Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Berhabuk blog :) Saya sambil-sambil bersihkan sawang. Kerja banyak lately. Tapi tak apa, lambat sekali pun, saya tetap update :D

Saya tengah menulis sedikit nota untuk rujukan dan simpanan sendiri, sambil mendengar lagu The FInal Countdown (antara lain lirik menyebut :its now or never :D )

Saya teringat pada ketika saya buat tutorial bersama pensyarah saya, semester lepas. Ada beberapa soalan yang tak mampu saya solve kan. Tapi akhirnya saya dapt idea untuk solvekan. Macam AH-HA moment rasanya! Sebelum ni tak dapat juga. Cuba-cuba tak dapat. Tapi entah kali ke berapa cuba baru nampak secara jelas cara kerja nya

Sampaikan saya kata pada pensyarah saya, Miss, saya rasa saya pandai lebih sikit hari ini. :D sambil gelak-gelak. Miss kata, baguslah itu. :)

Apa sebenarnya yang jadi? Berbalik kepada peranan yang boleh di capai oleh otak kita. Otak kita ni mempunyai kemampuan bersifat visual, audio, matematik, analitikal, psikik imaginasi dan lain-lain. Semua sedia maklum ada lebih kurang 10 - 15 billion neuron di dalam otak. Dan anda boleh meningkatkan penggunaan otak anda, untuk menghasilkan kejayaan demi kejayaan yang sebelum ini rasa mustahil. Caranya? Anda tingkatkan penyambungan baru antara tentakel di dalam otak anda. :D Bahasa lebih mudah, banyakkan lagi new connection di antar saraf otak anda!

Ada satu cara mudah yang anda boleh guna pakai untuk itu. Mahu tahu? Banyakkan berfikir.

Lagi banyak anda berfikir tentang sesuatu perkara, maka lebih banyak new connection terjalin, lagi banyak penyanmbungan baru terbentuk. Setiap kali anda berfikir, anda akan mengurangkan rintangan-rintangan biokimia/elektromagnetik di sepanjang lalu fikiran.

Mudahnya, macam anda masuk ke dalam sebuah hutan baru. Semak!! Kemudian anda cuba buat laluan baru. Anda pun tebas semak-semak yang menghalang laluan anda. Kali pertama anda rasa susah, bila anda ulang usaha yang sama banyak kali, maka laluan semakin terang. Maka jalan yang asalnya tidak kelihatan, sudah jelas!

Rajinkan diri anda berfikir. Otak kita memang ajaib. Sangat tinggi darjatnya. Masakan tidak, ia terletakdi bahagian atas tubuh kita bukan :) Pasti ada keistimewaan yang tidak habis kita terokai mengenainya.

Jadi, jika anda nak tingkatkan penggunaan otak anda, banyakkan berfikir. Jangan fikirkan masalah pula! Kalau ada masalah, mesti fikir penyelesaiannya :) Salam kejayaan

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner