Otak dan Anda
Berhabuk blog
Saya sambil-sambil bersihkan sawang. Kerja banyak lately. Tapi tak apa, lambat sekali pun, saya tetap update
Saya tengah menulis sedikit nota untuk rujukan dan simpanan sendiri, sambil mendengar lagu The FInal Countdown (antara lain lirik menyebut :its now or never
)
Saya teringat pada ketika saya buat tutorial bersama pensyarah saya, semester lepas. Ada beberapa soalan yang tak mampu saya solve kan. Tapi akhirnya saya dapt idea untuk solvekan. Macam AH-HA moment rasanya! Sebelum ni tak dapat juga. Cuba-cuba tak dapat. Tapi entah kali ke berapa cuba baru nampak secara jelas cara kerja nya
Sampaikan saya kata pada pensyarah saya, Miss, saya rasa saya pandai lebih sikit hari ini.
sambil gelak-gelak. Miss kata, baguslah itu.
Apa sebenarnya yang jadi? Berbalik kepada peranan yang boleh di capai oleh otak kita. Otak kita ni mempunyai kemampuan bersifat visual, audio, matematik, analitikal, psikik imaginasi dan lain-lain. Semua sedia maklum ada lebih kurang 10 - 15 billion neuron di dalam otak. Dan anda boleh meningkatkan penggunaan otak anda, untuk menghasilkan kejayaan demi kejayaan yang sebelum ini rasa mustahil. Caranya? Anda tingkatkan penyambungan baru antara tentakel di dalam otak anda.
Bahasa lebih mudah, banyakkan lagi new connection di antar saraf otak anda!
Ada satu cara mudah yang anda boleh guna pakai untuk itu. Mahu tahu? Banyakkan berfikir.
Lagi banyak anda berfikir tentang sesuatu perkara, maka lebih banyak new connection terjalin, lagi banyak penyanmbungan baru terbentuk. Setiap kali anda berfikir, anda akan mengurangkan rintangan-rintangan biokimia/elektromagnetik di sepanjang lalu fikiran.
Mudahnya, macam anda masuk ke dalam sebuah hutan baru. Semak!! Kemudian anda cuba buat laluan baru. Anda pun tebas semak-semak yang menghalang laluan anda. Kali pertama anda rasa susah, bila anda ulang usaha yang sama banyak kali, maka laluan semakin terang. Maka jalan yang asalnya tidak kelihatan, sudah jelas!
Rajinkan diri anda berfikir. Otak kita memang ajaib. Sangat tinggi darjatnya. Masakan tidak, ia terletakdi bahagian atas tubuh kita bukan
Pasti ada keistimewaan yang tidak habis kita terokai mengenainya.
Jadi, jika anda nak tingkatkan penggunaan otak anda, banyakkan berfikir. Jangan fikirkan masalah pula! Kalau ada masalah, mesti fikir penyelesaiannya
Salam kejayaan
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Thanks for this very inspiring writing.
azrin’s last blog post..Beautiful Nasyeed song…
the power in your mind.
positif’s last blog post..Hati Kamu Adalah Seumpama Cermin Yang Berkilat.
Assalammualaikum & Semoga Sihat semua,
..Berfikir secara kritikal pula bermakna kita berfikir secara tepat, jelas,terperinci,adil dan konsistent.Ianya suatu kaedah terbaik untuk mencapai kebenaran ketika kita mengorak langkah menghadapi sesuatu masalah, persoalan dan isu
Ok, saya akan banyakkan lagi berfikir.
Fikir awek bolehkah?
ChuaRaymond’s last blog post..Back Home
Wah! lama saya tak komen disini, bestnya topik yg di utarakan. Macam berada dikelas bio aje, elaborate lg Mal, agar ia nya menjadi suatu budaya dan ramai dpt lagi memahami nya, yg suatu masa dulu di anggap begitu komplek. Hmm…ada orang nak fikir awek tentu sekali bolehkan Mal, nanti dtg lah idea2 yg bernas. Tapi kalau tak take action tak jadikan Mal. Gitu aje jadinya, he…he… jangan marah ya ChuaRaymond gurau aje!!!!
Thanks Mal, good post, CU again somewhere, somehow or someday. Have a great day!!!!