Fri 16 May 2008
Menikmati Masalah Ibarat Games
Posted by Norakmal Jasni under Featured, Fokus Minda
Adakah anda mempunyai sifat seperti ini? Melihat masalah seumpama games? Lihat kembali games (permainan) yang anda suka. Tak kira la PS2, games kat internet, HP, apa saja asalkan games.
Pada pertama kali bermain, mungkin kalah. Kali berikutnya makin baik. Cukup beberapa kali, menang sentiasa. Main games perlukan strategi, tak boleh cepat mengalah! Betul?
Adalah baik anda mempraktikkan sifat ini di dalam menghadapi permasalahan demi permasalah setiap hari. Set otak anda untuk menerima masalah seperti games. Atur strategi untuk menyelesaikannya.. Ada banyak cabaran, taktik, dan musuh dalam games, begitu juga kehidupan.
Ssetiap kali terima masalah, fokus kepada penyelesaian. FOkus kepada memenangi masalah ini! Ada ke orang nak kalah dalam games? Saya tak mao! Saya mesti nak menang. Anda sentiasa ada pilihan kawan-kawan.
Kalau anda tak mahu selesaikan masalah anda, ibarat anda berlegar di dalam games (maze) yang sama. Sampai bila nak macam tu? Tak mahu menangkah? Fikirkan
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.