, hanya anda yang tahu…
Setelah anda jatuh bangun selama 5 bulan ini. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda kenangkan juga. Kejayaan demi kejayaan yang anda tempa sepanjang lima bulan ini. Mungkin impian anda nak guna 8 jam bekerja anda secara efektif, tapi sebelum ni anda jenis susah bangun pagi. Mungkin dalam 5 bulan ini, anda dah boleh bangun lebih awal walaupun kadangkala masih terlewat. TUliskan kejayaan-kejayaan anda ini, dan kemudian baca sendiri. Lihat sendiri bagaimana anda boleh mengubah kebiasaan anda dan membentuk kebiasaan yang baru..
Persoalannya, adakah anda masih lagi mengejar impian anda, atau quit pada pertengahan tahun 2008. Saya masih di dalam trek
Fikir-fikirkan
ps : Seronoknya saya belajar Psikologi Pendidikan. Rasa macam nak apply jadi guru ganti semula!!!
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

June 2nd, 2008 at 12:01 am
Ha … saya ada nampak progress dalam tempog 5 bulan ini.
Kejayaan mesti kukejar.
Minggu lepas baru sahaja sign up 2 seminar (total RM 8990) dan saya pasti ilmu yang bakal saya peroleh akan memecutkan saya lagi ke destinasi saya.
Sekarang tak sabar-sabar nak menghadiri seminar yang pertama.
ChuaRaymond’s last blog post..The Most Expensive Advice
June 4th, 2008 at 3:22 pm
hemm..saya rasa amat kurang bersemangat nak practical skrg. rasa rasa nya..nak quit terus n tolong ibubapa di sawah. entahlah saya sendiri pun tak paham kenapa sya boleh fikir sedemikian..any opinion???
webz’s last blog post..Family Ties
June 5th, 2008 at 12:41 pm
Terima kasih, Mal kerna memperingatkan perjalanan masa. Hari membilang hari masa terus berlalu sayu juga terasa. Aik! macam senikata lagu lak.
Okay, memang kita selalu kena semak see the outcome semoga kita tahu hala tuju kita betul kah?, ke arah mana nak pergi. No1 diatas dah tahu apa dia hendak, yg No2 masih belum pasti apa dia hendak. Yang No3 saya lah masih lagi banyak perancangan dikepala. He…he…. thanks good post reminding me to stay focus. Bye…..Mal. WhoknowCU@klcc~thekebaboutlet he…he…
June 7th, 2008 at 6:15 pm
Yup, me also.
Still on my own track!
LiveStrong.
-Shueqry-