Archive for April, 2008

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Pagi hari ini, saya memulakan kerja setengah jam lebih awal daripada biasa. Jam 7.30 pagi, saya sudah berada di depan laptop, teruja nak tulis entri terbaru untuk anda. Rutin pagi hari saya mesti bermula dengan cek email saya. Oh ya, jika anda ingin berbual atau berkongsi masalah dengan saya, boleh kirimkan email kepada saya di e.norakmal@gmail.com

Saya menerima satu email daripada Raymond Chua, yang bertajuk : Podcast FInancial Blueprint Anda. Saya tidak hiraukan email yang lain, dan terus buka email ini. Dalam kata lain, ini lah yang saya tunggu daripada hari itu lagi :) Nampaknya Raymond sudah mencapai 100 subscribers, kerana itulah podcast ini di edarkan kini.

Raymond Chua sudah melakukan satu kerja yang sangat baik bagi saya dengan menghasilkan podcast ini. Raymond telah memberikan satu penjelasan yang mudah, untuk membantu kita memahami mengenai :

  • Rahsia di sebalik jutawan dan bagaimana anda dapat mengikut jejak mereka.
  • Unsur dalaman dan luaran dalam dunia kewangan anda.
  • Pelan Kewangan serta kepentingannya dalam membentuk masa depan kewangan kita.
  • Ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang jutawan.
  • Perkaitan antara termostat dengan kedudukan kewangan anda.
  • Cara-cara untuk meningkatkan pendapatan anda (bukan sebarang bentuk peluang perniagaan, bukan MLM, bukan insurans, bukan skim cepat kaya)
  • Bagaimana minda anda bertanggungjawab dalam menentukan masa depan kewangan anda.

Dan lain lain lagi. Ops maaf Raymond, saya ambil ayat anda. Kerana saya excited mendengar audio anda :) Tapi saya tersenyum tatkala anda sebut Cuci Gosok Bilas :D

Saya suka sekali apabila Raymond menerangkan mengenai konsep luaran, dan konsep dalaman seseorang manusia dalam jalannya mencapai sesuatu. Ia mengingatkan saya juga kepada konsep SQ, yang akan membina EQ dan IQ yang cemerlang :) Dalam mesti utuh, barulah luaran yang utuh itu bermakna

Saya juga suka konsep termostat yang Raymond kongsikan. Paling penting bila anda mendengar audio ini, pay full attention! Saya pejam mata mendengarnya :D To feel it.

Audio 17:30 minit ini memang tak cukup :D hehe.. Lantas Raymond telah berpesan bahawa beliau akan sambung bahagian keduanya kelak. Jadi, apa kata bersama-sama kita subscribe ( kepada yang belum ) kerana saya pasti siri kedua nya lebih menarik. Apabila Raymond menceritakan tentang kisah hidup beliau 8 tahun dahulu, dan juga kisah kawan beliau yang jatuh bankrap. Maka saya sudah rasa tak sabar nak dengar siri ke-2 audio ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Hari ni hari Ahad. Ramai orang bercuti. Tapi tidak saya. Saya bekerja seperti kebiasaannya. Kerana cuti saya adalah pada hari Isnin setiap minggu :)

Jadi saya cuma menghabiskan hari ini dengan bahan bacaan. Saya suka membaca. Membaca memberi kekenyangan pada hati saya. Dan dalam saya cuba mencari sesuatu untuk menaikkan semangat saya yang sudah sedia membara ini, saya terjumpa video ini. Dan tak dapat saya ungkapkan betapa saya terharu dengan penyampaian lagu ini. Bukan saya tak pernah mendengar lagu ini. Dah banyak kali. Tapi kali yang ini,. emosi yang di bawa Robbie Williams menjentik hati saya. Lagu ini membawa kenangan saya, menaikkan semangat saya. Dan saya ingin kongsikan dengan anda. Agar anda juga merasainya.


And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, Ill say it clear,
Ill state my case, of which Im certain.

Ive lived a life thats full.
Ive traveled each and evry highway;
And more, much more than this,
I did it my way.

Regrets, Ive had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.

Yes, there were times, Im sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

Ive loved, Ive laughed and cried.
Ive had my fill; my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.

To think I did all that;
And may I say - not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my way!

Mari , bersama saya , kita lakar sejarah bermula hari ini juga. Saya dan anda, kita punyak hak untuk berjaya! :)

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku bergandaGemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasaBila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti


Semalam saya berjumpa Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Saya rasa sangat gembira. Lantas saya kembali ke rumah dan mula fikirkan, kenapa timbulnya kebetulan seperti ini? Tiba-tiba beliau ada di depan mata!

Lantas saya cuma fikirkan renungkan dalam-dalam. Tak susah sebenarnya :) Saya sering meminta untuk melihat kejayaan di hadapan mata. Supaya saya semakin faham bahawa setiap mereka yang berjaya itu tidak menggapai kejayaan dengan mudah! Saya syukur sangat-sangat bertemu beliau semalam. Kerana itu membuatkan saya sedar dan pasti, bahawa, Dr Sheikh juga pastinya melalui berbagai pengalaman sebelum mencapai kejayaan beliau!

Malahan semalam di stesen PWTC, saya terserempak dengan A Samad Said. Ini kali kedua saya terserempak dengan beliau. Sangat simple penampilannya. Sungguh saya terpikat akan pembawaan diri beliau :) Saya juga suka seperti itu. Simple :)

Lantas di rumah saya kembali merenung. Apakah mereka yang melakar nama ini melakar nama semudah itu saja? Pasti ada cubaannya bukan> Begitu juga kita! Sekiranya kita merasakan sudah terlalu banyak dugaan..CUba kita kenangkan mereka ini. Pasti dugaan mereka lebih banyak daripada kita. Lantas bagaimana mereka survive? Bagi saya, sama sahaja. Mereka jua manusia biasa seperti kita. Tapi, saya pasti tiap kali mereka berdepan dugaan, mereka redha, atasi dan fix it! Kembali bersemangat dan terus tabah! Malahan cuba belajar dari setiap dugaan itu.

Sebab itu juga, anda mungkin pernah mendengar, kata pujangga yang berbunyi untuk mencicip kemanisan, anda perlu bermula dengan mengupas kepahitan :) Pelajarilah, bahawa dugaan utk tidak pernah merugikan atau melambatkan anda! ia ibarat pecutan kepada kejayaan :)

Wah, semangat saya hari ni :D Saya mahu berjaya seperti mereka! Anda pula bagaimana?

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Hari ini bermulanya pesta buku antarabangsa di PWTC. Saya telah berkesempatan sampai ke sana di temani seorang rakan baik. Seronok betul! Banyak buku saya borong. Tapi rasanya tak puas, Ahad nanti nak pergi lagi :D

Yang paling seronok hari ini ialah bila, saya dapat berhadapan dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia. Saya rasa cukup bertuah. Walaupun ramai dah jumpa beliau, tapi saya tetap gembira. Malahan ia langsung tak di sangka. Pada ketika saya berlegar di booth MPH. Tiba-tiba ada pengumuman kehadiran beliau. Saya dan kawan rasa sungguh gembira hampir nak melompat macam kanak-kanak riang :D haha.

Kami pun cepat-cepat buat pembayaran di kaunter untuk buku beliau. Untuk dapatkan autograf beliau nanti. Sebaik beliau muncul. Saya rasa kagum. Mengigil juga la kekagetan. Benda tidak di rancang. Lantas kami beratur cepat-cepat. Dan Alhamdulillah dapat la kedudukan 10 orang terawal. :) Seronok. Tapi ! Saya tak dapat bergambar dengan beliau. Kerana ramai lagi sedang menunggu dan bodyguard beliau nampak agak kurang mesra alam :D Penat barangkali :)

dr2

dr3

Tapi saya sempat tangkap gambar beliau dari jarak dekat :D Seronok , kagum dan bangga. Malah masih terngiang di telinga saya pabila Dr Sheikh berkata pada gadis yang beratur di hadapan saya : do something that make your parents proud of you!Saya terlampau gembira lantas saya kirimkan SMS ke seluruh kawan-kawan. Kalau anda terima SMS saya siang tadi :D Paham-paham lah saya terlalu hepi! :p

Ramai juga kawan-kawan bagi respon, ala tak heran. Ala dah jumpa. Apa yang best? Dalam hati say cuma ini jawabnya. Saya kagum beliau mampu mencipta kejayaan. Up from nowhere, unknown, now Dr Sheikh mencapai kejayaan. Saya mahu menjadi seperti beliau. Tidak ke angkasa :p Tapi mahu melakar sensasi kejayaan saya sendiri. Saya amat tak sabar menanti detiknya. Dan tika saat itu tiba, pasti saya tersenyum bila teringat pengalaman saya berjumpa dengannya.

Dik Mal, Best Wishes ——- Autograf beliau ini, akan saya kenang sehingga bila-bila. Saya rasa teruja dan bersemangat. Saya yakin, saya juga mampu sepertinya! Dr Sheikh, saya mengagumi personaliti anda :)

Lantas saya bayangkan, mau lagi gelabah kalau dapat jumpa Dr Irfan :) The person who makes me think more about future and life :)

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Ramai orang bertanya. Dari mana Dik Mal dapat idea untuk menulis artikel demi artikel setiap hari? Kata saya, ia datang tiba-tiba apabila saya mula berfikir atau melihat sesuatu. Maksudnya, idea saya mungkin tiba ketika saya berjalan-jalan seorangan (ini sebabnya saya suka berjalan seorangan! :D ). Mungkin tiba ketika saya menonton TV dan memikirkan sesuatu. Dan ia juga adalah refleks terhadap kehidupan saya. Post mortem saya terhadap apa yang saya lalui sepanjang kehidupan saya.

Dan antara yang saya pelajari sepanjang kehidupan saya ialah. Jika saya terjumpa peluang, saya perlu raih peluang itu! Ini bermaksud? Dahulu, saya suka memberi alasan bila saya mendapat peluang. Kata saya dengan yakin, Oh aku tau aku tak boleh buat itu. Tapi kalau yang ini aku yakin boleh buat. Itu bukan bidang aku. Aku tak bersedia bagi aku masa. Dan macam-macam lagi. Dan itu semuanya adalah alasan!

Dari pembacaan, pemerhatian, temubual, pengalaman mengajar saya bahawa setiap kali peluang muncul di hadapan mata. Timbangkan, dan kalau boleh jangan lepaskan! Ambil risiko. Kerana risiko akan mengajar anda disiplin dan komitmen. Kegagalan akan menunjukkan anda di mana anda berada kini. Ketakutan anda untuk mencuba adalah bermakna anda takutkan kegagalan. Kenapa perlu takut pada kegagalan?

Tiada apa pun yang di ciptakan di atas dunia ini yang merupakan satu yang sia-sia. Semuanya bermanfaat. Maka kegagalan juga adalah sesuatu bermanfaat. Untuk saya, kegagalan saya memberi saya ruang menganalisa kembali di mana kedudukan saya. Apa yang telah saya lakukan. Dan apa perlu saya lakukan. Kegagalan adalah loceng atau ibarat pit stop dalam F1. Anda berhenti untuk cek tayar, isi minyak. Dan jalan semula!

Paling penting, jangan lepaskan peluang. Peluang tidak datang dua kali. Jangan takutkan diri anda dengan risiko. Sentiasa yakin, anda di datangi peluang, because you deserve it. It came to you, kerana ia takdir anda. Pasti ada sesuautu yang menarik untuk anda pelajari dari hal ini. Jadi, yakinlah bahawa, ia adalah ibarat mutiara yang anda jumapa di dasar laut. Sangat berharga :)

Lain kali, bila ada peluang di depan mata, jangan bazirkan ya!

p.s : Ringkas sikit hari ini. Ketika anda membaca, saya sedang memulakan perjalanan di pesta buku antarabangsa! :D hehehe selamat membaca!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner