Protect Impian Anda
Pagi ini saya berjalan-jalan ke serata blog kepunyaan rakyat Malaysia. Sampai ke blog Syok Kahwin. Ada entri yang menarik minat saya bertajuk Motivation Words from Anthony Robbins and Pursuit of Happyness. Di dalam entri itu, penulis ada mengungkapkan kembali, dialog yang saya juga ada dengar ketika menonton filem Pursuit of Happiness.
Dan dialog itu berbunyi begini :
“Hey… Don’t ever let somebody tell you that you can’t do something. Not even me. You got a dream you’ve got to protect it. People can’t do something themselves they wanna tell you that you can’t do it. You want something go get it. Period…” - Chris Gardner in Pursuit of Happyness! Sumber : Blog Syok Kahwin
Seringkali kita dengar setapak kita melangkah ke hadapan, seribu tangan menarik kita ke belakang. Ini lah situasinya. Semakin kita kata boleh kepada diri kita, semakin ramai orang akan muncul di dalam kehidupan kita dan menafikannya. Semakin besar anda mengimpikan sesuatu, semakin ramai akan kata anda tidak mungkin menggapainya. Semakin anda cuba fokus kepada kejayaan anda, semakin ramai mengajak anda berseronok di luar sana. Menempuhi kehidupan seperti biasa, kehidupan di dalam comfort zone selamanya.
Sekiranya anda mempunyai impian, anda perlu PROTECT impian anda. Jangan biarkan orang menganggu anda dan impian anda. Anda dan impian anda, dan hasrat hati anda adalah ibarat pasangan kekasih. Saling memahami, memenuhi dan bekerjasama serta menjaga satu sama lain. Sekali anda membiarkan orang menganggu impian anda, fantasi anda, sekali itu juga anda akan secara tidak sedar, menurunkan motivasi anda dan menarik banyak benda yang tak membantu ke arah anda. Semakin kerap ia berlaku, maka anda semakin menghampiri perasaan putus asa.
Impian anda, adalah hak anda. Anda boleh berkongsikannya kepada sesiapa yang anda mahu, tetapi anda tidak boleh biarkan orang CURI impian anda. Ia hak anda! Anda perlu faham juga, ramai orang tidak mampu melakukan sesuatu yang anda mungkin mampu lakukan, jadi mereka akan menafikan kemampuan anda berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Saya ambil contoh bungee-jump. Orang yang pernah naik ke tempat tinggi dan bersedia untuk melakkan terjunan dan kemudian membatalkannya pada saat akhir, pasti saja akan cub meyakinkan anda bahawa, anda tidak akan berjaya, tempat itu terlalu tinggi dan menakutkan dan anda mungkin terjatuh terus mati! Padahal sebenarnya? Ia cuma ketakutan mereka, yang mereka suarakan kepada anda. Dan anda pula tidak melindungi hasrat hati anda, maka anda terpedaya dan tidak mahu cuba bunge jump. Semuanya adalah permainan emosi, dan kawalan minda anda
Saya lebih suka menganggap bisik-bisik ini seperti cabaran kepada saya. Pantang di cabar! Saya boleh buat, apa yang saya kata saya boleh dan say nak buat. Sekali saya kata, saya mahu lakukannya, tiada siapa dapat pengaruhi saya lagi
Apa kata anda? Selamat berhujung minggu
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana meletakkan video tersebut. Ianya amat bermakna.
Orang-orang yang memperlekehkan usaha kita patut dihindarkan.
Raymond Chua’s last blog post..A Bright Smile
Raymond betul. KAdang-kadang, sebelum mula hindarkan, saya buat mereka berfikir dulu. Sebab mungkin mereka tak tahu sesuatu yang saya tahu….Sharing is caring
Dik Mal’s last blog post..Saya Dulu Dan Saya Sekarang
memburu impian