Ibarat Jalan Yang Sibuk Di Kuala Lumpur
Pada ketika saya menuggu STAR-LRT tiba di stesen Masjid Jamek petang tadi, saya merenung ke bawah jambatan. Kelihatan jalan lengang. Rupanya, lampu isyarat bewarna merah. Seketika kemudian bertukar hijau. Berderu kereta dan motorsikal ke hadapan. Mencari destinasi masing-masing. Senyum saya kerana ternampak sesuatu untuk dikongsikan dengan anda.

Kalau anda bayangkan, setiap hari, ramai orang keluar bekerja atau ke mana-mana sahaja ( destinasi yang mereka impikan ). Kemudian, ada yang membawa kereta, ada yang menaiki motorsikal, ada yang menaiki bas, mahupun LRT. Bagi saya, hal ini seperti juga dalm kehidupan.
Semua manusia mempunyai destinasi yang mereka impikan. Dan perlu mereka redah sehingga sampai ke tempat di tuju mereka. Betul? Ada yang mengambil inisiatif memandu, membonceng motor, mahupun menaiki bas untuk itu. Yang saya klasifikasikan sebagai usaha untuk ke destinasi. Termasuk juga yang menaiki teksi, berjalan kaki, mahupun berbasikal! Semua itu ibarat usaha.
Ada pada ketikanya, jalanraya sesak! Ada yang terperangkap dalam kesesakan. Tapi! Ada segelintir yang lain memikirkan cara lain yang lebih praktikal untuk sampai ke destinasi. Mungkin dengan menaiki STAR-LRT , PUTRA, mahupun MONORAIL. Ada juga yang berjalan kaki. Kerana mereka cuba menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang setiap hari membarahi Kuala Lumpur. Ini saya klasifikasikan sebagai rintangan sebelum sampai ke destinasi. Sama ada mereka give up, mahupun mereka cari alternatif untuk menyelesaikan masalah ini.
Dan akhirnya, mereka yang berjaya melepaskan diri dari kesesakan lalu lintas ini, akan sampai ke destinasi yang mereka impikan
Ibarat juga di dalam kehidupan, mencapai impian masing-masing.
Lantas, anda nampak bukan? Betapa untuk sampai ke destinasi, anda sentiasa perlukan usaha, dan bila berhadapan rintangan, anda perlu selesaikan dan keluar dari rintangan itu. Barulah anda sampai kepada kejayaan
Fikir-fikirkan
Apa kata anda? Sampai jumpa lagi!~
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kesimpulannya, nak berjaya ada banyak cara!
nak berjaya jangan kenal putus asa.Selagi kita usaha dan usaha pasti akan berjaya juagk nanti.Selalu la berdoa kalau ada masalah
starline’s last blog post..Musim Tekanan Bermula..
Di Mana ada kemahuan, di situ ada jalannya…….
azrin’s last blog post..SELOKA UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA