Archive for April, 2008

Post ini adalah post yang sama saya dupicate saja dari Blog Personal :)

Dah 4 hari saya nantikan gambar ini tiba di laptop :D Alhamdulillah… AKhirnya, dapat gak gambar saya dan Dr Irfan… Muka masa tu tired sangat.. Mau tak? Pagi ke UTM, tengahari ke PC Fair, petang ke KLIBF! Argh..Itu sume tak kisah..Sebab saya dapat jumpa beliau, dah sangat gembira saya :)

mal1

Saya sebelum Dr Irfan sampai :D Tired..Tired..Nampak meja sebelah saya tu? Di situ la beliau duduk :D Semangat betol depan sekali? Haha.. :)

mal2

Masa ni Dr Irfan tengah tanda tangan buku saya :D Hehehe… Saya yang snap ini PIC :D

mal3

Masa ni..Lepas saya amik buku saya.. Ingat lagi abang yang tolong snap pic ni kata, ‘Eh Adik ni bukan dah ke tadi’ .. ngakaka.. tadi tangkap gambar Dr Irfan sorang, ni nak bergambar dengan beliau maa :) Ouh muka versi tired dan excited…Tired+Excited=tied . Haha

Overall.. This is the sweetest 13.4 in my life so far :) Waa.. I met him finally! LOA works on me. So does to others!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Hari ini saya ingin menulis sesuatu tentang kekayaan. Ini juga merupakan sedikit respon saya kepada pendapat bahawa -kaya itu merosakkan- dan -kaya itu tidak berguna- .

Ketika saya di awal remaja (sekarang masih remaja dan sentiasanya! :D) , saya memegang kepercayaan, kehidupan sederhana itu yang paling sempurna. Harta kekayaan hanya membuatkan kita alpa. Kekayaan tidak menjadikan kita besederhana. Dan kekayaan itu merosakkan! Masih ingat lagi, KAYA saya tafsirkan sebagai sesuatu yang tidak mahu saya kejar. Saya impikan hidup sederhana dan selesa. Tapi tidak KAYA!

duit

Namun. Ia cuma kepercayaan lama. Kini, saya makin dewasa (masih remaja! :D) , dan saya mula melihat kehidupan dari sisi berbeza. Betapa kekayaan juga sebenarnya boleh menyediakan kehidupan sederhana kepada saya. Saya juga melihat kekayaan sebagai sumber untuk saya membantu mereka yang perlu. Melihat kekayaan sebagai sesuatu yang akan menyuntik semangat kepada mereka yang merasakan hidup ini tidak bermakna.

Bagaimana kekayaan memberikan ketenangan kepada kehidupan saya. Saya kini suka kekayaan. Namun saya tidak melarang anda untuk tidak suka kaya. Dalam konteks ini, saya merujuk kepada kekayaan wang. Sedangkan kekayaan itu maksudnya meluas.Saya mahu kaya dengan kasih sayang, perhatian. Kaya dengan kesihatan. Kaya dengan kenalan. Kaya dengan persahabatan. Kaya dengan buku dan macam-macam lagi

Saya berharap, jika anda merasakan kekayaan itu negatif, cuba fikirkan apa pula yang mampu anda sumbangkan jika anda menjadi kaya. Dan betapa anda akan lebih belajar mendalami erti sabar, ikhlas, sederhana dan macam-macam lagi dari kekayaan ini. Sedari kecil, kita memang kaya :) Namun fikiran bahawa kita tidak suka kaya, meletakkan kita di takuk lama. Lantas, apa pendapat anda tentang kaya. Apa persepsi anda tentang kekayaan? Sesuatu yang baik atau tidak.

Percaya tak anda, persepsi anda tentang kekayaan juga mempengaruhi kehidupan anda :)

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Di kala peperiksaan final semakin hampir, saya sentiasa teringat kepada blog ini dan pembacanya. Bagaimana agaknya tiada update. Semua orang memerlukan apa yang kita gelar-pencetus semangat. Saya juga memerlukannya setiap hari. Ibarat makanan yang sentiasa anda perlukan untuk menjana tenaga :)

Jadi kali ini, sambil-sambil saya mendengarkan Audio dari Filem Ayat-Ayat Cinta, maka saya coretkan sedikit kisah mengenai diri saya sendiri, dan bagaimana saya mula membuka dan mengubah persepsi saya mengenai kejayaan.

Saya adalah cuma seorang gadis biasa yang tinggal di kota besar Kuala Lumpur. Membesar di dalam keluarga sederhana tapi bahagia, dan persekitaran yang sarat membangun. Menjadikan saya sentiasa menempatkan diri sebagai seorang yang kompetitif, suka bersaing untuk memperbaiki diri.

Di waktu zaman persekolahan, saya gemar bersaing secara senyap. Dan saya gemarkan aktiviti berkumpulan. Jarang saya mahu memunculkan diri sebgai seorang yang berjaya secara sendiriannya. Saya tidak menolak bahawa ia juga perkara baik. Namun apa yang ingin saya ceritakan berkisahkan kepada kejayaan.

Di dalam tawa riang, saya punyai satu keyakinan. Bahawa sekuat mana saya belajar, temapt pelajar terbaik itu tetap akan di sandang orang tertentu. Yang saya fikirkan cuma, saya mampu berada di kelompok 10 terbaik dalam kelas, dan itulah hasil yang saya perolehi. Namun, untuk menjadi pelajar terbaik itu tidak pernah menjadi impian saya. Kerana bagi saya ia adalah sesuatu yang subjektif. Jika sudah di takdirkan, maka tak usaha pun mereka akan berjaya. Bodoh bukan pemikiran itu? Namun, ia hanya pemikiran yang lahir daripada seroang pelajar biasa. Dan jangan terkejut kerana majoriti masyarakat berfikiran seperti itu juga.

Lantas, ketika usia meningkat dewasa, ketika di matrikulasi juga, saya masih berada di takuk kepercayaan yang sama. Namun, berbeza ketika saya melakukan perkara yang saya suka, yakni bermain badminton. Saya sering percaya saya adalah kelompok pemain badminton terbaik di kolej. Saya memang bukan atlet bimbingan kolej. Namun itu tidak menghadkan saya untuk berlatih setiap petang. Dengan mind setting itu, melayakkan saya ke peringkat separuh akhir perntandingan badminton (regu) inter college :D Dan dapat tempat ke 3. Itu pun kerana waktu separuh akhir tu, bersaing dengan wakil kolej. Sekali lagi mind blocking memainkan peranan dengan berkesan ke atas saya .

PAda ketika itu, saya juga masih tidak nampak mengenai kebenaran tentang kejayaan :) Namun, saya meneruskan perjalanan dalam comfort zone saya

Sehingga takdir menemukan saya dengan Takaful Ikhlas SDN BHD :D Betul ni! Ketika itu saya mulai menghadiri meeting di Petaling Jaya. Berjumpa mereka-mereka yang berjaya. Dan kemudian saya mula melihat bahawa ramai orang yang benar-benar berjaya ini, bukanlah mereka yang mendapat pendidikan tinggi. Sekali lagi mengatasi pemikiran saya bahawa untuk berjaya dan kaya raya anda perlukan pendidikan setinggi mungkin.

Tidak lama selepas itu, saya mula mengetahui mengenai Dr Irfan Khairi. Dan pada ketika ini minda saya mula terbuka. Saya mula cari dan baca mengenai mereka yang berjaya pada usia muda. Benarkah kita boleh berjaya pada usia muda? Lantas, bacaan demi bacaan ( bacaan sangat membantu!) kemudian telah mula meruntuhkan kepercayaan yang duduk selama 20 tahun di dalam minda saya. Bahawa kejayaan hanya untuk orang tertentu. Saya kini mengamalkan kepercayaan baru. Semua orang boleh berjaya. Saya boleh berjaya. Hanya yang membezakan mereka, adalah usaha dan attitude mereka :)

Anda pula bagaimana?

Kini saya cuma percaya, bahawa saya akan berjaya pada usia yang sangat muda. Semakin hari, makin kukuh dan makin banyak blok-blok kepercayaan saya runtuhkan dan gantikan dengan kepercayaan baru. Semoga kita semua berjaya! InsyaALLAH

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Saya sedang mencari-cari bahan untuk dikongsikan dengan anda, lantas saya terjumpa video yang menarik ini. Harus kongsi dengan anda! Klik pada video di bawah untuk menotonnnya. Jangan lupa kembali ke mari ya!

Get Inspired! Watch The A Bit Of Inspiration Movie

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner


Anda perlu meluangkan masa anda untuk mendengar sepatah dua kata dari Anthony Galie ini. Saya sudah pernah bercerita kepada anda betapa saya suka mendengar ucapan beliau :) Cara beliau bercakap, lebih memberi makna kepada saya, lantas saya akan dengar penuh perasaan.

Lihat apa kata Anthony. Mengenai keperluan sentiasa menulis kembali matlamat anda. kata ANthony, ramai orang yang berjaya di dunia yang telah beliau temui, sentiasa menulis kembali matlamat mereka. Bukan cuma tulis setahun sekali di awal tahun, dan kemudian lekatkannya di dinding ( saya pun begini dulu-dulu ).

Saya tak mahu taipkan di sini apa kata ANthony seterusnya, anda perlu meluangkan masa untuk menonton video ini. Pembelajaran anda ini akan membantu anda memahami tanggungjawab anda kepada diri anda. Tanggungjawb untuk mencapai impian yang telah anda dan diri anda persetujui :)

Kongsikan komen anda di bawah ini :)

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner