Di Sebalik Tabir EBook Matlamat
Maafkan saya kerana lambat sikit update blog ini. Mungkin ada yang mengjenguk setiap hari ke sini untuk tengok jika ada entri terbaru. Tentu sedikit kesal bila tengok masih tiada update. Apa kata anda subscribe ke blog ini, dan entri terbaru akan terus di hantar ke email anda, tanpa perlu anda bersusah payah ke sini untuk cek setiap hari. Anda boleh isikan email anda di dalam form di akhir entri ini. Privasi anda kami hargai. Selepas anda isikan email, akan ada email susulan meminta anda untuk verifikasi. Selepas anda verifikasi, barulah anda tersenarai sebagai subscriber blog ini, dan anda akan kami maklumkan setiap kali blog ini di kemas kini.
Baiklah, ramai orang mengucapkan tahniah kepada saya semasa EBook Matlamat di lancarkan. Tetapi saya pasti ramai juga yang tidak tahu hal di balik tabirnya. Hari ini saya akan ceritakan sedikit sebanyak mengenainya.
Pada hari pertama saya mendedahkan mengenai projek EBook Matlamat itu, ia di namakan sebagai Goal Setting Guide 2008. Anda boleh klik di sini untuk membaca mengenainya.
Kemudian, pada 27 Disember, saya membuat sedikit laporan (progress) di blog ini, Anda boleh baca di sini.
Namun apa kisah di sebaliknya? Semasa pertama kali saya reveal mengenai projek EBook ini, progressnya adalah 0.01 %. Yang ada cuma logo biru tu
Pada masa itu, saya cuma melahirkan apa yang terkandung dalam hati saya. Yakni, saya nak tulis EBook. Setelah semalaman fikir, maka konsep MATLAMAT muncul, pada masa itu dengan nama Goal Setting Guide.
Pada ketika itu, saya mula kosong. Cuma ada idea MATLAMAT, dan logo biru.
DUa kali dah saya bagitahu. Kemudian saya mula khabarkan pada semua orang, saya akan launch pada hujung bulan 12. Padahal, masih tak ada apa
Tiada research paper langsung.
Bila orang tanya, saya khabarkan saya sedang berusaha menyiapkannya. Memang saya berusaha. Malahan, dua EBook pertama yang saya tulis, telah say bakul sampahkan kerana tidak menepati piawaian kehendak saya. Maksudnya, saya sendiri tak syok nak baca, apa lagi orang lain. Namun saya tetap kat pada semua orang, ia akan langsung di lancarkan pada hujung Disember 2007.
Saya percaya pada diri saya. Saya percaya pada akhir bulan itu, pasti siap EBook ini walaupun saya tidak ada input mengenainya. Walaupun saya tak pernah tulis EBook dan tidak berpengalaman dalam perkara-perkara teknikal yang berkaitan dengannya. Saya cuma meneruskan hari-hari akhir menempuh dateline itu dengan : Kepercayaan pada diri bahawa ia akan release pada Disember 2007.
Adakah saya berjaya? Sure I Did! Anda boleh baca mengenainya di sini.
Apa sebenarnya yang saya buat?
Saya wujudkan keadaan mencabar dan tercabar. Agar seluruh jiwa, raga, emosi dan diri saya bekerja ke arah menyiapkannya. Saya tak peduli kalau masanya singkat. I’ll make it. Saya mencabar diri saya untuk menyiapkan EBook itu. Dan saya tercabar secara tak langsung kerana semua pembaca saya sudah maklum mengenainya. Maka ia adalah tanggungjawab yang mesti saya tunaikan. Saya mesti menyiapkannya. And I did finished it in time. Thats miracle
Sampai ke hari ini. Saya tak percaya, saya sebenarnya cuma berbekalkan kepercayaan pada diri ketika itu. Nampak? Jika anda benar-benar tahu matlamat dan nak matlamat itu tercapai, dan jika anda benar-benar percaya diri anda, kejayaan bukanlah hanya angan-angan lagi.
Salam Kejayaan.
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

[...] mengambil masa yang agak panjang. Masih memikirkan due date sesuai. Agaknya saya akan buat macam kerja gila masa EBook Matlamat tak Sama-sama [...]
Kepercayaan merupakan asas salam mencapai seuatu kejayaan.
Semua kejayaan bermula dengan kepercayaan.
ChuaRaymond’s last blog post..You Don’t Have To Be Great