Sepanjang Penglibatan Saya Sebagai Penulis Blog Motivasi

Hari ini saya ingin menulis sesuatu yang lebih peribadi.Masuk hari ini, sudah lebih setahun saya menulis di blog ni. Bila fikir-fikirkan kembali, seperti tak percaya saya sudah melangkah sejauh ini. Sungguh!

Penulisan saya sejak setahun yang lalu, kini juga banyak telah berubah. Saya sendiri merasai kematangan pada penulisan saya. Dari keanak-anakan kini lebih dewasa. Sokongan dan dorongan di saat-saat saya down, menambahkan kecintan say pada bidang penulisan blog. Mereka yang telah bersama saya di sini sejak dahulu, amat memahami jatuh bangun saya sebagai manusia biasa. begitu juga anda.

Ada saat anda jatuh, ada saat anda bangun. Tapi jangan PUTUS ASA. All of us, are survivor!

Sehingga kini, bilangan subscribers terus bertambah. Perlahan-lahan tetapi konsisten, itulah kegemaran saya. Saya mahu jadi blogger motivasi yang evergreen. Wah? :D

Sehingga kini juga, para pembaca saya, sebelum ni datang dari Malaysia sahaja. Kini, bertambah ke Indonesia (20%), United States, Singapore, Filipina, Brunei, Australia, Syria, Arab, Kanada dan South Africa. Saya amat mensyukuri dan menghargai setiap para pembaca. Semua email yang masuk, saya cuba balas satu persatu. Malahan mungkin ada yang terlepas pandang kerana kesalahan sendiri. Email subscription saya sangat banyak. Ada yang tak sempat baca, dan mungkin ada email pembaca yang terselit di antaranya. Saya amat menghargai jika anda email saya untuk mengingatkan saya. Saya pasti balas email anda, cepat lambat saja yang membezakannya.

Saya dedikasikan lagu di bawah ini buat semua pembaca blog ini. Tanpa sokongan anda semua, siapalah saya. Sangat menghargai kehadiran anda semua dalam hidup saya, dan kehadiran anda di blog ini. Pastinya memang ramai pembaca senyap, dan setiap dari anda sangat istimewa. Lagu di bawah khusus untuk anda semua :)


Saya tersentuh bila lihat Connie memberikan CD beliau kepada si cilik yang bermain piano. Jika mereka yang masih kecil mampu melakukannya. Kenapa tidak kita? :)

Untuk versi penuh lagu ini, saya sertakan di bawah. Nyanyian asal Josh Gorban, You Raise Me Up :)


Amat menghargai kehidupan ini. Sangat berharga

ps: Sengih-sengih saya membaca testimonial yang diberikan untuk EBook Matlamat. Sangat memotivasikan diri saya untuk melakukan yang lebih baik!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner
This entry was posted on Tuesday, May 6th, 2008 and is filed under Perkembangan Blog MK. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Sepanjang Penglibatan Saya Sebagai Penulis Blog Motivasi”

  1. Raymond Chua on May 6th, 2008 at 7:53 pm

    Saya suka sangat mendengar suara merdu Connie. :)
    Raymond Chua’s last blog post..Parachute Versus Taking Action

  2. Dik Mal on May 6th, 2008 at 9:37 pm

    Tu la.. sedap kan Raymond…….sehari entah berapa kali sy akan dengar die nyyi kat UTUbe..haha

    Dik Mal’s last blog post..Saya Dulu Dan Saya Sekarang

  3. orizz on May 7th, 2008 at 12:47 am

    Tahniah dikmal kerana dah lama menulis di blog. Sesungguhnya menulis di blog memerlukan komitmen yang tinggi. Saya berharap mempunyai komitmen macam awak

  4. Dik Mal on May 12th, 2008 at 7:16 pm

    Orizz, saya yakin anda boleh mendapatkan komitmen itu bila awak dha jatuh cinta pada penulisan blog. Akan lahir perasaan tanggungjawab. :)
    Dik Mal’s last blog post..I can Wait forever

Leave a Reply


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.

Sponsors

Pages

Kategori

Archives

Meta

Langgani Artikel Kami

Subscribe ke Blog Kami

Anda Boleh Mendapatkan Artikel Terkini dari Motivasi Kejayaan Terus ke Email Anda dan PERCUMA! Privasi Anda Kami Hargai. Isikan Alamat Email Blog Anda ke dalam Kotak di bawah:

Don't forget to bookmark this site
(Press CTRL+D)



Komen Pembaca

Tags