Archive for May, 2008

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Saya ingin membuat sedikit pengumuman. Saya agak sibuk kebelakangan ini. Maklum sahaja, ketika semua pelajar Uni bercuti, saya ambil short sem. Jadi, saya sangat sibuk dengan kelas, assignment dan preparation untuk test dan exam.

Jadi harap maaf, jika saya tidak dapat update blog sekerap selalu. InsyaALLAH, bila ada kelapangan, saya akan update juga. Namun anda tetap boleh mengetahui cerita-ceriti saya melalui blog personal saya. Semoga kita berjumpa lagi selepas saya mulai kurang sibuk ya.

Wah..sibuk sungguh 2 bulan ni :)

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Berhabuk blog :) Saya sambil-sambil bersihkan sawang. Kerja banyak lately. Tapi tak apa, lambat sekali pun, saya tetap update :D

Saya tengah menulis sedikit nota untuk rujukan dan simpanan sendiri, sambil mendengar lagu The FInal Countdown (antara lain lirik menyebut :its now or never :D )

Saya teringat pada ketika saya buat tutorial bersama pensyarah saya, semester lepas. Ada beberapa soalan yang tak mampu saya solve kan. Tapi akhirnya saya dapt idea untuk solvekan. Macam AH-HA moment rasanya! Sebelum ni tak dapat juga. Cuba-cuba tak dapat. Tapi entah kali ke berapa cuba baru nampak secara jelas cara kerja nya

Sampaikan saya kata (more…)

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Adakah anda mempunyai sifat seperti ini? Melihat masalah seumpama games? Lihat kembali games (permainan) yang anda suka. Tak kira la PS2, games kat internet, HP, apa saja asalkan games.

Pada pertama kali bermain, mungkin kalah. Kali berikutnya makin baik. Cukup beberapa kali, menang sentiasa. Main games perlukan strategi, tak boleh cepat mengalah! Betul?

Adalah baik anda mempraktikkan sifat ini di dalam menghadapi permasalahan demi permasalah setiap hari. Set otak anda untuk menerima masalah seperti games. Atur strategi untuk menyelesaikannya.. Ada banyak cabaran, taktik, dan musuh dalam games, begitu juga kehidupan.

Ssetiap kali terima masalah, fokus kepada penyelesaian. FOkus kepada memenangi masalah ini! Ada ke orang nak kalah dalam games? Saya tak mao! Saya mesti nak menang. Anda sentiasa ada pilihan kawan-kawan.

Kalau anda tak mahu selesaikan masalah anda, ibarat anda berlegar di dalam games (maze) yang sama. Sampai bila nak macam tu? Tak mahu menangkah? Fikirkan

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Maafkan saya kerana lambat sikit update blog ini. Mungkin ada yang mengjenguk setiap hari ke sini untuk tengok jika ada entri terbaru. Tentu sedikit kesal bila tengok masih tiada update. Apa kata anda subscribe ke blog ini, dan entri terbaru akan terus di hantar ke email anda, tanpa perlu anda bersusah payah ke sini untuk cek setiap hari. Anda boleh isikan email anda di dalam form di akhir entri ini. Privasi anda kami hargai. Selepas anda isikan email, akan ada email susulan meminta anda untuk verifikasi. Selepas anda verifikasi, barulah anda tersenarai sebagai subscriber blog ini, dan anda akan kami maklumkan setiap kali blog ini di kemas kini.

Baiklah, ramai orang mengucapkan tahniah kepada saya semasa EBook Matlamat di lancarkan. Tetapi saya pasti ramai juga yang tidak tahu hal di balik tabirnya. Hari ini saya akan ceritakan sedikit sebanyak mengenainya. (more…)

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Ada dua perkara penting yang orang lupa dalam kehidupan yang sibuk ini. Pertamanya adalah menetapkan impian. Oleh kerana mereka sibuk dengan rutin harian, mereka lupa apa yang mereka mahukan. Sehinggalah satu hari mungkin mereka terfikir secara sengaja atau tidak, maka terpacullah soalan seperti ini : ‘ Apa yang aku nak dalam hidup ini?’

Kemudian setelah mereka mula menyenaraikan impian hidup mereka. Mereka akan mula mengubah kehidupan mereka. Maka mereka berhadapan satu lagi masalah besar. Mereka ragu-ragu akan kebolehan mereka mencapainya. Timbul pula soalan seperti ini : ‘ Boleh ke aku capai semua tu?’

Bila saya menulis sesuatu di blog ini, ia adalah berdasarkan kepada pengalaman hidup saya sendiri. Dan juga melalui pembacaan serta pemerhatian dari semasa ke semasa. Bagi saya, permulaan kejayaan itu sendiri memerlukan dua perkara ini. Yakni, matlamat di susuli kepercayaan kepada diri

Matlamat menjadikan perjalanan seharian kita mempunyai hala tuju. Setelah kita punya hala tuju, kita akan bergerak ke arahnya. Sayangnya bila kita di datangi dugaan, kita akan merasakan bahawa, bolehkah aku capai? Di situ nanti ada antara kita akan mula mempersoalkan kebolehan diri sendiri. Mempersoalkan kebolehan mereka sama ada mereka mampu, layak atau tidak dan sebagainya.

Sebab itu juga saya meletakkan syarat kepercayaan pada diri sendiri itu di tempat kedua. Ketidakpercayaan anda pada diri anda, yang gemar saya katakan sebagai kepercayaan lama yang salah, perlu anda robohkan dan ganti dengan kepercayaan yang baru.

Bila anda percaya diri anda, anda punyai matlamat, anda akan berpadu dengan jiwa anda. Anda menjadi kukuh dan stabil. Dan pada tika itu, datang apa sahaja dugaan, anda tidak akan putus asa. Anda mungkin jatuh, tapi anda tetap bangkit. Itu adalah lumrah perjalanan kejayaan. Punyai saat jatuh bangun yang memberi pengajaran dan keseronokan.

Jika anda tidak punyai kepercayaan kepada diri anda sendiri, maka apabila anda jatuh, anda mula menunding jari pada orang lain. Anda menunding jari pada diri sendiri. Anda menyalahkan takdir, anda menyalahkan banyak benda. Maka anda sendiri menarik lebih banyak situasi kegagalan kepada anda. Anda tidak cuba bangkit, maka anda fokus pada kegagalan. Maka sebab itu orang yang tidak percaya pada diri mereka, tidak berganjak ke mana-mana. Mereka kekal di satu titik yang sama.

Kini anda sudah ketahui, untuk anda berjaya, pertamanya anda perlu punyai matlamat, kedua anda perlu percaya kepada diri anda. Percaya tanpa berbelah bahagi. Anda tidak mungkin mampu meraih kepercayaan orang lain, sekiranya anda sendiri tidak percaya diri anda :)

Salam Kejayaan!~