Sudah 1 Jun 2008, Sahabatku

Bulan Mei 2008 sudah berlalu. Ini bermakna sudah setengah tahun, anda menempuhi kehidupan di tahun 2008. Macam mana? Mencabar? Tertekan? Macam mana anda punya matlamat? Sudah sampai mana pencapaiannya?

Pada saya, ada matlamat saya yang sememangnya tercapai sudah. Tepat-tepat seperti perancangan. Tentunyalah, keputusan peperiksaan semester lepas!! Walaupun tidak 4.0 (sem ni insyaALLAH 4.0! ), tapi saya berjaya mencapai target saya sendiri. Alhamdulillah. Sekali lagi ia adalah menggunakan formula biasa saya, USaha, Doa dan Tawakal.

Kejayaan = Usaha x Doa x Tawakal

Kalau ikut formula Matematik pun, usaha doa dan tawakal mesti punyai nilai. Kalau tiada usaha (Usaha=0) , tapi berdoa dan tawakal sahaja, maka kejayaan=0 . :)

Begitu juga kalau salah satu yang lainnya 0 , maka tiadalah kejayaan anda. Kesemuanya perlu ada. Ada usaha, doa dan tawakal.

Sudah pertengahan tahun sekarang. Hari ini dah 1 Jun 2008. Persoalannya, di manakah anda sekarang dalam usaha mencapai matlamat anda untuk tahun ini. Whats the progress so far? 10%? 50% Anda sahaja yang tahu. Jika tidak keberatan boleh di kongsikan dengan kami

Sekali lagi ingin saya kongsikan. Jika anda mendapati, anda MASIH BELUM BERGERAK KE ARAH MATLAMAT ANDA. Maka, kenali semula jika ia benar-benar yang anda mahukan. Kemudian, periksa kembali langkah-langkah yang telah anda rancangkan. Mana yang perlu di ubah suai, ubah mengikut keperluan. Mana yang perlu di kekalkan, teruskan. Mana yang sudah berada di tengah jalan, teruskan..

Siapa yang berhadapan obstacle, mesti selalu ingat apabila ada masalah, kita fokus pada penyelesaian.

Mengejar dan menggapai matlamat, adalah ibarat satu games. Ada banyak dugaan sebelum menang. Kalau anda kalah pada dugaan, maknanya anda kalah seluruh permainan. Persoalannya, selama anda menempuh dugaan anda, di manakah anda? :) Lawan, selesai, layan atau tinggalkan masalah anda? Sekali lagi, hanya anda yang tahu…

Setelah anda jatuh bangun selama 5 bulan ini. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda kenangkan juga. Kejayaan demi kejayaan yang anda tempa sepanjang lima bulan ini. Mungkin impian anda nak guna 8 jam bekerja anda secara efektif, tapi sebelum ni anda jenis susah bangun pagi. Mungkin dalam 5 bulan ini, anda dah boleh bangun lebih awal walaupun kadangkala masih terlewat. TUliskan kejayaan-kejayaan anda ini, dan kemudian baca sendiri. Lihat sendiri bagaimana anda boleh mengubah kebiasaan anda dan membentuk kebiasaan yang baru..

Persoalannya, adakah anda masih lagi mengejar impian anda, atau quit pada pertengahan tahun 2008. Saya masih di dalam trek :)

Fikir-fikirkan

ps : Seronoknya saya belajar Psikologi Pendidikan. Rasa macam nak apply jadi guru ganti semula!!!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner
This entry was posted on Sunday, June 1st, 2008 and is filed under Featured, Fokus Minda, Video Motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Sudah 1 Jun 2008, Sahabatku”

  1. ChuaRaymond on June 2nd, 2008 at 12:01 am

    Ha … saya ada nampak progress dalam tempog 5 bulan ini.

    Kejayaan mesti kukejar.

    Minggu lepas baru sahaja sign up 2 seminar (total RM 8990) dan saya pasti ilmu yang bakal saya peroleh akan memecutkan saya lagi ke destinasi saya.

    Sekarang tak sabar-sabar nak menghadiri seminar yang pertama. :)
    ChuaRaymond’s last blog post..The Most Expensive Advice

  2. webz on June 4th, 2008 at 3:22 pm

    hemm..saya rasa amat kurang bersemangat nak practical skrg. rasa rasa nya..nak quit terus n tolong ibubapa di sawah. entahlah saya sendiri pun tak paham kenapa sya boleh fikir sedemikian..any opinion???

    webz’s last blog post..Family Ties

  3. Rass on June 5th, 2008 at 12:41 pm

    Terima kasih, Mal kerna memperingatkan perjalanan masa. Hari membilang hari masa terus berlalu sayu juga terasa. Aik! macam senikata lagu lak.
    Okay, memang kita selalu kena semak see the outcome semoga kita tahu hala tuju kita betul kah?, ke arah mana nak pergi. No1 diatas dah tahu apa dia hendak, yg No2 masih belum pasti apa dia hendak. Yang No3 saya lah masih lagi banyak perancangan dikepala. He…he…. thanks good post reminding me to stay focus. Bye…..Mal. WhoknowCU@klcc~thekebaboutlet he…he…

  4. Shueqry on June 7th, 2008 at 6:15 pm

    Yup, me also.

    Still on my own track!

    LiveStrong.

    -Shueqry-

Leave a Reply


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.

Sponsors

Pages

Kategori

Archives

Meta

Langgani Artikel Kami

Subscribe ke Blog Kami

Anda Boleh Mendapatkan Artikel Terkini dari Motivasi Kejayaan Terus ke Email Anda dan PERCUMA! Privasi Anda Kami Hargai. Isikan Alamat Email Blog Anda ke dalam Kotak di bawah:

Don't forget to bookmark this site
(Press CTRL+D)



Komen Pembaca

Tags